Thursday, December 26, 2013

~Apa itu Anemia?~

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil


Apa itu Anemia?
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila mengalami anemia,tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen)dan kurang tenaga.

Bagaimana Anemia Boleh Berlaku?
kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi.

Adakah Anemia Bahaya Kepada Saya?
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan:
♥ Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
♥ Tekanan darah tinggi(eklampsia)
♥ Keguguran
♥ Kematian ibu/anak dalam kandungan

Adakah Anemia Bahaya Kepada Bayi Saya?
Anemia sanagat bahaya kerana boleh menyebabkan:
¤ Kematian janin
¤ Kelahiran bayi tidak cukup bulan
¤ Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimanakah Anemia Di kesan?
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin(Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl

Seriuskah Masalah Saya?
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:


*Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadi macam mana kita nak elakkan anemia ni? Shaklee ada mencadangkan vitamin yang sesuai untuk masalah ini. Iaitu VITALEA. 



Ibu hamil juga boleh mendapatkan set hamil Shaklee yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Monday, December 16, 2013

~7 sebab badan perlukan suplemen~




Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Mengapa Kita Perlukan Supplement?

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang di perolehi dari makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan zat galian yang kurang berbanding dengan buah dan syuran dari tanah yang subur. Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penediaan makanan.Vitamin C dan enzim mudah di musnakan oleh haba semasa proses memasak.

4. Pengambilan pil tahan sakit,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh menggangu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolestrol,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar makanan segera yan gtinggi kandungan MSG.

7. Bagi mereka yang berkerjaya makanan tengahari sekeluarga di luar dan makan malam memasak seringkas yang mungkin maka pengambilan makanan seimbang tidak di titik beratkan.


Jadi, sebab itu kita tak boleh bergantung semata-mata pada khasiat dari pengambilan makanan kita seharian. Manakala suplemen yang diambil juga perlu diambilkira kualitinya. Shaklee pengasas suplemen semulajadi dan menjadi pilihan nombor satu di US.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB Adilah MTauket

Saturday, December 14, 2013

~Kepentingan mencuci usus/DETOX~

TAHUKAH ANDA?

Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada usus.

 

Kita baca dulu fakta tentang usus ye.

 


  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.


Apakah maksud mencuci usus?
Sebelum tu, kita kenal dulu maksud mencuci usus atau DETOX
 
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mengapa Perlu Cuci Usus ???

  • Program pencucian yang bagus dan berkesan haruslah bermula dengan menanggalkan segala kekotoran yang terdapat dalam usus kita terlebih dahulu. Jika anda ingin mencuci sistem hati, darah atau limpa tanpa terlebih dahulu mencuci usus, bahan kumbahan toksid akan kembali semula ke dalam sistem badan anda. Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah sembelit. Sembelit terjadi kerana kurangnya fibre (serat makanan) dan kekurangan air yang menjadi punca sistem pembuangan najis menjadi tidak teratur dan terganggu.

  • Sembelit sebenarnya adalah satu mekanisma tubuh yang memberikan suatu "masa peralihan" yang diperlukan oleh tubuh untuk membuang toksid yang terkumpul dalam badan melalui pemakanan dan sistem usus yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika "masa peralihan" ini terlalu perlahan serta berterusan, ianya boleh menyebabkan hemorrhoids, varicos veins, hiatal hernia atau lain-lain penyakit. "Masa peralihan" yang mengambil tempoh terlalu lama juga akan menyebabkan pembuangan najis dan toksid menjadi busuk dan tidak menyelesakan. Ini seterusnya akan menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat menerima tenaga dan nutrisi yang diperlukan kerana usus gagal menyerap zat-zat tersebut. 
 Jadi, suplemen yang sesuai untuk proses DETOX ini ialah HERBLAX

  

Manfaat Herblax
  • Pembersihan najis tersekat 
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. 
  •   Membantu masalah sembelit 
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  
  • Mengempiskan perut 
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.



 Cadangan pengambilan
  • Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser , mengawal berat badan : 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)


Credit SINI dan SINI



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Wednesday, December 11, 2013

~Krisis Penyembuhan~

Kenapa makan suplemen Shaklee ada perubahan yang tak best??
Ini adalah kerana anda sedang mengalami fasa penyembuhan. Badan sedang bertindakbalas dengan suplemen yang diambil. Kat sini saya nak sertakan Q&A tentang krisis penyembuhan.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 


A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku



Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab 
  • Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
  • Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan  usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
  • Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
  • Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
  • Rasa sakit pada otot dan sendi.  Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
  • Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
  • Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan 
  • pada alat sulit, penghasilan lendiran yang 
  • banyak
  • Lapar, Pening. Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu. Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.
  • Edema (membengkak). Masalah buah pinggang.
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, December 9, 2013

~Masalah Ketika Hamil~

 Tentu seronok bila mendapat khabar berita yang dinanti-nanti. Apatah lagi setelah menunggu beberapa lama. Macam saya dulu la. Setahun lebih menanti. Bila dah dapat khabar tu, mesti lah kena berhati2 selalu. Jaga makan, adab tingkahlaku. Tapi memang takkan lari dari masalah. biar kecil atau besar, kan?

Ni nak kongsikan masalah2 ketika hamil.

 

Antara masalah biasa ketika hamil adalah:

1. Cirit-birit
Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.
 
2. Pening secara tiba-tiba
Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.
 
3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
 
4. Morning sickness
Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.
 
5. Water retention
Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

Sumber:Pa&Ma

Untuk melengkapkan keperluan ibu dan anak semasa hamil, Shaklee ada mencadangkan Set Ibu Hamil
Lengkap untuk ibu dan anak dalam kandungan. Semoga anak yang dikandung akan lahir dengan sihat.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
 

Thursday, December 5, 2013

~Bioflavonoids Di Dalam Vita C Sustained Released~

 Untuk yang masih taktau. Shaklee telah menambah kandungan di dalam Vita C Sustained Released. Rujuk gambar di bawah. Tapi yang bestnya, harga masih sama seperti Vita C SR yang lama. Best kan?

 

Mengapa Vitamin C Shaklee ditambah Bioflavonoids?
- Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C.

Apa itu Bioflavonoids?
Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
1. anti-radang
2. anti-alergi
3. anti-virus
4. anti-kanser

Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C
 
Bioflavinds bertindak bersama vitamin c untuk :
  1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
  2. mempunyai kesan antibakteria
  3. menggalakkan peredaran darah
  4. merangsang pengeluaran hempedu
  5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  6. merawat dan mencegah katarak
  7. bertindak sebagai antihistamin
  8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
  9. mengurangkan gejala herpes mulut

Kegunaan terapeutik
 
1. Bioflavoniods digunakan secara meluas dalam kecederaan sukan kerana mereka melegakan kesakitan, lebam dan benjol. Mereka juga mengurangkan kesakitan yang terletak di kaki atau seluruh bahagian belakang dan mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan pendarahan yang berpanjangan dan kalsium dalam darah yang rendah.
 
2. Quercetin, salah satu elemen dalam bioflavoniods berfungsi menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol, yang telah dikaitkan dengan saraf, mata, dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.
 
3. Quercetin juga dianggap sebagai phytoestrogen (bahan tumbuhan yang bertindak dengan cara yang sama seperti estrogen). Sesetengah fitoestrogen mempunyai kesan antiestrogenic yang mana mengurangkan risiko kanser tertentu. Quercetin juga didapati mempunyai aktiviti antiestrogenic, iaitu menghalang sel-sel kanser payudara dalam tiub ujian.
 
4. Boleh membantu merawat bahkan mencegah kanser prostat dengan menyekat hormon lelaki yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat. Dalam kajian yang lain, dengan pengambilan quercetin tambahan, ia mengurangkan gejala kencing pada lelaki yang mengalami radang prostat.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Thursday, November 28, 2013

~Vivix lagi!!! Ramuan Utama VIVIX~

 Asik cakap pasal kelebihan VIVIX je. Apa ramuan dalam VIVIX ni? Haa..ni dia nak cerita.


1. Anggur Muscadine


 
  • Anggur Muscadine sesuai dengan iklim hangat & lembap. Berlainan dengan anggur jenis lain yang mahukan iklim dingin.
  • Ia salah satu faktor kenapa anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah)
  • Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang besar selain kandungan nutrien yang lebih power dari anggur biasa.
  • Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom. Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang.
  • Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah
  • Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid
  • Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:
         - Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
         - Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
         - Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna.


2. European Elderberry
  


  • Mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, menyebabkan sistem imun yag lebih kukuh unuk melawan jangkitan virus dan bakteria
  • Sangat kaya dengan sebatian yang dikenali anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
  • Elderberi tidak hanya kaya dengan anti-oksidan tetapi juga vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin.
  • Selain menguatkan sistem imunisasi bagi melawan virus dan flu, berkesan terhadap jangkitan asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes
  • Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung
  • Elderberi juga membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


 3. Polygonum Cuspidatum


  • Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepu) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
  • Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah
  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan bayak jenis perubatan tradisional Cina.
  • Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan oleh tubuh.


 4. Lobak Ungu

  • Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytkimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumaris dan sesquiterpenses.
  • Mengandungi anthocyanins (menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran) yang juga sebagai antioksidan yang mustajab
  • Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
  • Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Jadi, dengan 4 ramuan utama ni, terhasillah VIVIX. 

Tada..!!!!


Antara 10 Kelebihan VIVIX

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan





#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Tuesday, November 19, 2013

~Q&A Vivix~

Assalamualaikum. Kenapa mesti VIVIX??



Q : Apa itu Vivix

A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
 

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*
 

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
 

Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *
 

Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *
 

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*
 

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*
 

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.
 

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.
 

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.
 

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.
 

Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, November 11, 2013

~Kurus Dengan Set Shaklee~




Untuk kurus..takde istilah kurus drastik..kurus zaassss terus slim. Ini bahaya dan tak cantik. Sebab.

1. Otot anda kecut. Kadar metabolisme makin rendah.
2. Kulit menggelebeh..lembik je pegang..
3. Badan naik 2 kali ganda selepas anda dapat berat yang anda inginkan..

Diet berkait rapat dengan disiplin. If take supplement but tak pernah ambil kisah oily food, fast food, fat food.. Memang diet tak menjadi.

 


Disiplin dalam pengambilan makanan.kenalpasti makanan yang sihat..dan makanan yang kurang sihat.. Banyakkan air suam..atau air lemon.

 




Biar berat turun sedikit tapi istiqamah.

Set kurus complete : alfalfa, lecithin @ omega,cinch shake dan tea mix.

Set kurus budget : alfalfa,lecithin@omega,cinch shake.

Set kurus extra budget : alfalfa ,lecithin@omega






#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Friday, November 8, 2013

~Gabungan Omega Guard Shaklee Yang Mantap~

Umum dah tau Omega ni diekstrak dari minyak ikan. Ikan dari laut dalam. Yang mana khasiatnya sangat penting untuk perkembangan otak bayi dan kesihatan jantung. Tapi tak semua tau kelebihan Omega Guard Shaklee sangat la banyak. Bukan setakat yang tu je tau.

Omega Guard Shaklee ni kalau diganbungkan dengan vitamin Shaklee yang lain, sangat2 lah berguna untuk kesihatan kita. Kita kan kena usaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Inilah dianya.

1. Omega untuk KURUSKAN BADAN.
     - Haaa...selalunya set kuruskan badan LECITHIN kan. Kalau nak tau, Omega Guard lagi best utk gantikan Lecithin. Bagaimana? Omega Guard mengandungi Asid lemak Omega-3 yang membakar lemak dengan cara membantu tubuh bertindakbalas terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin. Leptin kemudian memberitahu tubuh untuk mengurangkan selera makan. Best tak?Best tak?

2. Omega untuk ANAK SIHAT PINTAR
    - EPA & DHA berkeupayaan membantu perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, imsonia, autism, kanak2 hyperaktif dan pesakit schizophrenia.  

3. Omega untuk DARAH TINGGI
    -  mencegah salur darah tersumbat, strok yang mana ia melancarkan peredarah darah. Membantu mengekalkan tekanan darah normal.

4. Omega untuk PESAKIT GOUT
    - mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. 

5. Omega untuk PESAKIT BUASIR
    - Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut. 

6. Omega untuk KESIHATAN LELAKI
    - minyak ikan Omega menyediakan otot jantung dengan nutrien untuk berfungsi dengan sihat. Berperanan penting dalam meningkatkan aliran darah dan mengekalkan tisu jantung.




Banyak kan kelebihan Omega Guard Shaklee ni.
Pilihan saya mestilah yang nombor satu tu.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Wednesday, November 6, 2013

~Kenapa Mesti ESP Shaklee~

 Hari ni nak cerita kenapa mesti pilih ESP Shaklee? ESP Shaklee yang menjadi hot item dan rebutan customer dan saya sendiri. hihi...


  • ESP adalah kacang soya yang mengandungi non-gmo yang mana diproses pada kadar suhu rendah
  • Di proses dengan air bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzen
  • Setiap 850 dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama
  • ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin 9 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan manusia
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda
  • Menyediakan 14gm protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 dan menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap diabetes
  • Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu
  • Ia rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang
  • Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menapous
  • Kekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP bekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah
  • Tiada perasa,pewarna tiruan,pemanis,kafein atau bahan tambahan selainnya
  • ESP sesuai untuk vegetarian

Pada yang masih teragak-agak dengan kebaikan Shaklee, jangan risau. Banyak testimoni berkenaan ESP ni tau.Rugi kalau tak pilih ESP Shaklee.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Monday, November 4, 2013

~Vivix Shaklee~

Ni dah masuk berapa haribulan dah ni. Saya baru nak post pasal promo bulan November. hehe sorry ye.
ok bulan ni punya promo baikk punya. VIVIX!!!
Tada...!!!



Bulan ini adalah PROMO VIVIX BELI 6 PERCUMA 1 DENGAN HARGA RM2850
Dengan pembelian ini anda akan dapat

  • 1 botol percuma (jimat RM475)
  • keahlian percuma yg bernilai rm65
  • penghantaran percuma
  • cash rebate rm241 yg akan dideposit ke dalam bank atau dalam bentuk cek 
Kalau ikut jika anda beli 2 botol pun dah dpt

  • keahlian percuma
  • penghantaran percuma
  • cash rebate rm37
Ok jom kita baca sikit khasiat dan kelebihan Vivix ni



Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa yang memerlukan Vivix? 

Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. 

Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

VIVIX BERTINDAK DALAM 4 CARA


1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga pada sel
3. Memperbaiki Sel

4. Meningkatkan Prestasi Sel


4 BAHAN AKTIF DALAM VIVIX




Jadual di atas menunjukkan perbandingan VIVIX, MONAVIE, TAHITAN MONIE dan XANGO JUICE dan telah menunjukkan yg VIVIX membekalkan orac value yg tinggi untuk tubuh manusia

MANFAAT VIVIX SHAKLEE



APAKAH RESVERATROL DAN KHASIATNYA

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.







Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!

MENARIK TENTANG VIVIX

  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal dan mendapat kelulusan KKM
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee.

 Apa lagi kawan2? Masa ni lah kita nak bagi maka ayah kita atau sesiapa pun yang kita sayang. Untuk kesihatan keseluruhan. Jom!!



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket