Thursday, December 31, 2009

- tahun baru 2010 -

assalam...
lagi beberapa jam je lagi kita nak meninggalkan 2009. maka hadirlah tahun baru 2010. alhamdulillah tahun 2009 banyak memberi kenangan dan pengalaman yang akan tersimpan di kotak memori ini seumur hidup.
dan semoga tahun 2010 bakal memberi 1001 pengalaman yang baik dan menjadi panduan untuk kita meneruskan perjalanan hidup kita sehari-hari.

azam?
hehe...aku tak penah nak tanam azam.kenapa ye?teruk betul takde benda nak dicapai kan?bukan apa, aku menanam azam seumur hidup.maksudnya macam long term punye tekad la.haha..
alhamdulillah ada juga yang dah tercapai dan masih banyak lagi yang akan dicapai, insyaAllah.

kenangan 2009?
(wah!!entry ada byk subtopic nih...)
baaaanyak sangat!!
tahun pertama posting. (terus dapat kl lak tu.alhamdulillah..)
dapat anak buah hero.hehe...hensem gitu!
jumpa lelaki yang bakal menjadi teman hidup.syukur..segalanya berjalan baik buat masa ni.
ermmm...banyak lagi lah.malas pulak nak dah.

banyak cerita minggu ni.bermula dengan segala mesyuarat pengurusan sampailah ke pendaftaran tahun 1 dan pembayaran yuran.macam2. letih setelah begitu lama memanjakan diri kat rumah.tu lah,ari tu kata bosan sangat duduk rumah.amik kau!!
harap2 dapat bertahan.tak mo keluh kesah.semoga tugas2 baru ini dapat diselesaikan dengan baik dan cemerlang dan tiada halangan untuk melaksanakannnya.
caiyok adilah!!!

last but not least...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
SEMOGA PERKARA YANG BAIK2 AKAN MELINGKARI PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA.

Friday, December 25, 2009

- selamat -

alhamdulillah...
hehe dah selamat aku menggodek2 blog menghasilkan layout baru. dah bosan pulak dengan kaler itam legam tu. la ni pilih yang cumel je..macam tuan tanahnya la. (sape lagi nak puji kalau bukan aku sendiri kan. sila jangan muntah oke..) haha...

rabu semalam... eh kelmarin la. mak ajak cuti2 mandi manda di sungai tekala. seawal jam 9 kitorang dah bertolak. semangat sungguh. dah lama tak berjalan2 la katakan. tak tau pun jalan nak ke sana. cuma based on google maps. nasib baik tak sesat je. cuma tak sangka sejauh itu.haha...

sampai2 je terus carik port. tak naik tinggi sangat. tak larat. tapi bestla gak sebab tak ramai orang. so takdela segan2 ayam..ahah..tapi masyaAllah sejuknya.. terketar2 makcik.
mandi sekejap je. masuk zuhur kitorang terus balik. tak tahan sejuk. sebelum balik singgah kt jusco bershopping YES. haha shopping la sangat.. tapi aku sempat rembat flat shoes..ekeke...bape banyak kasut da dila oii....

sampai rumah terus sakit2 badan sebab bergayut. (konon nak jadik bini tarzan la tu..uwekkk)

gambar ade je. tapi malas nak upload dengan kelembapan cuaca internet ni. wat aku tambah dosa kering je carutkan mende alah ni. dah la lappy pon macam nazak je. apasal tetibe je. nak kena brainwash la tu.huhu...

p/s : tengah rindu sangat dengan inche Alang di kampung tu.huhu...dia tak rindu saya ke?? (mimpi la..)

Thursday, December 24, 2009

- candid photo contest -


haha...arini sampai dua contest aku masuk.kali ni contest untuk candid photo pulak.
aku sebenarnya bukannya banyak koleksi gambar diri aku sendiri.memandangkan orang tak suka tolong amik gambar aku cantik2.haha (sebenarnya mmg tak cantik!!)
aku je yang suka mengambil gambar orang.lagi2 candid.

so, untuk contest ni boleh klik kat gambar atas ni.
Dan....
gambar candid yang terpilih adalah...
|
|
|
|
|
|
|


candid by my fren masa dinner program kat kolej dulu.
paling suka gambar candid yang ni.haha....
ok, done!

p/s:kita minum dulu!!!

- black & white photo contest -


heheh...1st time nak join blog contest ni.tp macam dah terlambat je kan...takpela.selagi tak sampai waktu,sempat je la.

kalau korang sempat nak join jugak, gi SINI .
Dan....
gambar yang terpilih ialah (haha...macam aku banyak gambar je..)

gambar masa raya.otw balik rumah dari seberang perak. captured pakai hp tak seberapa je.
ok, done.

Sunday, December 20, 2009

- entry terkumpul -

konon je title atas nun..macamla aku tak penah buat entry terkumpul macam ni.adush!!
macam ni la bile otak tengah ting tong.balik bercuti pun otak jadi tak betul.macam mana tu?jawab!jawab!

minggu lepas, Malaysia berjaya mendapatkan kembali emas bola sepak sukan SEA setelah 20 tahun menanti.alhamdulillah.seronok.aku pun tumpang seronok.tp yang tak bestnya aku tak tengok live la pulak masa gol tu dijaringkan sebabnya tengah sembahyang maghrib.terlepas la pulak.apa pun, tahniah la buat pasukan Malaysia yang bertungkus lumus memadam ego Vietnam yang berlagak lepas mengalahkan Malaysia di peringkat kumpulan.

ok, lepas cerita bola.
hari sabtu, aku ikut Juhaida (my friend yg gile lama lost contact sbb no hp dia problem,no dia maxis dah jual) ke Sri Manjung untuk wedding our schoolmate Diana Dzul.sungguh seronok even kitorang berdua je.tukar2 cerita.juhaida pun dah bertunang bulan 6 aritu.and i jeles sebab dia ada D60..wohohoho...

bila jumpa juhaida, rasa lega sikit nak menanti hari besar.juhaida sudi jadik my OP.yeyeyey..... cut cost kat situ.tapi bukanla langsung tak bayar dia kan.apa daa...lagi satu, rasanya takdela inche Alang konon2 malu nak bergambar,sbb she's my friend yg macam orang lain gak, nak amik gambar.hahah...bluekkkk....macam ada orang nak amik gambar saya saja..ok i masuk lif tekan butang sendiri yea..

cuti??
takde benda nak dibuat.kemas,masak...all things yang seperti biasa aku buat masa bercuti masa belajar dulu2...bosannya taktau nak cakap macam mana la..adoiyaiii....

p/s: bile dah start sekolah, mengada pulak nak cuti rehat lama2.itula manusia,tak bersyukur dengan apa yang ada.

Wednesday, December 16, 2009

- feel like - - - - - - -

jalan-jalan kat blog bride-to-be made me nervous.sangat2..sampaikan asik sakit perot je 2-3 hari ni sebab duk pikir mende ni la..padahal bukan apepun.macam aku tak biase wat keje last minit je.tapi masalahnya ni bukan macam keje yang selalu leh buat last minit tu.ni keje besar punye.untuk seumur hidup.arghhh!!!

sabtu lepas keluar ingat nak bincang2 ke apa..tp misi failed!!dapat cari bracelet je.tu pun cukup-cukup bajet.aduhaii...tak bermaya melihat angka-angka dalam bank tu.barang-barang lain tak beli,tak survey pun lagi.ingat next week nak start mencari.tapi yang pasti bukan dengan che Alang.keluar dengan dgn my girlfriends.hope dapat mencari at least 1 barang untuk hantaran.wish me luck.

ckecklist pun baru nak buat.here...

Borang A-Z (borang nikah, tests, course and all)
Hantaran (for her n for him)
Outfits (inc. nikah, bersanding dan bertandang - warna,aksesori,mekap)
Pelamin (untuk duduk je pun)
Doorgift
Kad Jemputan
Photographer (kalau che Alang dah berubah fikiran)
Rewang (atau Catering je kata abah)
Bilik Pengantin
Perabot

takde tema pun, tapi warna tu minta2 la berkenan di hati.memang dah tradisi keluarga aku pun, kenduri buat ringkas je.takde tema ke apa ke..ngade2 aku je nak konon sweet,ceh!!tak dilayan...


Sunday, December 13, 2009

- oh, hati sudah terpikat -

baru balik.penat.letih.mata mengantuk.tapi nak jugak buat entry.ha.ha.ha...

seperti yang ku jangka.che Alang memang tak sporting dan sweet.geramnya!!huh..nak buat camane..terima je lah.

tapi, hati sudah terpikat..ops!!tunggu habis ayat dulu...

terpikat dengan baju nikah Aien (kembar ekin mawi).warna macam tu la yang aku teringinkan.macam mana?pi mintak tolong pakcik google search kan gambar nikah Aien tu..oh,sungguh lawa...tak simple tak sarat sangat..nak macam tu!!!!

ok dah...nak tido.esok nak attend kenduri palek & pizah kat klang.daa~~~


Saturday, December 12, 2009

- blog hopping -

sekarang ni kan kejenye blog hopping je..pantang ada masa terluang.jalan2 ke blog bride-to-be.banyak tau..and i like!!!seronok tengok these girls buat preparation untuk their big day..and of course la aku boleh jadikan sebagai reference untuk mine nanti.

ada yang lagi 7 bulan pun dah start book caterer n else..ada yang lagi 3 bulan tapi tak buat apa lagi..hehe...aku??lagi 5 bulan lebih kurang.tak buat apa lagi.tapi ni pun dah start cari idea warna dan design untuk baju nikah.tapi rasa2nya buat baju jurung moden je lah (macam gambar bawah ni)..lace tu pun dah kira meriah je.baju bertandang pun kot.cuma baju bersanding je kena pergi butik andaman tengok mana yang berkenan.warna tak decide sebab nak kena bincang betul2 dengan che Alang.takut aku suka, tapi dia tak suka pulak,kan..


barang2 hantaran pun, belum tentukan lagi.maunya tak payah hantaran ni kalau ikut mood che Alang ni.tapi akan ku pujuk habis2..hehe...tak sweet la che Alang sekarang ni..eh,sebelum2 ni pun..huhu

ya Allah, permudahkan lah perjalanan kami menuju hari bahagia itu...aminn...

p/s : menunggu tengahhari....bosan.

Thursday, December 10, 2009

- naik 200%??? -

korang ada tak satu or lebih tabiat yang mana mesti takleh elak pada masa2 tertentu??
aku ada tau.tiap kali berhadapan or dalam situasi bercampur dengan orang awam, aku mesti semesti2nya meng'usha' kasut orang. tak kisahla kasut ke, sandal ke...tak tau kenapa...dan setiap kali itu, aku mesti jumpa yang berkenan, then aku dok cakap2 dalam hati, "apasal aku tak penah jumpa kasut lawa macam tu?"

sebab kan...tiap kali aku usha kasut kat kedai, mesti tak best macam yang aku penah nampak orang pakai.diorang ni beli kasut limited edition ke?huhu...jeles i tau...
dan aku wat entry ni pasal aku terminat kasut sorang candidate tempat aku jaga exam tu..hehe...apape lah...orang jadi pengawas,aku dok usha kasut orang...tak patut...tak patut...

dah tutup pasal kasut.

mas kahwin di selangor naik 200% menjelang 2010...
ha.ha.ha.
calling inche Alang......ding dong...

Wednesday, December 9, 2009

- cerita cuti sekolah -

cuti sekolah??
hmmm...tak ada apa2 yang dilakukan.kalau cuti2 sebelum aku kerja, mak n abah pasti bawa kami sekeluarga bercuti ke mana2 sempena cuti2 Malaysia.tapi kali ni belum berkesempatan.awal2 cuti itu hari, sibuk dengan kenduri.tengah2 cuti ni pulak aku dapat tugas menjadi pengawas untuk exam ACCA.so tak ke mana2 la kot kali ni.

mak abah pun,leps pencen ni duk honeymoon kat rumah je hehe...tapi kan, sebelum raya haji itu hari, mak agaknya sampai taktau nak guna duit ke mana, dia beli freeze besar untuk simpan bahan basah.waaahaha....freeze yang macam kat kedai runcit tu.tapi versi kecik sikit la.dahsyat betulla mak ni.huk3....

untuk 2 minggu ni aku jadi pengawas kat institut profesional baitulmal.offer called from en.zulfikri.dah alang2 bercuti taktau nak buat apa, baik aku terima je kan.dapat juga income sikit.hehe..tapi hari ni off 1 hari,jalan2 ke shah alam.dengan 2 tujuan.ambil borang dan ke klinik.haha...macam borang takleh amik kat kampung, then klinik tu takleh ke kat mana2 pun.haha...gedik je namanya ni.

esok sambung duty jaga exam sampai next week.
minggu ni pergi kenduri palek n fiza kat klang.insyaallah dapat jumpa kengkawan lagi.tak sabar...hihi


Sunday, December 6, 2009

- perlu..tak perlu..uh!pening... -

dah masuk bulan baru...tak lama lagi tahun baru pulak..kejapnye masa berlalu...

weekend ni penuh...
sabtu, my couz, non a.k.a aisyah kawen di selekoh, perak..meriah.
dan yang bestnya, dia buat sendiri baju kawen dia.skali baju nikah dan baju bertandang...giler bagus tak??cantik wooo....bagus ko,non..nti k.dila nak tempah,boleh?hihi...
mak pulak perli aku jek sebab malas nak menjahit baju sendiri...kikiki....mesin jahit baru mak tu susah la...lalalala...jgn marah, mak...

hari ni pulak kenduri muzamir, my ex-schoolmate. kat kajang..huhu sesat2 aku dibuatnya...jumpa kawan2 lain kat sana..kejap je,then terus balik kl.

skang ni kejenye duk surf internet pasal kawen2...almaklum la ye..
cantek2 sumenye majlis orang2 nih..jeles pulak aku.sebabnye macam tak terdaya je nak buat macam tu..ke ade leh pakai bajet rendah punye...??huhu...

kelmarin inche Alang call tanye pasal borang..aku tak terpikir lagi nak amik..tp since dia dah tanya, kenala amik,kan..dia pun bukannya senang nak balik kampung..best jugak kalo dia sendiri yang inisiatif nak siapkan awal2..takdela kelam kabut nanti kan..

tapi tak bincang apa2 lagi dengan inche Alang pasal majlis.tema ke..hantaran ke...
aduii...macam banyak je bendanya bila tengok blog orang2 tu...rasenya aku akan kalut tak nanti??
kakak dah offer nak buat bunga telur or door gift...tapi aku rase macam senang beli siap je..mana murah??aduh...idea tak berkembang lagi ni...

minggu ni harap dapat jumpe inche Alang.nak discuss ape yang patut...susah gak kalau jauh n jarang2 jumpa ni.tapi selalu jumpa,bosan lak...eh!dah kawen nanti macam mana pulak...ish3...
perlu ke ni?lambat lagi,kan...haish....

p/s : i'm thinking of silver with grey in lining...ok tak?

Wednesday, December 2, 2009

- untungnya...!! kecemburuan melanda -

tahniah buat kawan lama sekolah menengah, ainul farha dan rizai ali yang mendapat tempat ketiga dalam gerbang cinta anjuran mega utusan. hadiahnya, sponsor majlis kahwin rm30k...

huwaaa!!!!!banyak tu...

aku jeles...
aku jeles...
aku jeles...

aduhai...bestnye nak kawen xpayah keluar duit.semua ditaja,kan...tapi itu kan rezeki mereka.kita tumpang gembira lah..
yang lawaknya,bile bagitau mak...mak pun cakap, "nape kaklang tak masuk pertandingan tu?"
hahaha...mak ni.masa tu orang tu pun taktau nak kat kita betul2 ke tak...

aduh!!jeles sungguh....


Wednesday, November 25, 2009

- alhamdulillah selamat semuanya -


alhamdulillah...
sekolah dah mula bercuti sejak sabtu lepas.
aku dah balik kampung malam sabtu tu dengan kakak n aiman.lebih kurang jam 11 baru sampai kat rumah..letih.

seminggu sebelum cuti sekolah byk aktiviti kat sekolah.
isnin,
sambutan deepavali.bollywood sakan la cikgu2 n anak2 cbn2...

selasa,
jamuan akhir tahun tahap 1.
kekenyangan cikgu2 hari tu..makan besar lak tu..aduu...beruntung sungguh anak2 ni.
syukur..

rabu,
sepatutnya mc sebab sakit mata.tapi aku datang jugak sebab ada hi-tea kat menara kl..haha...gambar yang last post tu kat menara la tu.

khamis,
jamuan akhir tahun tahap 2 pulak.alhamdulillah kenyang lagi.
result upsr keluar.syukur 15 orang straight a's..suasana syahdu di dewan putih.ada kecoh jugak..haha

jumaat,
last day..
takde apa2..cikgu2 sibuk menyiapkan segala kerja yang perlu dihantar, disemak..dan macam2 lagi...
dan aku..sibuk mengejar masa...hahah...

kesimpulannya,
minggu tersebut adalah minggu makan2 bagi aku..naik lagi 2kg.huhuhu....

balik rumah sibuk pulak dengan majlis.
kemas rumah.
kemas bilik.
siap barang.

alhamdulillah..221109 aku bergelar tunangan inche Alang..
moga ikatan ini akan terus ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat kami...
doakan ye...

Wednesday, November 18, 2009

- teaser -

assalamualaikum....
lamanya tak wat entry...lapuk dah blog ni...
macam-macam aktiviti sebenarnya berlangsung kat sekolah.sejak minggu lepas lagi.tapi tak daya nak update kat sini.
sampai sakit2 tuan rumah ni ha...huhuhu
alhamdulillah dah recover sikit.tapi kena terus makan ubatlah...

cerita pasal sekolah, nanti2 lah update ye...
banyak sangat.

tapi ni ada teaser...
siapakah bayangan gelap ni?
apakah?di manakah?
tunggu...!!!!




Thursday, November 12, 2009

- kagum -

huhu...
letihnya badan taktau nak kata macam mana.hari tu sakit pinggang sebab terseliuh masa angkat buku kat library.tapi kali ni, makin sakit lepas balik dari pd.macam gaya apa je dah jalan aku...

semalam baru balik dari pd sebab iring budak pemulihan khas untuk kem motivasi.kem ni sekali dengan budak-budak pendidikan khas.sambil cuci-cuci mata tengok cikgu-cikgu handsome..hihi...

kagum aku dengan diorang ni.susah nak tengok tau...
orang muda yang tahan sabar melayan anak-anak pendidikan khas.cool je...
kalau yang pandai buat sign untuk oku tu lagi la aku kagum...sangat-sangat...

balik je sekolah dapat tugas bahagian sijil dan hadiah untuk hari anugerah cemerlang sabtu ni.
aduuuuhaiii.....
saya yang menurut perintah....buat saja apa yang diamanahkan..insyaallah...

p/s : nak upload gambar, tapi tak transfer lagi.tak sempat...

Sunday, November 8, 2009

- full -

minggu-minggu terakhir sekolah tahun 2009...
tersangatlah sibuk.
tambah dengan program personal pulak...
aduh!tak menang tangan...sampai bersawang dah blog ni...

macam-macam aktiviti sejak minggu lepas.

Mengemas bilik ABM sekolah.
Lawatan ke Melaka.
Hari Anugerah Cemerlang Ko-kurikulum.
Report aktiviti...

nasib baik barang untuk cuti nanti dah hampir siap.ada lagi dalam 40%...eh!banyak lagi tu...aduuu.....
tolong!!!!!

esok kena pergi PD untuk bawa budak ke kursus motivasi murid pemulihan khas.sampai hari rabu...adoii!!!

sabtu pulak ada hari anugerah cemerlang 2009..
aiyaaa!!!bz sungguh!
jumpa lagi nanti....



p/s: baju dah ada.tudung belum confirm...think...think...

Wednesday, November 4, 2009

- tenang, senyap -

salam...
hari ni sekolah senyap dan tenang...
anak-anak bongsu pergi lawatan ke zoo...
anak-anak sulung pulak ada kem MINJAROES dengan MindVision...
tinggal anak-anak tengah je...
so, sekolah agak tenang.

alhamdulillah....






tp.....
markah bm tak masuk lagi!!!!
aaaa....!!!!!!

Wednesday, October 28, 2009

- transformasi -

transformasi....
macam-macam dah berlaku sekarang...
dari yang buruk ke yang baik...atau pun yang baik ke yang buruk.

kat sekolah aku sekarang ni pun dah berlaku transformasi.
banyak bilik dah dinaik taraf.

kalau nak tau,cikgu-cikgu pun dah ada transformasi..
mula-mula pasal grooming diri...make-up segala, dan sifunya dah tentulah mrs.erniza.hihihi....

lepas tu, pasal slimming program pulak.tapi takdelah sampai masuk yang macam kat tv tu...cuma jusmate 5 je...tapi aku tak terlibat la..nak aku jadi jerangkung ke pulak la kan...

la nih, celik IT pulak.facebook la, apa lagi.
berderet tengah tunggu turn untuk didaftarkan akaun facebook..hihi...
yela, budak darjah 2 pun dah ada fb, cikgu2 mestilah kena ada jugak...tak boleh tinggal.
tak percaya, pi tengok friendslist aku...

bagus cikgu-cikgu sekolah aku ni. :)


Monday, October 26, 2009

- iklan -

kamu perasan tak...
sejak kebelakangan ni iklan-iklan kat tv malaysia ni macam hyperbola la...tak kisahla iklan kat channel mana-mana pun.iklan syampoo, iklan jajan, iklan bank mahupun iklan syarikat korporat.jadi entah apa-apa entah..mengarut pun ada.

kenapa ya?
dah takde idea ke mereka ni semua..kadang-kadang boleh kata iklan tu ada yang memalukan diri sendiri, ada juga yang mendiskriminasi...hanya semata-mata nak jual produk masing-masing.

tapi masih ada iklan yang mampu memberi mesej yang bagus.yang masih boleh difikirkan untuk memiliki produk mereka.dan boleh disebut-sebut kerana ke'best'annya..bukan kerana mahu mengajuk-ajuk kerana ianya terlalu kelakar.

aku pun sekarang ni suka sangat iklan 'everyone connects'.mulanya suka pada lagu tema dia. 'through my window'. tapi lama-lama tu suka pulak dengan konsep iklan tu. ala yang scene dekat office, orang kertas lelaki tu kesunyian then dia nampak orang kertas perempuan kat bangunan sebelah.pastu office worker tu semua tolong dia melintas bangunan tu pakai tali..haha so cute!and sweet tho...

lagu pun best..by bunkface...here's the lyrics...

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Sunday, October 25, 2009

- mencari -

salam...
hurmmm...dah lama tak berjalan-jalan.so semalam,dengan senang hatinya, aku pergi merayau sampai ke seremban.dah biasa je sebenarnya.cuma since puasa hari tu tak sempat nak merayau...
dapt ugak cari seluar.muahaha...dalam merungut gaji lambat dapat, sempat gak menghabiskannya tu..apa-apa lah...
cari juga something important untuk awal cuti nanti.just simple.tak suka yang nampak vogue sangat..hahah....
tapi bile call mak malam tadi, abah kata kena dua sekaligus..aduh!!!macam mana ini?

abah ooo abah...
1 tak boleh ek...
huhuhu..

Thursday, October 22, 2009

- warna-warni hujan -

murid1 : air hujan warna apa, cikgu?
murid2 : warna biru, kan cikgu?
cikgu : bukan...
murid1 : warna kuning?
cikgu : cuba tengok air hujan tu betul-betul.
murid2 : warna biru la, cikgu.
cikgu : air hujan tak berwarna. cuba tengok air masak tu, kan takde warna tu.
murid1 : kenapa dalam kartun tu air hujan warna biru? (sambil garu kepala..)
cikgu : ------------ ^_^


p/s : hati lega...

Tuesday, October 20, 2009

- kesian saye -

saya rindu dia...
tapi dia tak rindu pun kat saya...
kesian saya, kan??
huhuhu....


Friday, October 16, 2009

- makan lagi?? -

hurmm...
kali ni kat rumah wan(my ex-schoolmate) pulak..cadangnya nak buat minggu lepas.jumaat malam sabtu.tapi cik puan ina nak postpone, buat minggu ni, khamis malam jumaat.tapi kesudahannya dia yang tak ada sebab terpaksa attend kursus induksi 2 minggu kat pangkor. good luck ye makcik...hihi...

so, kami yang lain meneruskan rancangan yang telah dirancang..(apa punya ayat daa..??)
jam 530 petang aku bertolak dari kg baru.tersesat ke putrajaya pulak sebab aku ikut mex highway..terpaksa aufa ambil aku, kebetulan dia terus dari office dia kat cyberjaya.sorry cik aufa....

sampai kat rumah wan(sampai sudahla gamaknya aku sesat nak pergi rumah wan yang banyak simpang-simpang ni...) dan maghrib..lepak kejap.gosip ringan-ringan dulu sebelum fida dengan fiza sampai.bila dah diorang sampai, apa lagi gosip sakan la...hahah itulah kami.macam-macam...

makan-sambil-gosip time...si kecik kat belakang tengah main sendiri.

aufa tengah disoal siasat.siapakah yang bertakhta di hati...

sara dengan basikalnya.seronok sebab ramai kawan mama datang...

myself dengan sara...dia dah pandai posing la....

wan & wan buat barbeque..sedap....!! (wan, buat lagi ye lain kali..hihi) nasib wan la, sebab dia je yang dah kawin tapi still leh geng dengan yang bujang ni...credits to wan(i mean sang suami la...)
main-main dengan si kecik sara, then kitorang balik jam 10 lebih. itupun sebab sara dah meragam, cara halus nak suruh the aunties balik.hahha....

hmmm...rindu zaman buat nakal kat asrama...

Wednesday, October 14, 2009

- go go power renjers -

renjers?
kenapa bukan rangers?
entah ye..abaikan je lah...sebab nak cerita masuk hutan, panjat bukit nanas...
setelah 10 bulan di bukit nanas, baru inilah aku berpeluang meredah, menjelajahi hutan simpan bukit nanas ni..
baru inilah aku tahu, ada padang, ada tapak khemah, ada tempat senaman riang kat dalam hutan simpan ni...
terima kasih pada kak nora sebab bagi peluang kat aku bawa budak-budak tahun 6 kali ni.

monyet ni nama nora.ibunya ditembak masa ia baru dilahirkan.jadi pak guard hutan simpan ni jaga dia.kecik je lagi..


i just love the nature's photo.so much love.....
masa tengah jalan-jalan meredah denai sambil tengok nama-nama pokok...
dengan antara budak-budak dalam kumpulan aku.layan....
renjers itu kerana kami diiringi oleh 4 orang renjer hutan.terima kasih!!!!

Tuesday, October 13, 2009

- raya yang gila -

raya lagi?
kali ni sambutan peringkat sekolah la pulak..
persiapan bermula semalam.backdrop,pentas segala...
hari ini, majlis bermula jam 9 pagi..

meriah..
tak terkata.. rupanya macam inilah gaya cbn2 beraya..
macam-macam makanan ada.oh ya!kredit to puan veronica atas sumbangan menu utama hari ini. dan kepada parents cbn2 yang sudi menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sambutan tahun ini.ada bihun goreng, kek, kuih-muih, macam-macam...sedap-sedap pulak tu..

sambil-sambil makan, ada selingan nyanyian oleh pelajar dan guru-guru.apa lgi? lagu raya la..dah nama pun sambutan hari raya,kan..?

let's the picas tell the story...



meriah tak..?hehe
semua guru bergotong royong untuk majlis ini..
baik sebelum atau pun selepas majlis...

thanks all....


p/s : another picas at facebook...

Saturday, October 10, 2009

- mula2 geram...lepas tu... -

raya tak habis lagi..
jemputan open house,jemputan kenduri..macam-macam jemputan.ye la,masa inilah senang nak buat kenduri.alang-alang beraya sekali,kan...?

rabu lepas, ambil cuti rehat sebab nak ikut mak ke majlis persaraan dia kat sk sg nibong..majlis sekaligus dengan sambutan hari raya.ramai ibu bapa yang join sekali.best je tengok kalau nak dibandingkan dengan penyertaan parents kat sekolah sendiri.
anyway,seronok tengok mak diraikan.terharu pun ada (boleh?aku pulak yang terharu...)aku jadi camera girl..letih jugak kalau tak cukup alatan ni.terlupa pulak bawa tripod.

mak dan abah potong kek masa sesi makan-makan.

khamis pulak..jamuan hari raya BKG kat sekolah.makan besar.macam-macam ada.menu utama satay dan kuetiau goreng.tapi tu la,tengah takde selera,makan pun sikit je.lagi pun open house sendiri hari tu pun buat satay jugak.alhamdulilah kenyang jugak hari tu.

ni je la yang boleh masuk perut..alhamdulillah...

hari ni, sabtu...kat sekolah ada LDP.maybe yang terakhir.tajuk Personaliti Unggul oleh Encik Haris, motivator yang yang buat kem dengan budak2 bulan mac dengan bulan julai hari tu.meriah jugak la LDP hari ni.habis awal, ingat boleh pergi kenduri fateen awal...tapi pakcik pulak ada hal..geram betul.tapi nak marah pun, tak boleh.nak marah pada apa,pada siapa?
sudahnya, pergi pukul 3 lebih..sampai kat rumah fateen dah dekat jam 5.nasib baik jumpa tz and husband dengan rinie.ada jugak la kawan nak ajak sembang.cerita-cerita pasal budak-budak kelas dulu.segan jugak aku dengan diorang ni semua.nasib baik jugak datang lambat,kan?kurangla keseganan aku.ye la....(pikir sendiri...)

sepadan fateen dengan hairil..sama cantik sama handsome.tapi tak boleh lama,pakcik kerja malam.apapun, thanks pakcik sebab temankan pergi kenduri.

mak buyung TZ, hairil & fateen, myself...

congrats fateen & hairil.semoga berbahagia hingga ke akhirnya.. ;)

p/s : hati sudah lega...

Friday, October 9, 2009

- biarkan dia berkata -

cik joyah : dila tu sombong.muka macam tu..huh!sombong!



ish..ish..ish..
adilah ni sombong rupanya.empunya diri tidak pula mengetahui yang dirinya dikatakan sombong.kena cermin balik muka ni.ada muka sombong rupanya.
apakah orang itu melihat ketika aku dalam keadaan tidak punya mood untuk bersedekah senyuman? takpelah,dah orang tak suka.kita senyum pun tetap juga dikata sombong,kan..

tapi mungkin juga aku punya kesalahan yang tidak disedari, namun diungkit sebegitu sekali.apakah dianya punya daulat hingga tidak boleh secubit kesalahan pun dilakukan padanya?walaupun segenggam kesalahan telah dicampak kepada kita?bukan mengungkit, cuma mempersoal...

apakan daya, aku semut merah..dia gajah thailand..(ada tak peribahasa macam tu?haha)

nasihat dari orang yang berpengalaman...

"takpela dila...tak payah pikir orang suka ke tak suka..janji kita bahagia,gaji kita jalan.."

memang sudah dijanjikan pada diri, malas betul fikir...,
tapi tertulis juga di sini...
macam mana tu?

Thursday, October 8, 2009

- primadona?? -

kelas 1

murid : cikgu...!!!cantik..
cikgu : ye...terima kasih....
murid : kenapa mata cikgu bulat?
cikgu : eh, memanglah.habis tu mata macam mana?
murid : mata sepet.
cikgu : macam awak?
murid : hehe...

kelas 2

murid : cikgu...cikgu pakai eyeshadow ye?
cikgu : takdelah..
murid : habis tu kenapa mata cikgu kaler purple..mesti cikgu pakai eyeshadow purple,kan?
cikgu : tak...mata cikgu memang kaler macam ni.
murid : cikgu tipu ni.mata kaler macam ni je..(sambil tunjuk kelopak mata sendiri) mana ada kaler purple.
cikgu : senyum je.


kelas 3

murid : cikgu..kenapa cikgu pakai tudung macam tu?
cikgu : kenapa?
murid : takde apa.
cikgu : hmm...macam-macam.


kelas 4

murid : cikgu..cikgu macam primadona la..
cikgu : erk....
primadona tu apa?
murid : emm...ala yang....(tak terjawab)
cikgu : senyum lagi...


itu la perbualan seorang cikgu dengan beberapa murid dari kelas yang berlainan.
nak tergelak pun ada..macam-macam...

Monday, October 5, 2009

- mari mengira -

aku mengajak semua untuk mengira.ya,mengira apa sahaja asalkan ia aktiviti mengira.
tidaklah.aku cuma mahu mengimbau situasi-situasi yang mana aku boleh ditempatkan di katil hospital atau pun kalau terlebih lagi,mahu dibalut dengan kain putih.insaf!

1989 - Patah riuk
aku semasa kecilnya sentiasa mahu mengikut langkah si abang.kalau dia bermain,aku turut serta.kalau dia makan,aku mahu di sebelah.pendek kata aku mahu sentiasa bersama si abang.(mungkin sebab itu juga sekarang aku berperawakan kasar jika dibandingkan dengan gadis seusia dengan ku).

ada sekali,hari cuti.ahad jika tidak silap.seisi rumah lena dibuai mimpi siang.si abang melangkah terjingkit-jingkit (tetap juga berbunyi kerana rumah usang itu) menuju ke tangga depan.aku yang menyedari cepat-cepat mengejar mahu meyertainya.tanpa melihat ke bawah, aku tersembam lalu tergolek-golek jatuh 7 anak tangga.yang menanti di bawah ialah simen.segera seisi tumah yang dibuai mimpi tadi terjaga.aku sudah meraung kesakitan.

kesannya : aku sakit pinggang sampai sekarang.(ditambah lagi dengan jatuh berkali-kali ketika aktiviti perkhemahan semasa besarnya.)


1994 - Laju-laju kayuh
dulu sekolah aku pagi dan petang.sekolah pagi ialah sekolah kebangsaan. dan sekolah petang ialah sekolah agama.petangnya aku ke sekolah menunggang basikal.tapi sebelum pulang ke rumah, aku gemar sekali mengikut kawan-kawan melencong ke tempat lain.bukan jauh sangat pun.sekadar kampung sebelah mengayuh basikal.

ada seklai aku melencong tetapi sudah lewat mahu pulang.jadi cepat-cepat mengayuh.apatah lagi kawan-kawan sudah meninggalkan aku di belakang.sampai di simpang aku perlu melintas jalan besar.tapi, aku tak berhenti sebab takut ditinggalkan kawan yang sudah jauh ke depan tanpa menyedari aku sedang melintas jalan besar. ketika itu ada sebuah motor.

bayangkan kalau kereta atau lori yang besar sedang lalu ketika aku melintas jalan itu.
bayangkan lagi kalau jalan itu kini sebesar jalan yang sekarang.(4 lane..wassalam)

kesannya : aku takut melintas jalan seorang diri.


1992 & 1993 - Jejari basikal, bukan jejari ikan.
macam situasi pertama,aku gemar mengikut si abang.kali ini, mengikutnya yang baru belajar bawa motor pusing-pusing kampung.kebetulan ada rumah terbiar.sia abang memulas minyak motor terlalu kuat lalu menghentam tiang rumah terbiar itu.kami terjatuh.kaki kiri tidak dapat aku selamatkan lalu termasuk ke dalam jejari motor.lalu bergema lah suaraku seisi alam.cepat-cepat jiran yang ada di situ (kebetulannya ada kaitan saudara dengan keluarga kami.) menjenguk dan memanggil ayahku di rumah.

itu satu.jejari motor.

kali kedua ialah ketika si abang ditugaskan mengambilku dengan basikal di sekolah agama kerana ayahku tiada.ketika hampir sampai di rumah, kami terserempak dengan ayah yang sedang meyorong motor yang rosak.bila abang kata yang dia nampak ayah, terus aku menjenguk dari tempat duduk belakang dan tanpa sedar kakiku terikut dan termasuk ke dalam jejari basikal.apa lagi, bergema sekali lagi suaraku seisi alam.

kesannya : parut di kaki yang tak mungkin hilang bagi puluhan tahun akan datang.

-------------

sekarang...
syukur aku masih di sini.

Sunday, October 4, 2009

- noname post -

saya lega.
saya lapang.
saya tak percaya.
saya terharu.



saya suka.
(^_^)


Thursday, October 1, 2009

- jerung menjadi jinak?boleh ke? -

semalam, kak nora offer aku, sama ada kilang roti Hi-5 atau Aquaria KLCC? aku apa lagi, terus cakap Aquaria. yeay!!dapat jugak peluang pergi sana.sebelum ni pernah merancang tapi asyik tak jadi je.masa, duit, semua jadi penghalang. tapi kali ni, peluang pasti tak akan dilepaskan.

Alhamdulillah.
Jam 9.30 pagi tadi, beraturlah pelajar Tahun 6 ke LRT Dang Wangi diiringi beberapa orang guru untuk pergi ke Aquaria KLCC.Letih woo...dah lama aku tak berjalan jauh.berpeluh-peluh jugakla.satmina dah kurang la sekarang ni.ketuk kepala sendiri.malas bersenam!

Sampai kat Aquaria lebih kurang jam 10.15.kena menunggu sebab tempat tu buka jam 11.tengah-tengah berjalan tu, tiba-tiba pulak dapat call.dan call itu la yang buat aku berdebar-debar sampai masuk KLCC yang sejuk tu pun aku boleh berpeluh-peluh.eh, tu cerita lain nanti.


menunggu sebelum sesi lunch ikan dan penyu...

Tepat jam 11, rombongan masuk ke Aquaria.mula-mula lagi dah tengok Piranha Feedings. memang cepat la ikan-ikan tu melahap.phew!terus masuk tengok-tengok ikan yang lain.kecil je rupanya Aquaria ni.lepas tu, tengok pula sesi bagi makan ikan.paling suka tengok Divers tu bagi makan kat penyu-penyu. manjanya lah penyu-penyu tu.kuat makan lagi. asyik minta je kat Divers tu.

seronoknya budak-budak ni..

Sesi bergambar memang berlangsung sepanjang dalam Aquaria tu la.macam biasa. dan kami pun pulang lebih jam 1..eh, aku balik awal dengan kak aisyah sebab nak menemankan 3-4 orang budak yang kena balik awal sebab naik bas. Hish!letih..letih..macam mana ni?

star in my hand???


- open blog -



alamak...ada orang nak datang.blog tengah bersepah.sila-silalah layan diri ye.
saya tak buat kuih sempena raya tahun ni.semuanya kuih tunjuk.apa yang ada je ni.

sila.. :)


Wednesday, September 30, 2009

- terapi pernafasan untuk sihat -

sebelum cuti raya hari tu, aku ada dapat satu artikel ni daripada kak bushra.pasal tajuk kat atas tu la...dan,oleh kerana sekarang ni aku asikla sakit kepala..yang mana serangannya datang tak menentu(banyak beno penyakitnya...) aku nak kongsikanla artikel tu kat sini.mana tau korang2 yang baca leh dapat manfaaat jugak kan...tapi, tak sepenuhnya sebab aku tak ingat letak kat mana artikel tu.ni yang mana aku ingat sebab ada kaitan sikit dengan aku kan...

i just sharing knowledge...

hidung kita berlubang sebelah kanan dan sebelah kiri.yang kanan tu mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin)..

kalau kita sakit kepala, try tutup lubang yang kanan dan bernafas ikut hidung sebelah kiri..buat lebih kurang 5 minit..kalau lelah,tukar pulak.tutup lubang sebelah kiri,dan bernafas ikut sebelah kanan..tak lama,kita akan rasa segar balik..

masa bangun, cuba rasa lubang sebelah mana bernafas lebih cepat,kiri atau kanan?
kalau kiri lebih cepat, maksudnya ada lelah..so, tutup lubang kiri, bernafas ikut lubang kanan.kita akan kembali segar dengan cepat.

Orang yang tulis artikel, tulis based on pengalaman dia. dia kata, dia selalu sakit kepala masa study dulu, so dia buat ikut cara ni. tak sampai seminggu, sakit kepala dia sembuh.dia buat lagi sampai sebulan, sakit kepala dia terus hilang.

aku tak pernah try lagi.nak cuba malam ni la..hehe..(sebab dari siang tadi sakit sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding.boleh??)


INFO:
1. perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya tenang.
2. lelaki bernafas lebih denngan hidung sebelah kanan, selalu mudah marah..(ye ke??)

Tuesday, September 29, 2009

- mahu atau tidak -

merujuk kepada interview yang aku hadiri bulan julai lepas...dah dapat dah keputusannya.through online,aku lulus untuk perlantikan tetap DG41.alhamdulillah syukurr...cuma belum dapat surat lagi..

dan oleh kerana keputusan itu, mak dah mencadangkan aku untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya..sebenarnya awal tahun lagi mak abah dah suruh dah.cuma aku yang dalih-dalih..masa kat rumah hari tu pun mak dah cakap balik.disokong pulak dek paksu...paksu lagi la,suruh aku futher kat oversea...especially australia.sebab katenye suasana kat oz lebih tenang..

ngeee.....ape aku nak buat ni..??ramai dah yang mencadangkan itu,tapi......


to be continued...


Monday, September 28, 2009

- 95 ke 97?? -

macam yang semua rasakan, harga minyak dah naik.lagi2 yang ron 97.aku sebenarnya bukannya tau ape mende ron segala ni.yang aku tau, pegi stesen minyak, bayar, isi.hehe...tipikal tak?biase la, kan...

sebenarnya....

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

tu je la yang aku leh pastekan...banyak lagi info dengan pakcik google...
aku takdela nak cari respon orang pasal penggunaan minyak2 ni..either yg ron 97 or ron 95...aku sendiri dah penah guna dua-dua tu..yang aku tau, ron 95 ni telah diwar2kan dalam iklan, sebagai lebih kilometer dengan harga murah sikit la dari ron 97...

memula tak perasan beza penggunaannya..bila dah balik raya hari tu, abah tanya aku isi minyak apa.sebab abah guna yang ron 95, pick up kereta lambat sikit.tapi nak guna yang ron 97 tu mahalnya la pulak...

bile dah bawak balik kl, barula aku perasan yang betul kate abah..macam lambat sikit nak pick up la kereta tu...yang dikatakan 'lebih kilometer' maybe untuk penggunaan jarak jauh.macam aku yang untuk sekejap2 meredah jam kl ni, 'lem' sikit la kot...nak main clutch lagi...duh!

nak wat cane?tepuk dada, tanya selera...(eh, tepuk kereta tnya kereta..hahah..)

p/s : back to school...kije..kije...


Sunday, September 27, 2009

- cerita raya -

hmm...lama tak update sebab bercuti raya..macam biasa, kat kampung ada kekangan untuk online.jadi, kena tunggu balik kl dulu baru leh update semua mende.balik ke kampung dua hari awal sebelum raya..sempat la mengemas,membersih apa yang patut.itu pun tak terbuat semuanya..tapi nasib baik jugak tak banyak yang memerlukan tenaga.lagipun mak tak buat kuih..semuanya kuih tunjuk je...cukuplah...

pagi raya macam biasela ke surau...bersembahyang,bertahlil dan bermaaf-maafan dengan kariah surau yang lain....
jemaah perempuan tengah siap-siap nak makan-makan,sedang yang lelaki mesyuarat pasal khairat kematian..hehe...
Font sizelepas makan-makan...balik la rumah.macam biasa jugak...menunggu paman kadim sekeluarga datang.memang dari dulu pun, selalunya family paman yang datang dulu...maklumla,dua family ni je yang dekat-dekat.dah petang sikit barula yang lain-lain datang pulak...aduii gambar tak boleh nak upload pulak.haish!!!

petang raya kedua, ikut mak abah balik negeri sembilan.cadang nak pergi rumah acik,tapi kebetulan acik dengan maksu dah ada kat rumah uwan.so, berkumpul kat sana je la..tidur semalam je.raya ketiga tu (lambat sikit sebab air putus sampai tengahari...aduh,dah lama tak merasa keputusan air macam ni...)pergi rumah pakngah,then ke rumah wan uteh(ipar arwah uwan..). jumpa pulak dengan anak buah wan uteh..siap gelak2 lagi. menantunya orang chicago...rupa2nya, tan sri mohamed hashim makaruddin, pengerusi kumpulan utusan..sangat la biasa2 e orangnya..itupun nasib baik dia cakap sekarang dia buat apa,so balik rumah aku terus cari info tu.baru la tau orang2 kenamaan rupanya..no wonderla pakngah pun...???huhu...apa2 je la...

beraya pulak ke perak...tapi sempat rumah paman sapon ngan paman amir je.sebab maksu pulak nak datang rumah...berkejar la balik sungai besar..hmm....cuaca sangat la panas hari tu...
tambah pulak sangkut kat jambatan teluk intan tu sebab ada kereta jammed...dush3!!!

panas matahari dari arah belakang kereta,penumpang la yang menggelepar...huhu

sempat merakan kebesaran Ilahi..subhanallah...cantiknya!!

tapi kan...raya tahun ni rasenya sangat penat..sebab sepupu-sepupu aku yang dah berkeluarga tu datang asing-asing dengan family induk diorang..so,kitorang banyak terima tetamu secara tidak putus..tak menang tangan jugak la dibuatnya.hehe...takpela...ukhwah itu semakin dekat....

masa raya ni jugak la aku korek balik macam mana hubungan sedara2 aku tu...yang itu anak sedara siapa.yang ini sedara macam mana...hehe...banyak bebenor sedaranya...


alhamdulillah ahri ni dah balik kl, lepas berumah terbuka di simpang lima..(rumah dato' seri khir toyo sebenarnya..jengukla jugak artis2 buat show..)
jalan pun tak jammed..clear...esok mula kerja balik...bercinta pulak rasanya nak bangun esok..huhu...budak2 start ujian hari selasa..hoho...prepare dah ke??

p/s : kesian pakcik...dia baru cuti lepas kena kerja masa hari raya....hihi

Monday, September 14, 2009

- lima hari lagi -

ermmm....
kurang seminggu lagi nak sambut aidilfitri.still rasa biase2 je...tapi aku beli jugakla kuih raya untuk bawak balik kampung.kang ape pulak la anak dara dah keje tangan kosong je balik kampung.hehe...

baju raya dah setel.tapi rasa nak beli lagi la pulak.spare untuk baju keje..hehe...dah bosan pulak tengok baju2 lama tu..
malam ni tengokla..nak serang jln tar.haha...duit tengah macam air je,tak sedar diri...

mak pulak hari ni las day dia kat sekolah.actually las day bertugas sebagai guru sekolah.esok termaktub mak dah bersara...happy birthday in advance mak....selamat berehat kat rumah.
erm...macam lain pulak bile tengok mak kat rumah je...sebab dah biasa dengan mak takde kat rumah,gi keje..lepas kena biasekan diri la pulak...mesti mak abah gi berjalan je lepas ni.hehehe...honeymoon...

pakcik sorang tu balik kampung la pulak.hmm...orang tanye leklok,jawab serius je..tak best langsung.huh!!benci la..minggu ni taknak sedih2...tapi macam dah stat nak sedih balik je ni.huhu...
takpe2...sabar ye dila....jangan layankan la....


dah masuk seminggu red flag ni...adush!!tu pasal rase nak nangis je kan...mcm budak2 la...hish!
grow up la dila oii!!!

Wednesday, September 9, 2009

- feeling2 raya -

hmm...feeling2 beraya kejap kat stafroom ni...pasang lagu2 raya sambe menaip soalan untuk ujian bulanan 3.betul-betul lepas sekolah bukak nanti..nasibla budak-budak.beraya la sakan sangat..hehe...

tapi kan sebenarnya,aku takde perasaan ape-ape la nak beraya tahun ni.macam takde ape2 je.takde rasa nk shopping.takde rasa nak beli kuih raya nak bwk balik kampung...entahla...

p/s : banyak plk jemputan kenduri lepas raya ni.taktaula can make it or not...


Tuesday, September 8, 2009

- pms!!!! -

aduhh...betulla kate kak za...aku emo2 sume tu disebabkan pms.sakit pinggang.sedih.sakit perut. aduhaiii....

last week dapat kad uemputan dari my close friend masa kat utm dulu.nak kawen dah,ani...as well,aku sangat gembira dengar kawan-kawan yang nak mendirikan masjid ni.memang cadang nak ke kota bharu.siap tanye pakcik kalau leh dapat cuti ke...tanye kak ida kalau leh naik flight sesama...but i can't make it,sebab maybe ada sekolah ganti masa tarikh tu.haish!kacau plan...namapk gaya kena beli hadiah utk ani and wish dia awal2 la...sorry sgt2 ani....

semalam berbuka kat luar.tukar selera kejap.lagipun dah lama tak keluar.sibuk je.ha..ha..ha... macam la sibuk sangat kan..? :-p

tapi bila dapat kaluar kejap ni,rasa sedih kelmarin ilangla kejap..
and there's sumting make me smile.can't stop.hihi....cute tau...

and starts today...upsr 2009 samapi hari khamis.untuk anak-anak tahun 6, selamat maju jaya.cikgu doakan yang terbaik untuk kamu semua.dengan syaratla,kan...kene baca soalan betul2 dan jawab dengan berhati-hati.all the best!!

p/s: tetibe teringat novel 'surat ungu utk nuha' tulisan noor suraya..nuha itu sudah mendapat alangnya..'nuha' yang ini masih mencari alang dia...hihi....

gedik!!


Sunday, September 6, 2009

- sedih -

oleh kerana minggu ni tak balik kampung...keje aku duduk kat bilik layan tv,layan movie, layan cerpen...keluar pun,turun bawah beli barang masak,beli makanan buka puasa.lemau aku jadinya...

tapi taktaula kenapa hari ni....
rasa sedih je..tak tau sedih atas sebab apa...tetiba rasa air mata nak mengalir...entahla..
am i too emo??
kenapa ni??


Monday, August 31, 2009

- 52 tahun -

hari ni genap 52 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan. merdeka yang dulunya memang dinanti-nantikan dan dihayati dengan penuh perasaan.

tapi sekarang...sendiri mengakui yang anak muda sekarang tidak menghayati erti sebenar kemerdekaan. yang mana bagi aku maksudnya membebaskan diri dari segala sifat-sifat yang tak baik.melepaskan pemikiran kita daripada dijajah oleh yang tidak sepatutnya.

aku sendiri kadang-kadang terlupa akan usaha-usaha veteran merdeka yang bersusah payah untuk kemerdekaan malaysia.ya!baru tahun lepas aku menonton filem 1957 hati malaya yang memaparkan liku-liku mereka mendapatkan hadiah yang sangat berharga itu.kita semua memang perlu menontonnya (apatah lagi kalau malas nak membaca bahan-bahan sejarah tu..)syukur aku mendapat peluang itu.

kini,dengan pelbagai kemajuan,peningkatan,kemudahan yang kita kecapi,apakah kita patut lupakan bagaimana kita boleh memperolehinya...tak mungkin...

Ya Allah...
bebaskan pemikiran ini dari dibelenggu penjajahan yang tidak sepatutnya.
izinkan aku terus mengecapi kejayaan kemajuan ini...
hindarkan aku dari terlupa akan asal-usul ku...
aminn....

salam merdeka ke-52...

Thursday, August 27, 2009

- bulat -

baru noticed yang muka aku tersangat la bulat sekarang ni...how???berat badan dah ok.kalo tak sebelum ni asik tak dapat nak derma darah sbb kurang berat badan.(ada kaitan ke??)
tapi...kenapa berat itu berkumpul di pipi ku ini...aiyoo...sungguhla bulat bila dah pakai tudung tu..
rasa nak tarik2,tepuk2 biar kecik sikit.hehe...
ada cara lain tak??
tengokla pipi tu...huhu bulatnye...

Wednesday, August 26, 2009

- hari 5 ramadhan -

alhamdulillah dah habis hari ke 5 ramadhan tahun ni...

hari ni berbuka nasi kerabu kampung baru..oo ye.aku dah balik kl dah.ada keje sikit nak kena buat.key in markah budak2 dalam buku adab diorang untuk ujian bulanan ke-2 itu hari.lambat betul..kelam kabut la hidup aku 2 bulan kebelakangan ni.tak tau kenapa. adush!ni baru tahun pertama mengajar.macammana ni cikgu???

semalam berbuka air kotak milo dalam kereta menuju ke balakong.haha...tak sempat nak mengejar tempat makan.so,dalam kete je dulu..(hehe aku tukang tengok2 jalan je...)sampai kat tempat makan tu pun dah dekat pukul lapan.punye la jauh kat cheras nun...
order black pepper chicken chop.pakcik plk order chicken chop biasa.membebel pakcik sebab takdela sedap mana.for me pun,sedap lagi western food jusco kot..hehe amik ko..nak sangat makan situ.pelik gak..macam mana la si adha ngan baayah leh makan kat sini 2 3 kali...huhu...selera diorang kot..

makan ala kadar je la...
singgah jusco balakong kejap..selesaikan diri...
nak cari kasut tapi takde saiz la pulak.selalu je macam tu.
sambar tiket UP..comel je dak carl tu..rasa nak peluk2..gelak sakan sebab kelakar.dah nama pun kartun kan...
pastu lepak kejap.terus sahur makan nasi...tapi awal,dalam kul 2.30 mcm tu...masa tak drive ni memangla tak ngantuk.tapi bile dah drive balik kl,ya tuhan...mataku...menahan je la.

keje baru siap separuh.buku banyak lagi tu.apasalla ramai sangat budak kelas 4 mawar ni..huhu
nak kena siapkan sebelum hari jumaat sebab nak balik kampung balik..cuti sampai merdeka pulak...*wink...

to all...
selamat berseronok dalam menjalani ibadah puasa.(ye la kene la happy...kalo tak kang letih je puasa..)
jumpa lagi..daa~~

Friday, August 21, 2009

- cerita seminggu dan selamat berpuasa -

waaa....dah lama tak update..banyak jugak kisahnya minggu ni..tapi taklah hectic.hari ahad tu pegi kenduri kawen yana kat sungai besar.comel je yana n the husband so tall..kiut jek dedua...pastu jumpe plk mamat ni,hensem mcm mat salleh...tapi payah betul nak tgk senyum...sekali senyum nampak la lesung pipit dia.

tinggi kan?
ni la mamat hensem tu...tp pic tgh tak hensem plk...

-isnin-
dapat berita yang anak kak aisyah masuk icu suspect h1n1. so mlm tu aku pegi melawat dia tapi jumpa kak aisyah ngan husband dia kt lobi je..

-selasa-
macam biasa.malam tengok SETEM kat alamanda.interesting la...tapi tak ramai yang tengok.maybe sekarang ni orang takut dengan wabak yang makin teruk.aku ngan pakcik je yang tak paham bahasa..hehe..memang dari last week lagi nak tengok tapi tak kena masa.so dapatla tunai hajat.almaklum aku memang minat pengarahan kabir bhatia..ada pulak shidi ngan vanida dalam cerita tu.kelakar nya memang banyak..aksi pun ok.
next movie..final destination dgn papadom pulak...
balik malam tu awal sikit.sempat beli buah untuk makan2 kat sekolah.

-rabu-
BKG buat makan2 kat sekolah.kebetulan pulak nak sambut puasa ni.macam2 ada.alhamdulillah...
ko-ku dibatalkan.yang bestnye hari ni kitorang pakai baju korporat for the first time...ahcuunnnnya!!!haha masuk lif tekan butang yea..ada sesi penggambaran untuk majalah sekolah.memang cantiklah..hehe
time for the cikgus menggedik..hehe

malam pulak lagi sekali aku melawat anak kak aisyah.kali dapat jumpa si kecik wafi.kesian tengoknye.dah ok tapi nafas dia still laju.kecik-kecik dah kena pakai wayar berselirat macam tu.mau tak rimas nya budak tu.doa2nya kembali sihat la wafi yea...

-khamis-
sekolah buat program bacaan yaasin dengan solat hajat untuk UPSR.sebelum tu ada pulak meeting ajk pibg.kelam kabut jugak hari ni.terkejar-kejar dengan training hoki lagi..tapi ok saja..layaaannnn...saya yang menurut perintah.tapi sikit2 mau taknak ikut jugak.boleh?hehe...

-jumaat-
hari yang dinanti2 la..nak balik kampung.esok 1 ramadhan.satunya yang aku excited sangat bila bulan puasa ni,nak sahur pertama kat kampung.tak tau kenapa..kalau orang lain buka pertama.ntah..haraplah puasa kali ni dapat dijalankan dengan penuh keinsafan dan mudah...insyaallah.

jadi...
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..semoga kita semua dapat menjalankan ibadah di bulan ini dengan hati yang senang dan gembira.aminn....

juga..
selamat bercuti pada anak-anak,cikgu-cikgu...seminggu je tau.

lagi satu...
HAPPY BIRTHDAY to my sweet sister kak nadiah..semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur.kawen cepat dgn incek maruwan ye...kite tunggu nasi minyak akak ni...!!!

daa~

Monday, August 10, 2009

- g.i joe -

jumaat lepas balik kampung.lama dah tak balik..3 minggu.time aku tak balik tu la abang aku balik.selalu je tak sama masa ngan dia.tu pasal jarang jumpa dia.weekend kali ni aku je yg balik.pipi ada kelas.

hari sabtu, pergi ke selekoh,perak untuk majlis pertunangan my sweet kazen aisyah a.k.a non.tamat lagi sorang zaman anak dara sepupu aku.siap langkah dua kakaknya lagi.hehe..bukan main lagi ko non...dapat pulak orang sabak,jawa lagi...hehe tahniah2...

aku mak n abah bertolak dlm kul 10.singgah kat pasar sabak nak beli buah.terserempak pulak dengan pelakon kartina aziz tengah shooting kt tengah2 pasar tu.hehe...
sampai kat selekoh lebih kurang 11.30..majlis start jam 3..

siap semua majlis,kitorang balik lebih kurang kul 5..rehat....
ahad aku bertolak ke kl awal..mengade punye pasal..haha biasala.rinduu....
tengok g.i joe kat mines..seronok gak..penuh aksi dengan lawak kecoh..not bad la even aku tak penah tengok pun g.i joe yang sebelum ni.enjoy....

sampai kt kl lebih kurang kul 12.ngantuk...

isnin,kena hantar budak ke motivasi dan teknik jawab soalan upsr kat sk taman melati.sesat2 aku cari sekolah tu.sudahla lambat...
habis pun lambat.kena hantar budak2 ke sekolah balik,sampai kat rumah dalam pukul 6..rehat lagi.
esok keje macam biasa...insyaallah...

congrats non..moga berbahagia hendaknya....