Showing posts with label detoks. Show all posts
Showing posts with label detoks. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

~Jom buat Minuman Detoks sendiri~

Minggu ni jadi terlebih rajin. Cari resepi air detox. Cari bahan2. Buat sendiri air detoks.
Then kongsi entry detoks dalam blog.

Dah lama sbenearnya nak buat air detoks ni. Tapi tak terbeli2 bahannya. Tadi pegi shopping barang rumah, terus teringat. Apa lgi, balik rumah terus potong2 la, simpan dalam fridge. Esok slurrrppp terus..

Apa air detoks ni?
Air detoks atau infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam.Infused water ini bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema

Macam mana nak air detoks/infused water ni?
Senang je cara2nya.
1. Sediakan bahan2/buah-buahan mengikut kehendak kita.
2. Potong buah-buahan semuat botol/bekas. Kalau lemon dan limau nipis tu tak payah kupas kulitnya.
3. Masukkan dalam botol/bekas.
4. Tambahkan airsebanyak mana yang kita mahu.

5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok, boleh lah minum.

JOm, saya share pulak resepi air detoks mengikut manfaat dan kelebihannya.

1. Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
dtok2
2. Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
dtok3

3. Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
dtok4

4. Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

dtok5
5. Air Detox untuk kempiskan perut

dtok6





Tak rajin nak buat air detoks?
Boleh telan Alfalfa atau Herblax je.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, December 3, 2014

~Bahaya Toksin Kepada Tubuh~


Tahukah anda tentang kandungan toksin yang merbahaya di badan anda sekarang?

Apa itu toksin?

Pencemaran, pemakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya meningkat di dalam badan anda!! 

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. 

Tahu tak sekiranya toksin tidak berjaya disingkirkan dan terkumpul terlalu banyak boleh membawa kepada penyakit Migrain, Tumor dan akhirnya KANSER??

Jom saya kongsikan kesan2 bahaya toksin pada tubuh kita.

KULIT
Terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel & lain2x.

TUMOR
Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di lapisan tisu badan.

DEMAM
Merupakan proses semula jadi badan untuk membersihkan diri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh menjadi demam.

PENYAKIT JANTUNG & TEKANAN DARAH TINGGI
Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah sementara tekanan ke atas saluran yang tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. DI samping itu, buah pinggang & sistem endokrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

LAIN-LAIN
Berlaku masalah kesihatan seperti alergi, asma, pundi hempedu & karang, sakit sendi & sengal2x tulang, sembelit, perut kembung, barah payu dara & kemerosotan daya seksual.



Jadi apa nak buat bila dah banyak toksin dalam badan?


Jom DETOX



Lain entry, saya share pulak cara detoks dengan air yang kita boleh buat sendiri je. Senang sangat!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Monday, January 6, 2014

~Herblax Shaklee~

Ramuan Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat.Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckthorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.Sifat Herb-Lax Shaklee mengalakkan tindakkan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Herb-Lax Shaklee 

  1. Menyingkirkan najis yang tersekat.
  2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  3. Membantu masalah sembelit.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
  5. Mengempiskan perut.
  6. Menyokong kesihatan usus.
  7. Membantu menyahtoksin badan.
  8. Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
  9. Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
  10. Mengelakkan kembung perut.
  11. Mencegah penyakit kulit.

Ramuan yang terkandung didalam Herb-Lax Shaklee 


 Alfalfa Leaves - Membersihkan usus,darah dan hati.


Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.


 Blue Malva Flower -Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.



Barkthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakkan dan memberi lembapan kepada usus.


 Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.



Fennel Seed(Jintan Manis)- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol.Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.


 Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi


Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.


 Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.



Info:
  • Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.Manakala dibawah kondisi normal,Herb-Lax Shaklee menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman kembali normal.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Saturday, December 14, 2013

~Kepentingan mencuci usus/DETOX~

TAHUKAH ANDA?

Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada usus.

 

Kita baca dulu fakta tentang usus ye.

 


  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.


Apakah maksud mencuci usus?
Sebelum tu, kita kenal dulu maksud mencuci usus atau DETOX
 
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mengapa Perlu Cuci Usus ???

  • Program pencucian yang bagus dan berkesan haruslah bermula dengan menanggalkan segala kekotoran yang terdapat dalam usus kita terlebih dahulu. Jika anda ingin mencuci sistem hati, darah atau limpa tanpa terlebih dahulu mencuci usus, bahan kumbahan toksid akan kembali semula ke dalam sistem badan anda. Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah sembelit. Sembelit terjadi kerana kurangnya fibre (serat makanan) dan kekurangan air yang menjadi punca sistem pembuangan najis menjadi tidak teratur dan terganggu.

  • Sembelit sebenarnya adalah satu mekanisma tubuh yang memberikan suatu "masa peralihan" yang diperlukan oleh tubuh untuk membuang toksid yang terkumpul dalam badan melalui pemakanan dan sistem usus yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika "masa peralihan" ini terlalu perlahan serta berterusan, ianya boleh menyebabkan hemorrhoids, varicos veins, hiatal hernia atau lain-lain penyakit. "Masa peralihan" yang mengambil tempoh terlalu lama juga akan menyebabkan pembuangan najis dan toksid menjadi busuk dan tidak menyelesakan. Ini seterusnya akan menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat menerima tenaga dan nutrisi yang diperlukan kerana usus gagal menyerap zat-zat tersebut. 
 Jadi, suplemen yang sesuai untuk proses DETOX ini ialah HERBLAX

  

Manfaat Herblax
  • Pembersihan najis tersekat 
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. 
  •   Membantu masalah sembelit 
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  
  • Mengempiskan perut 
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.



 Cadangan pengambilan
  • Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser , mengawal berat badan : 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)


Credit SINI dan SINI



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket