Wednesday, November 12, 2014

~5 Rahsia Untuk Wajah Awet Muda~

Semua wanita nakkan wajah yang awet muda selalu. Lagi2 bila umur dah mencapai 30an. 
Jadi macam2 cara nak buatkan wajah kita awet muda kan? Jom saya kongsikan tips untuk wajah selalu awet muda.





1. Tidur secukupnya
 Perlu tidur yang secukupnya agar wajah nampak cantik berseri dan segar sentiasa. Jangan paksa diri anda untuk kurang tidur kerana di sebabkan kurangkan tidur kadang-kadang anda akan naik selera makan dan anda mudah terdedah kepada makan di waktu malam.
Kebanyakkan orang suka makan di waktu malam kerana nak siapkan kerja yang perlu di siapkan sebelum esok hari atau sesetengah orang hendak belajar di waktu malam mereka juga makan agar mata boleh bertahan sehingga selesai belajar. Hal ini boleh menjurus kepada masalah kegemukan.

2. Bilas wajah dengan air bersih setiap habis melakukan aktiviti luar.
Muka kita sentiasa terdedah kepada panas matahari dan juga habuk . Maka penting membersihkan wajah anda bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat di wajah dan bagi mengelakkan wajah berminyak.

3.Gunakan kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda 
Jika muka anda merasai kegatalan atau alergi . Jangan teruskan menggunakan produk itu kerana ianya mungkin ada kandungan kimia terlarang. Kami sarankan anda membeli produk berkualiti dari penjual kosmetik yang sah dan membeli barangan yang original dan di sahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Berhati – hatilah dalam melakukan rawatan wajah
Kami sarankan anda cari dahulu  makluamat  mengenai perkhidmatan atau produk  jika ada sebelum anda menggunakannya. Rujuk testimonial pelanggan jika ada. Jangan bazirkan terlalu banyak duit kepada produk yang tidak mendatangkan faedah kepada anda. Cuba mencari produk yang boleh memberi kesan yang baik dan berkualiti

5.  Selalu minum air kosong
- Sangat penting untuk badan kita , kerana badan kita perlukan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kerana badan kita perlukan banyak air untuk melakukan proses dalam badan. Kekurangan air salah satunya  boleh menyebabkan kekeringan kulit.


Selain tips kat atas ni, suplemen pun penting. Lagi2 zaman sekarang ni, makanan kita dah macam2. Zat2 makanan belum tentu terserap sepenuhnya oleh tubuh. Jadi untuk nutrisi kulit yang cantik, kita cadangkan VIVIX dan Collagen Shaklee yang sangat ohsemmm...



Tuesday, November 11, 2014

~Cadangan : Set Bersalin/Berpantang Shaklee~

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi pulak set bersalin dan berpantang Shaklee. Set yang menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di Malaysia. Kenapa? Haa..jom rapat2..


KENAPA BERPANTANG DENGAN SUPPLEMENT

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.
2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis
3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen 

  



Berikut adalah fungsi setiap vitamin yang terkandung:


CADANGAN BERPANTANG LENGKAP


BCOMPLEX
  • Bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan 
  • Sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty 
  •  Membantu menstabilkan hormon
  • Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. 
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. 

VITA C PLUS
  • Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin
  • Penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren
  •  Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks
  • Penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

VITALEA
  • Sangat penting kerana membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
  • Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
  • Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi. 
  • Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.
 
ZINC COMPLEX
  • Fungsinya seperti ikan haruan yang bertindak membantu proses baikpulih luka luaran dan dalaman dengan cepat
  • Mengelakkan rambut gugur
  • Membantu mengelakkan post-natal depression. 
  • Membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin
  • Menjamin bayi membesar dengan optimum bagi ibu yang menyusukan bayi 
  • Galian yg sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka terutama luka dalaman (rahim).

OSTEMATRIX
  • Membantu mengelakkan sembelit
  •  Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu ibu kekal cergas dan bertenaga
  • Membantu menghilangkan kebas, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan melampau 

ESP
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi kerana menghasilkan sel kulit baru yang sihat
  • Memberi tenaga kepada ibu agar kekal cergas. 
  • Membantu melancarkan penghasilan susu 
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran, 
  • Membantu kawal paras kolesterol 
  • Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu
  • Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.  



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Thursday, November 6, 2014

~10 Kesalahan Menyebabkan Kulit Muka Berminyak~

Kebanyakan daripada kita mengalami masalah muka berminyak. Kadang2 belum pun jam pukul 10 pagi, muka dah berkilat-kilat. Bila ambil gambar ke,confirm bersinar. Hehe.. saya la tu. Dan ini juga berlaku kepada yang berkerja bukan dalam bilik beraircond kan.
Jom..saya kongsikan antara perkara yang kita perlukan elakkan supaya kulit muka tidak berminyak.


1-Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . 

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.


Mahukan kesihatan kulit secara semulajadi dan sihat? 
Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan suplemen yang terbaik. Tentu dari Shaklee :)



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019 351 3200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Wednesday, November 5, 2014

~Sakit Tulang Belakang dan Cara Atasi~



Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya. Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi. Kehamilan lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakang pada wanita. Demi mengurangkan risiko sakit pinggang yang menyeksa, lakukan saja empat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com


♥Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk mengurangkan kandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.



♥Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri,tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil saat tidur.

♥Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi pinggang dari kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.


♥Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang iaitu vitamin K.
Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.


Cadangan suplemen dari Shaklee ialah


♥Ostematrix
bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!


♥Omega Guard
Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.


♥AJHT
membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019 351 3200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Tuesday, November 4, 2014

~Sunburn- Cara Elak dan Pulihkannya~

Hujung2 tahun ni kebanyakan sekolah buat sukan. Walaupun musim hujan, tapi kadang2 pagi matahari bercahaya dengan jayanya. Jom kita cerita2 sikit pasal matahari dan kaitannya dengan kita2 yg risau ni. Hihihi...


Cahaya matahari adalah bentuk radikal bebas yg menyebabkan sunburn pada kulit jd untuk mengelakkan masalah ini kita perlukan sesuatu yg bersifat antioksidaan bg melawan radikal bebas tersebut.

Macam mana kita nak mengurangkan kesan sunburn pada kulit?
Haa..dekat2 sikit, nak cerita ni.




 Vitamin E
Vitamin E adalah keluarga vitamin yang larut dalam lemak, dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh dan kerana sifat antioksidan ini, vitamin E sangat penting dalam melindungi kulit dari sinar ultra violet dan  yang menghasilkan sel radikal bebas yang membahayakan.

Kenapa Vita E Shaklee?
Kelebihan Selenium dalam Vitamin E. Selenium ni salah satu antioksida yang membantu menghalang Sunburn.  Sunburn ni salah satu aktiviti stress oksidatif yang sebabkan kulit rosak.  Jadi pengambilan Vitamin E dengan Selenium ni pelihara kulit daripada rosak bila terkena matahari direct.  Kalau amalkan Vita E ni boleh CERAH secara semulajadi.




 CoqHealth
COQ10 ni mungkin ramai yg igt utk jantung je tapi dalam COQ10 shaklee ada dua ingredient tambahan iaitu VITAMIN E dan GREEN TEA yg sgt tinggi antioksidaan bg melawan radikal bebas. Jadi, pengambilan Coq10 dri Shaklee bukan saja dapat manfaat utk jantung tapi untuk kulit yang cantik juga.

 Macam mana nak pulihkan kulit yang dah sunburn?
 Aah kan? Macam mana kalau dah jadi sunburn? Ok, ni pulak tips2 untuk memulihkan kulit sunburn.

 DAUN POKOK LIDAH BUAYA
Potong daun lidah buaya, ambil isinya dan sapu ke muka. Tunggu beberapa minit kemudian bilaskan bersih.

 YOGURT
Jadikan sebagai masker 3 kali seminggu.
♥yogurt + timun
♥yogurt + vita e complex

TEMBIKAI
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.

MAYONIS
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.


 Jom.. Kita amalkan vitamin dan suplemen hebat dari shaklee ni. Badan sihat, kulit sihat, hidup ceria.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019 351 3200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket