Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, December 23, 2011

- gila -

tengok tajuk entri macam apa2 je..
hehe...

anak buah enAlang ada kat rumah sekarang ni. almaklum cuti sekolah. menghabiskan masa2 terluang dengan pakcik2 nya di lembah klang.. 4 hari dengan acu, 3 hari dengan alang. kesian si adik kena tinggal di rumah tak dapat join...

semalam merayau ke giant. pegi popular rembat 2 novel jemari seni. ngeh3...

pastu enAlang tengok buku resepi, suh membaking pulak... pegila giant survey2 oven. menjeling2 dia kat peti kek King's tu. dah ada tanda2 nak suh buat tiramisu pulak. apa lgi dengan semangatnya cepat2 ke area barang elektrik. survey punya survey dapat la ini...





dengan semngatnya...ku sudah gila untuk membaking...
eh! macam mana pulak dengan semngat nak kurus nih??
alamak aiiii.....


p/s: ku punya problem bila entri bergambar la...adoyaiii...

Tuesday, November 22, 2011

- harimau malaya mengaummm -

assalamualaikum semua...

lama terbengkalai dah rumah ni. kesian dia....:( nak buat macam mana. tuan rumah kehilangan mood dan semangat nak bertaip-taipan.. huhu...


malam tadi menyaksikan ibu segala pingat emas di sukan sea direbut oleh Malaysia dan Indonesia. akhirnya dapat dikekalkan oleh Malaysia, Harimau Malaya. yeah!!! kalau ikutkan memang bising jugak menonton malam tadi dgn enAlang kat rumah. geram pun iye gak. tapi kapten akhirnya berjaya jugak menyumbat gol terakhir sepakan penalti penentuan. alhamdulillah....



dalam pada tu, sempat jugak sebelum tu buat non-baked cheesecake. hehe... geram terliur je tengok orang lain buat. nak la buat jugak.. alhamdulillah menjadi la.. agaknya!. haha... komen enAlang THE JURY, agak manis, so lain kali kene kurangkan gula ya... baik, bos!!!


sebelum di potong. sila abaikan foil tu ye..


setelah di potong..jempuuutttt....

sekarang dah start cuti sekolah akhir tahun. perfect time untuk duit terbang. huhu... memang dah terbang pun, buat beli kasut baru. huhu...baru minggu petama tu. dan angan2nya nak pegi bercuti, entah kan dapat entahkan tidak. enAlang ni macam tak mau je. huhu sedihhh.... cuti2 di rumah je la. makan banyak2 buat resepi baru. badan pun makin naik. huawaaa...


oklah! nak sambung kerja suri rumah. huk!huk!..terbatuk2 haa...


jumpa lagi...

Friday, October 21, 2011

- cuti!!!! -

emmm...esok bermula cuti seminggu! yeay!!! ni la pro nye duk sekolah sjkt...(ayat nak sedapkan ati je ni...) dapatla merasa cuti seminggu di perayaan deepavali..hehe...syukur... (merasa la ko blk cuti dah start rasa malas...virus M menyerang...)

semalam aku bercuti CRK.. nak menghantar mak abah terchenta ke KLIA sbb diorang ikut pi Beijing..anjuran Poto Travel...hai la...seronoknya mak abah honeymoon ramai2..weeehehehe... tapi tadi baru mak call dari sana, abah mabuk pening2...hehe abah..abah...
apa nak buat cuti ni ek...plan nak jalan2 ke Bukit Tinggi Pahang.. lama dah teringin nak naik sana. dr zaman belajar lagi... tah jadi tah idak esok ni. chelet penuh lak..yg tinggal semua hotel2 besar...kopakla poket macam ni...
takpelah...tunggu je la hubby yang decide malam ni...

kita mulakan xtvt cuti dengan ini....

puding roti bersos kastard in the making....yummy!!!


(ontah sodap tah idak...haha...)

Tuesday, March 22, 2011

- udang mentega yang tak menjadi ~~sedih~~ -

dah lama tak masak resepi baru. hari ni teringin pulak. sebenarnya lama dah. tapi baru peluang buat hari ni. tapi yang sedihnya.... tak menjadi pulak. sedihnya...

ye ye je study macam2 resepi. macam2 cara. bila buat sendiri tak menjadi jugak. huwaaa!!!!
tak mo lagi dah buat butter prawn itu!!




p/s: memerah idea untuk design yang comel2. sila muncul!

Sunday, March 6, 2011

- COMEL - dot dot atau keychain? -

haluuuu....senyap je dah kan.almaklum dalam proses menenangkan diri. haha...ye la sangat. sebenarnya sibuk sikit sebab bakal dipantau oleh Pegawai dari JPNSel dan PPD Sepang. so, menyiapkan kerja2 yang aptut untuk kelas yang comel itu.huhuhuhu...

sambil2 tu menyibukkan diri dengan hobi baru. entry lepas ada cerita pasal felt kan. haaa.... busy cari supplier, busy men'design' bentuk2 yang comel untuk diterjemah ke bentuk keychain.

alhamdulillah. menjadi lah...

taraaaa!!!

ini pulak bantal bucuk...cuma tersilap pilih kain untuk bantal tu. keras sikit. naseb yang nak peluknya baby tua. kalau baby kecik, mesti sakit. hahaha....
yang ni design belakang. design depan ada kapal terbang untuk enAlang dan kereta comel untuk cikDila...hehehe....

dapat komen memberangsangkan di FB. dan dah dapat order khas dari kak lin untuk si comel Haziq..insyaAllah sedang dipersiapkan.



sambil2 tu jugak...menjenguk2 blog super mommy yang rajin2 masak tu, dapatla resepi cik apam polka dot ni....mana tau dapat jugak jadi super mommy 1 hari nanti. amin....
comel kan...? ok! tema entry kali ini ialah COMEL.. haha...

sebelum dikukus...

dah masuk bekas untuk bekal enAlang. banyak2 tu takkan nak makan berdua je.. bawak tempat kerja dia, confirm habis...

macam telur dinasour pun ada...ngeeee....

Resepi Apam Polka Dot -sumber http://hanamemories.blogspot.com/

Bahan2
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...akak letak 150 ml bancuhan susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
stawberry paste..ikut rase
pewarne

-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
-Picitkan blueberry filling secukupnya.
-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
-Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama
10-15 minit.

tapi....
aku derhaka buat cara sendiri. pukul telur dulu sampai kembang, baru masukkan ovallete, gula. kemudian barulah masukkan selang seli tepung dengan susu segar. alhamdulillah menjadi.

mms ke emak, terus mak suruh berbisnes..muahahaha.... nk buat untuk sendiri ni pun dah jenuh.uhuk3...tengokla ada rezeki boleh jugak nanti2...

Thursday, February 10, 2011

- malas -

sunyi lagi. diam tak berkutik. wah!! gitu...
mendiamkan diri bukan kerana sibuk ke apa. langsung tak sibuk, malah di sekolah pun. rekod harian siap sebelum balik. kelas kemas awal pagi. tapi, tetap malas....
adoyaii...
sangat la terasa kemalasannya bila memandang blog ini. tak ada apa pun yang terlintas di ruang minda untuk diterjemah ke bentuk taipan dalam new post. mungkin rutinnya sama. tiada yang istimewa. ops! setiap saat en.Alang di depan mata adalah istimewa. hahaha... silalah muntah ijo sekarang...

tapi sekarang, sudah ada hobi baru. menjahit felt craft. oh! sungguh comel. baru siapkan car charm bentuk kereta untuk kereta en.Alang. hati riang bila en.Alang pun suka. malah menyokong. suka!!! ok, saya overreacting...

sejak lepas buat custom t-shirt ari tu, hati meronta2 nak buat craft yang lain pulak. dalam cadangan nak buat koleksi keychain yang comel2. semuanya hasilan google. supplier pun jauh2 posnya. haha... malas nak cari sendiri kedai mana yang ada. malas lagi???
jap2 lagi nak buat bantal hiasan pulak. harap2 menjadi. tapi fibernya belum ada, sarung je la dulu...

semangat!!