Friday, March 5, 2010

- saya sayang dia....dan dia... -

3 hari kereta problem, tekanan pada diri ini semakin teruk. dengan tak malunya adilah mempamerkan emosinya yang koyak rabak, lintang pukang dan sewaktu dengannya..(belasah je la...)

semalam, sedang menanti game budak2, abah call memberitahu abah dan emak berada di jalan TAR berjalan2 meninjau2.. waaa....aku menangis lagi. kali ni sebab terharu (sebab apa?) aku call abah pagi tu bagitau pasal kereta. tak sangka abah n emak datang ke KL sebab nak tengokkan kereta kecik tu.. huhu saya sayang abah saya!!!!! saya sayang emak saya!!!!!

abes game, sampai2 je kat sekolah aku terus turun ke jalan TAR. abah n emak dah siap2 beli dah. mak beli jugak tudung yang cadangnya nak diberi pada orang2 rewang. terima kasih, mak... aku baru cadang nak tengok2 weekend ni. tapi mak dah beli dulu.

lepas tu terus tengokkan kereta. rupanya wiring problem. hantar pomen, pukul 6 baru siap. abah n emak terus balik sebab malam tu abah ada hal. kesian abah. kesian emak. teruk kan aku ni? menyusahkan je. dah besar tua bangka pun nak menyusahkan mak abah lagi. huhu....

hari ni pulak, dugaan paling besar. berkenaan hal dinner yang selama ni aku uruskan. segala dokumen word dalam pendrive aku hilang begitu saja. punyala kalut. salah aku jugak tak buat backup dalam laptop. dengan kelam kabutnya lepas sekolah balik terus, carik balik dokumen2 tu untuk di emelkan kepda ajk tertentu. Ya Allah ya tuhan. maha berat dugaan tugasan ni.. alhamdulillah dapat diatasi semuanya. itupun lepas jam hampir ke pukul 4. huhu... lega..

p/s : team hoki dapat masuk semifinal. harap2 dapat teruskan ke final.doa2 ye...

p/s 2 : weekend yg tak best. en.Alang balik kampung.(kalau dia tak balik pun,
macamlah dapat jumpa.huhu...)

2 comments:

~ thalhazlin ~ said...

wow, sayang tul mak ayah awak. :) neway, good luck for hockey team dear! post gambar bila jadi juara nanti, time julang trofi taw! canyuk!

cik dila said...

:) kecik2 dulu tak dan nak manja2...dah besar ni la br dpt..
tq yang...i'll post the picas...