Sunday, March 28, 2010

- menjelang hari itu -

assalamualaikum...
elo semua. macam mana?sihat?
hari minggu ok?
preparation ok?

saya jugak yang sangap ni..hari semkain hampir tapi saya tak dapat balik kampung untuk 3 minggu berturut2. tp next week hari khamis berkejar jugak untuk hantar borang ke pajabat agama. kang tak kawin pulak aku ni... huhu

menjelang hari bahagia, sure ada kenangan2 yang mencuit hati, kan.. tak kisahla suka ke, sedih ke, kelakar ke.. macam2 la.

apa yang saya sangat suka menjelang hari bahagia saya kan...perubahan. semua perubahan.

1. komunikasi saya dengan mak abah saya.
sejujurnya sejak kecik saya dan mak abah kurang berkomunikasi tentang perhubungan. bukan sebab bergaduh ke apa. tapi memang kurang. macam kawan2 lain selalu cerita diorang selalu bercerita dengan mak macam dgn kawan2. tapi bukan saya. yang saya perasan, saya cuma bercerita ttg kerja rumah, assgnment dan benda2 basic semasa belajar. even ms couple pertama kali pun sy tak bercerita.

sebabnya? mak abah memang sgt strict. saya takut.

2. keterujaan.
sya mmgla teruja. tapi paling best bila mak abah sy pun teruja dgn majlis sy ni. mak yg seronok nak tukar2 langsir. nak hias2 bilik. lepas balik kenduri rumah orang, sure mak akan cerita ttg warna, doorgift, hiasan. seronok!!
mak yg bagi idea untuk tmbah pakej deco bilik pengantin, tempah hiasan hantaran. saya yg keluar duit..huwaaa!!!! takpelah. sebab mak menyudikan diri untuk menjahit langsir. sy sebenarnya boleh menjahit tapi saya malas. haha.. tp sy tolong mak gunting kain. takpe kan.. hehe

3. perubahan diri.
sejujurnya dulu sy seorang yg simple. sy belasah je apa sy nak pakai. macam tomboy pun ada tp bertudung. (eh!ada ke??) tapi bila umur semakin menghampiri suku abad, sy ubah sikit2 menjadi sedikit feminin. mak pun selalu nasihat supaya jaga kecantikan, muka. mak yg ajar cara berbedak. mak yg belikan sy brooch yg cantik2. mak yg bagi idea pasal baju dan tudung.
kemudian, sy berkawan dgn en.Alang (beliau seorang yg agak menjaga style..) semakin perubahan itu terlihat dlm diri sy. tak salahkan kalau sy berubah disebabkan orang lain. yela bila dah ada suntikan semangat, mestila kita pun bersemngat. heheh... tapi insyaallah sy masih menjaga adab tatasusila seorang Melayu Islam.


itu antara perkara terbesar menjelang hari bahagia sya. macam mana kamu?


No comments: