Monday, July 13, 2009

- masih -

tak tahu apa kaitan tajuk dengan entry kali ini.dah kehabisan idea nak letak tajuk.
rutin masih seperti biasa.masih mendapat tugas-tugas baru dan tugas-tugas lama masih ada yang belum selesai sepenuhnya..(tahap bahaya dah ni..)

kat sekolah..minggu ni minggu sains & matematik.macam-macam aktiviti bakal dijalankan untuk setiap darjah.have fun ya anak-anak...
rabu pulak team robotik akan ke bukit kiara sekali lagi untuk pertandingan seterusnya.aku jadi terlibat secara tak langsung sebab kak gie dah berpindah sekolah.terima je lah kan..

jumaat, team hoki bakal menghadapi tournament terbuka kelab diraja selangor di stadium bukit kiara.good luck,anak2!!ooo ye..aku buka satu blog khas untuk klinik hoki sekolah... silalah berkunjung ye.. klik sini.

weekend ni balik kampung!!!insyaallah....


p/s : selsema dan batuk tak berhenti lagi...perit!!!


Thursday, July 9, 2009

- sick -

dah lepas interview.sampai kat SPP lambat sikit.nama dalam list pun yang kedua akhir.panel pulak En.Mahzan b Bakar..memang berdebar masa nak masuk tu.jantung rasa nak tercabut pun ada.entahlah macam tak biasa pulak pergi interview.tapi sebab ini untuk pengesahan jawatan,rasa takut tu sangat banyak..

sebelum interview,tidur rumah aufa kat seri kembangan.sebab dekat sikit nak pergi putrajaya tu.tapi lambat jugak aku sampai kat sana.hehehe...malam before,sempat keluar makan dengan pakcik..emm nak menenangkan diri kononnya..malam tidur tak lena.aduhaii....

bangun pagi terus sakit tekak,tak tau kenapa.perit sungguh nak bercakap masa kena interview.macam nak demam pun ada.huhu...
macam-macam hal la minggu ni.dengan cik bagak buat hal lagi.aduiii....bila nak repair pun taktau la..
esok nak pergi ipoh teman kak gie..nak release mind jap..

jumpa lagi next entry..
asslamualaikum..

p/s : in love...


Tuesday, July 7, 2009

- penuh dengan kebaikan. ho! ho! ho! -

assalamualaikum...
hectic sungguh la minggu ni...bermula dengan minggu lepas.cbn 2 mengadakan latihan dalam perkhidmatan untuk cikgu-cikgunya.hari khamis dan jumaat bermula jam 1.30 hingga 4.00 petang...petang jumaat pulak siap-siap nak ke rumah ina.plan nak tengok transformers:revenge of the fallen dengan ina dan aufa..fuh!best....ada parts yang kelakar jugak. malam tu tido rumah ina.gosips..haha what else?

balik kampung lebih kurang jam 12..lepas pekena roti telur.sampai kat kampung je, mak ajak pegi tanjong karang untuk karnival jahitan.hehe...hari memandu untuk aku.

ahad dah balik kl balik..menghadap pulak jamm kat tg karang sampai ke k.selangor.sampai kt kl pun dah pukul 7.letihnya...

minggu ni pulak aku dah start buat tuisyen bm dengan budak kelas aku..amik 1 jam sehari je la..tak larat nak wat dua jam sekaligus.tadi ada horlicks buat program dengan tahun 1-3...datang la pulak maskot nya skali.teringat lak maskot si kuntum masa kat melaka dulu...

khamis ni ada interview spp..takutnya...semalam baru beli kasut sarung..minta pakcik temankan.so, kitorang pegi alamanda..sambil tu usha skali kompleks jpm untuk interview nanti.thanks ek pakcik...ngeee!!tak bape prepare sgt ni.banyak lagi tak baca.macam mana ni...pakcik!!!tolong saya....huhu..

Tuesday, June 30, 2009

- mixed feeling -

assalam...
bismillahirrahmanirrahim...

lately,perasaan bercampur baur.macam-macam ada.sampai badan pun rasa penat.
sabtu lepas,meeting cbn's parents..lepas pok pek pok pek pasal keputusan exam budak-budak, terus balik rehat.alhamdulillah parents kelas aku dapat terima dengan baik yang mana2 aku komen pasal attitude mereka dalam kelas.dan harapannya agar mereka dapat membantu dari segi sikap dan minat anak-anak ni untuk belajar.

hari ahad pulak,kena kidnap ngan pakcik sorang ni ke pd.jalan-jalan release tension,sembang,minum2..pastu ke seremban pulak..dengan aircond kereta problem pulak.abis berpeluh-peluh time berhenti kat traffic light.huhu nasib betulla.penat sungguh.balik petang,sampai kat rumah dah malam.

isnin pulak sekolah.petang pegi lagi ke seremban sebab kawan minta tolong.siap setel semua hal,singgah nilai 3 betulkan aircond.alhamdulillah siap dengan menghulurkan rm108.okla tu kot,topup gas dengan minyak compressor.sekarang kereta dah sejuk dah..
jangan dia buat hal lagi sudahla...jangan ye cik bagak...

hari ni pulak dapat berita yang kak gie kena ditukarkan sekolah atas sebab limpahan guru opsyen kh.tadi dah temankan dia ke jpwp,tapi nampak macam takde harapan untuk dikekalkan di cbn.entahla,rasa sedih sangat kalau cikgu yang komited macam kak gie tu terpaksa keluar ke sekolah lain.haraplah sangat keputusan tu ditarik balik.

perasaan dalaman aku,entahlah...bercampur baur dengan pelbagai hal dan situasi.peribadi,kerja.macam-macamlah...diharapkan rasa hati ini tak akan memakan diri.


Sunday, June 28, 2009

- first award and a tag -



Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

award diterima dari kenalan nun jauh di Adelaide, KAK SUZI .terima kasih kak suzi...1st time dapat award utk blog...excited lebih sikit la..hehe

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

1) munirah a.k.a tz
2) rinie
3) pn hajah a.k.a kak pijah
4) kak ngah
5) dhiya
6) kak era
7) msYuz
8) aufa
9) kak fiza
10) anie
11) fida n aisya
12) ibuzaaz
13) blueviolet
14) ikhlas warisan
15) cik fateen


jadi, sudi2 kan la terima award ni ye...