Showing posts with label vita c. Show all posts
Showing posts with label vita c. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

~Vitamin C-Bukan Sekadar untuk Kulit~

Selalu je kan Vitamin C ni dikaitkan dengan kulit. 
Amik Vita C untuk dapat kulit cantik.
Cucuk Vita C untuk dapat kulit tegang.

Haaa...ni nak cerita sikit ni..Vitamin C ni bukan untuk kulit je tau. Sebenarya banyak manfaat Vita C untuk keseluruhan kesihatan. Hari ni nak kongsi pasal manfaat pengambilan Vitamin C untuk tubuh badan.


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum 
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap,menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkanfungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus.
Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantupenghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalammeningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung.

13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Vitamin C Shaklee


Dari Shaklee, vitamin C (Sustained Released Vita C Plus) menjadi pilihan ramai.
Apa maksud sustained released? Maksudnya pelepasan secara berperingkat dalam tubuh. Maksudnya penyerapan vitamin secara perlahan-lahan antara 3-6 jam. Ia juga larut air. Jadi, siapa yang ambil vita c Shaklee harus mengamalkan pengambilan air yg banyak dalam sehari.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilahmtauket@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Wednesday, April 23, 2014

~Tips Untuk Meningkatkan Daya Tahan Tubuh~

Musim yang tidak menentu kebelakangan ini sering menyebabkan kita diserang pelbagai penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Walaupun ia hanya gangguan kecil, namun ia boleh mengganggu aktiviti seharian kita dan boleh membawa kepada lebih mudarat.


Pun begitu, ia boleh dicegah dengan meningkatkan daya tahan tubuh kita ataupun sistem imunisasi tubuh. Ni nak share pasal cara-cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar imunisasi tubuh kita. Jom baca...

1. Membaca Al- Quran



Kajian menunjukkan bahawa membaca atau mendengar Al-Quran boleh memberi kesan yang baik kepada sistem imunisasi tubuh wanita yang sedang hamil. Ia boleh meningkatkan lagi sistem kekebalan tubuh si ibu.


2. Urutan 



Urutan yang betul adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengeluarkan racun-racun dari dalam badan agar tubuh lebih tenang. Daripada mengubati, lebih baik kita manjakan diri dengan urutan.

3. Berehat 



Stress boleh menurunkan daya imunisasi tubuh kita. Carilah waktu untuk rehatkan diri dan tenangkan fikiran.

4. Ketawa 



Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen.

5. Tidur



Tidur nyeyak  selama lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system imunisasi.

6. Senaman 



Senaman berfungsi untuk menignkatkan hormone-hormon yang menguatkan imunisasi tubuh. Selain itu, olahraga juga merupakan cara yagn baik untuk mengurangkan kadar stress.

7. Minum air putih



Minum air putih merupakan langkah penting untuk mendapatkan kulit sihat. Kulit merupakan antara pertahanan pertama tubuh dalam melawan jangkitan luar. Air putih juga membantu proses detoks tubuh kita.

8. Makan sihat


 Mereka yang obes dinyatakan lebih sukar melawan jangkitan penyakit, jadi lebih baik mempertahan berat badan ideal dengan menerapkan pola makan yang sihat. Ambillah diet kaya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.





Shaklee juga ada suplemen untuk meningkatkan imunisasi iaitu Vitamin C SR, Vita C Chew (untuk kanak-kanak) dan Nutriferon. Untuk lebih baik, boleh amalkan Vivix. Nak tau lanjut.... hubungi saya ye..



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Monday, April 21, 2014

~Sustained Released Vitamin C Shaklee~


Vitamin C juga dikenali sebagai acid ascorbic merupakan salah satu vitamin yang penting dalam diet seharian. Kebanyakan orang akan mengambil vitamin C bila mereka diserang sakit flu. Vitamin C mempunyai sifat mudah larut dalam air yang mana diperlukan tubuh untuk tumbuh dan berkembang. Kerana sifatnya yang mudah larut dalam air ini, maka kelebihan vitamin C yang tidak diperlukan tubuh akan dibuang melalui air seni dalam masa 24 jam. 

Vitamin C juga berperanan sebagai antioksidan. Antioksidan adalah nutrisi yang mempunyai fungsi untuk menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, yang dihasilkan tubuh ketika melakukan proses merubah makanan menjadi tenaga. Antioksidan juga mengurangkan kerosakan badan yang disebabkan oleh bahan-bahan toksik dan pencemaran.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:

  • Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja

Kesan Kekurangan Vitamin C:

  • Rasa letih
  • Gigi Gugur
  • Saluran darah kecil, senang pecah,
  • Luka lambat pulih
  • Penyakit anemia (kurang darah)


Kelebihan Utama Vita-C Plus Shaklee

1. Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2. Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

4. Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

5. Memulihkan insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

6. Mengekalkan kolestrol sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

7. Peningkatan sistem imun Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asma dan juga mengurangkan simptom selsema. 



Perbezaan Vita-C Plus Shaklee dengan yang ada di pasaran. 

Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah.

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C (Elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel). 

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.



Nak cari Vitamin C Shaklee? Amik no saya kat bawah ni. Amik telefon, call/wa/sms saya secepatnya. 
Harga sebotol Vita C SR RM93(sm) RM98(ss) exc postage.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Saturday, March 15, 2014

~Jerebu dan perkara tentangnya~


Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Untuk mengelakkan sakit ketika musim jerebu ni, saya ambil Nutriferon, Vitamin C SR dan Omega Guard. Nak tau lebih lanjut, jom...


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Friday, February 7, 2014

~Hidup Sihat Cergas Bertenaga~

Assalamualaikum. Dah lama pulak takde entry baru. agak sibuk dengan persekolahan. Awal2 tahun ni mulalah meeting sana, meeting sini.Tiap minggu meeting sampai lewat petang. Alhamdulillah masih sihat dengan izin Nya.

Bila kesibukan macam ni, mulalah makan pun tak menentu. Kadang2 langsung tak sempat. Sebab tu lah kita perlukan makanan tambahan atau suplemen. Kat sini barulah jelas yang suplemen ni bukannya ubat. Tapi untuk menampung keperluan zat yang diperlukan tubuh kita.

Ni nak cerita pasal set Kesihatan Optimum. Set ni untuk kesihatan asas kita. Mana yang selalu bizi tu kan. Makan pun mana sempat capai je. Nak tau apa cerita set ni. Jom....




 Set A (Optimum Health Set)
- sesuai untuk semua golongan
- lelaki, wanita, pelajar, warga emas
- pilihan yang tepat untuk mereka yang mementingkan kesihatan
- pilihan bijak bagi mereka yang sibuk dan tiada masa untuk mengamalkan pemakanan sihat & seimbang
- sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk

Vitalea/ Multivitamins (complete with iron formula)
~ membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin,
~ rambut yang kuat dari segi akarnya,
~ membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk
~ membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu
~ penting untuk diet
~ menjadikan kulit yang sentiasa tegang

B Complex ( mengandungi 8 jenis vitamin + asid folik + biotin)
~ membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan
~ membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
~ menukarkan makanan kepada tenaga
~ menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
~ mencegah kanser servik, penyakit jantung dan kecacatan spina
~ menggalakkan kesihatan kardiovaskular

Vitamin C
~ membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan
~ untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan
~ membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
~ membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
~ membina kalogen untuk kulit yang sihat
~ bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
~ meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging








 Haa..ibu2, ayah2, kakak, abang...semua boleh. Yang bizi, yang tak sempat, yang takde selera, yang letih, nilah dia..InsyaAllah, hidup lebih sihat disamping keluarga.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :
https://www.facebook.com/jomsihatanggun  
FB : Adilah MTauket

Monday, October 14, 2013

~Kebaikan Vitamin C~



 


Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. 

Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari?
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara. Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. 

Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.


Shaklee juga ada menyediakan Vitamin C yang mudah untuk ditelan. Iaitu Vita C SR. Oleh kerana ketiadaan stok, ia boleh digantikan dengan Chewable Vita C yang mana boleh dikunyah.


Untuk info Chewable Vita C Plus, boleh KLIK SINI.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, October 7, 2013

~Vitamin C Plus Chewable~


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 

Jika Vitamin C Shaklee memiliki 500mg bersamaan dengan 5½ biji buah oren, Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren, sesuai untuk pengambilan anak-anak sebagai makanan tambahan. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. Jadi, tiada masalah lagi untuk mereka menjadikan vitamin ini sebagai sumber makanan harian.


Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee

Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan 
dengan cara berikut:

  • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
  • Membantu memelihara sel badan 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
  • Rasa sitrus yang hebat 
  • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet

Selain daripada kebaikan yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan antaranya ialah:

  • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
  • Sebagai anti penuaan untuk awet muda 
  • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
  • Memperbaiki insomnia 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
  • Dan banyak lagi!

Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.

Keperluan Vitamin C dalam badan kita

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia -Selangor (Sepang, Bdr Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Putrajaya, Dengkil, Sg Pelek, Bdr Baru Nilai, Kota Seriemas, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket