Sunday, October 20, 2013

~Pemakanan untuk Pesakit Diabetes~

Diabetes adalah penyakit di mana badan kita tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik. Insulin diperlukan di dalam badan untuk menukarkan gula di dalam darah kepada tenaga. Oleh sebab itu, kekurangan insulin yang berfungsi dalam badan akan mengakibatkan peningkatan gula di dalam darah.
Kondisi gula yang tinggi di dalam darah dipanggil 'hyperglycemia'. Ia boleh menyebabkan masalah serius kepada sistem saraf dan organ penting dalam badan seperti mata, buah pinggang dan jantung.

4 Kategori Makanan yang perlu diberi perhatian oleh pesakit Diabetes;
1) MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN


  • Semua jenis sayuran hijau, kecuali sayuran berkanji. Contoh: sawi, kangkung, bayam, kailan, kobis, tomato, kacang panjang
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula. Contoh: Sup air, air kosong, teh tanpa gula, kopi 'O' tanpa gula, air barli tanpa gula
  • Perasa dan perencah. Contoh: Rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia lengkuas, serai, kunyit, serbuk kunyit, serbuk cili dan sebagainya

2) MAKANAN YANG PERLU DISUKAT
  • Iaitu makanan daripada kumpulan karbohidrat. Ia mengandungi gula yang tersembunyi walaupun kita tak merasai manisnya. Karbohidrat ada 2 jenis: i) Karbohidrat ringkas ii) Karbohidrat kompleks. Penting untuk pesakit diabetes mengetahui amaun yang dibenarkan dan masa yang betul untuk mengambil karbohidrat dalam sehari, lebih-lebih lagi apabila hendak mengambil ubat atau insulin.
  • Jenis makanan daripada kumpulan ini adalah:
    • nasi dan segala jenis bijirin
    • segala jenis roti (roti putih, roti canai)
    • mi, mihun, pasta, kuey teow
    • sayuran berkanji (ubi kentang, ubi keledek, lobak, ubi kayu, labu)
    • buah-buahan
    • kekacang (kacang hijau, kacang merah, dal, tempe, kacang soya)
3) MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
  • Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula yang tinggi. Contoh: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, kek, coklat, aiskrim, biskut manis, minuman berkarbonat, kordial, jem, madu, minuman beralkohol, minuman kordial, susu pekat manis, gula-gula
  • Makanan tinggi lemak tepu, lemak trans atau kolesterol. Contoh lemak tepu: Santan, minyak sapi (ghee), butter, yang tersembunyi adalah daripada daging dan susu. Contoh lemak trans: Marjerin, makanan yang diproses, lelemak. Contoh kolesterol: Organ dalaman, kuning telur, makanan laut, daging merah (lembu dan kerbau)


4) MAKANAN YANG DIGALAKKAN
  • Makanan yang tinggi serat. Contoh: Biskut dan roti tinggi serat. Serat semulajadi terdapat dalam sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang.

sumber: Majalah Anis (Dis 2012/Bil 184)


SUPPLEMEN SHAKLEE YANG DICADANGKAN UNTUK PESAKIT DIABETES:


ZINC COMPLEX - membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka 
B COMPLEX - terlibat dalam metabolism gula & pembebasan tenaga 
SUSTAINED RELEASED VITA-C 500MG - mengukuhkan kapilari dan salur darah 
CAROTOMAX - penghalang penglihatan kabur 
VITALEA - imbangan vitamin & mineral yang lengkap
OSTEMATRIX - tahap Mg yang rendah menyumbang pada masalah diabetes 
ALFALFA COMPLEX - membantu menstabilkan gula dalam darah, kromium (GTF)
GLA COMPLEX - memberi kesan positif pada diabetic neuropathy
VIVIX - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
 

 

Bersama2 kita mengamalkan pemakanan yang sihat untuk diri dan keluarga.





#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

No comments: