Sunday, March 14, 2010

- fokus -

alhamdulillah..
berakhir sudah majlis malam amal cbn 2. dengan kehadiran 500++ tetamu, majlis berjalan lancar. tetapi sedikit terganggu di awal2 persembahan media. (ni yang takut nak hadap post-mortem ni..) ada juga artis2 kecik (or budak2...) yang aku pun tak cam sebab, muka diorg ni lain betul bile dah face-to-face.
persembahan penutup oleh Aizat n band. then kemas2 sampai pukul 1.00 lebih. drive sampai rumah lebih kurang jam 2 pagi. ngantuk campur penat.

syukur segala kesulitan dapat diatasi. kelam kabut sebelum majlis dapat diredakan. tapi untuk melaluinya lagi, aku akan elak. cukup2 lah dengan segala tekanan. sampaikan masa untuk diri sendiri pun terabai.
dengan kena marah nya. kena perlinya. bebel lagi. sakit tau kalau kita penat2 tapi org pandang sebelah mata je. kalau tak sebab nak cari duit untuk sekolah, takdenye aku payah2 nak berkejar sana sini ni. yah..i know!boss always right. but tak perlu la bersikap begitu, kan??

sekarang boleh fokus. fokus pada core business dalam kerjaya aku yang sebelum ini macam melepas batuk ditangga je. (maap ye anak2..) then fokus pada persiapan big day aku. (heee...tak sabar nak soping!!)

tadi.
en.Alang (rindunya sama kamu!!!) singgah kg baru dari selayang, untuk hantar borang dia. aku pulak terus hantar kad dan barang2 hantaran. alhamdulillah settle di situ.
balik cuti sekolah ni, plan nak pegi butik, fitting baju, confirm segala. nak buat blood test. pastu nak pegi nilai 3. shopping!!! insyaAllah.. harap2 menjadi la. malas nak tangguh2 lagi. kang semua kalut.

moga2 persiapan yang ini pulak berjalan lancar. tak mahu ada kalut2. kena marah, kena bebel macam program sekolah tu.

tak sabar!!! =)


No comments: