Semua orang menginginkan kulit yang cantik dan sihat. Kulit cantik dan sihat boleh menambah keyakinan dalam diri. Apatah lagi bila mahu berhadapan dengan orang, kan. lagi2 yang bekerja berjumpa dengan customer selalu. Risaunya kalau orang yang mengadap muka kita tu, duk kata2 dalam hati dia. Memang la kita tak peduli orang kata, tapi kalau dah terpikir2 tu, bukan ke dah menjatuhkan motivasi diri kita.
Macam2 cara orang nak dapatkan kulit cantik. Tapi jangan la sampai memudaratkan diri. Ada yang sampai cucuk2 muka, buat2 bentuk. Tu dah kira mengubah kejadian yang Allah kurniakan. Nak lebih elok, kita rawat dari dalam. Barulah kita cantikkan luaran pulak.
Nak tips untuk kulit cantik? Meh saya kongsikan kat sini.
TIPS KULIT CANTIK
1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.
Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.
2. Pilih sabun yang bebas minyak.
Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.
3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.
Ianya merupakan mitos di mana makanan yang berminyak dan juga cokelat menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga cokelat untuk mendapatkan kulit yang cantik.
4. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak
Minum air putih dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.
5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.
Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.
6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.
Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit. Pakai pada setiap 2 jam.
8. Pastikan rambut tidak menutupi bahagian muka anda.
Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.
9. Jangan sentuh muka anda.
Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.
10. Jangan picit jerawat anda!
Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.
Dah selesai ikut tips kat atas ni, kita amik pulak set SkinCare Shaklee.
Apa tunggu lagi...?
Dapatkan Set Skincare Shaklee anda dengan harga terendah..
Lepas tu tambah ESP untuk kesan yang lebih da bomb..
Ada bajet lebih, boleh tambah Collagen Powder. Promosi Oktober masih berlangsung ni.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
No comments:
Post a Comment