Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

~Tips-Rawat Demam Cara Mudah~

Sekarang ni musim demam kan. Lagi dah hampir musim panas el nino ni..
Alia pun demam minggu lepas. Lemah sungguh dia. Sebab dia taknak makan. Ibu yang sedih.

So, hari ni nak share pasal tips rawat demam cara mudah. Sebelum jadi lebih teruk kan. 
ok ni steps dia.

1) MULAKAN DARI KAKI
Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

2) TEKNIK WET SOCKS
Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 
Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.
Ada pernah sekali masa saya jumpa doktor, dia kata elakkan minum air panas waktu demam tu untuk elakkan tonsil membengkak.

4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN
Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata, anda perlu bersikap positif.

5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM
Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM
Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.

7) JANGAN SELIMUT
Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan. 
Berselimut ni selalu saya elakkan kalau Alia ada tanda2 naik suhu badan. Lebih elok, selalu jelum kepala dan badannya untuk turunkan suhu.

8) AMBIL SUHU BADAN
Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam. Senangnya, beli termometer digital kat farmasi. Saya guna guardian punya.

9) TIDUR DAN REHAT
Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

10) BANYAK MAKAN BUAH
Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA
Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS
Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI
Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur. 

Okay, itu antaranya tips2nya.Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye.

PERLU MANDI ATAU TIDAK?
Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.  Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.

SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?
Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu  yang diserang demam.  Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna. Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan.  Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral.  Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.  Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.


Lagi satu yang saya amalkan sejak jadi pengguna tegar Shaklee ni, saya ambil Nutriferon Shaklee.
Untuk imun badan kita. Anak pun boleh ambil, setengah peket je sehari.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilahmtauket@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Wednesday, April 23, 2014

~Tips Untuk Meningkatkan Daya Tahan Tubuh~

Musim yang tidak menentu kebelakangan ini sering menyebabkan kita diserang pelbagai penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Walaupun ia hanya gangguan kecil, namun ia boleh mengganggu aktiviti seharian kita dan boleh membawa kepada lebih mudarat.


Pun begitu, ia boleh dicegah dengan meningkatkan daya tahan tubuh kita ataupun sistem imunisasi tubuh. Ni nak share pasal cara-cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar imunisasi tubuh kita. Jom baca...

1. Membaca Al- Quran



Kajian menunjukkan bahawa membaca atau mendengar Al-Quran boleh memberi kesan yang baik kepada sistem imunisasi tubuh wanita yang sedang hamil. Ia boleh meningkatkan lagi sistem kekebalan tubuh si ibu.


2. Urutan 



Urutan yang betul adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengeluarkan racun-racun dari dalam badan agar tubuh lebih tenang. Daripada mengubati, lebih baik kita manjakan diri dengan urutan.

3. Berehat 



Stress boleh menurunkan daya imunisasi tubuh kita. Carilah waktu untuk rehatkan diri dan tenangkan fikiran.

4. Ketawa 



Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen.

5. Tidur



Tidur nyeyak  selama lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system imunisasi.

6. Senaman 



Senaman berfungsi untuk menignkatkan hormone-hormon yang menguatkan imunisasi tubuh. Selain itu, olahraga juga merupakan cara yagn baik untuk mengurangkan kadar stress.

7. Minum air putih



Minum air putih merupakan langkah penting untuk mendapatkan kulit sihat. Kulit merupakan antara pertahanan pertama tubuh dalam melawan jangkitan luar. Air putih juga membantu proses detoks tubuh kita.

8. Makan sihat


 Mereka yang obes dinyatakan lebih sukar melawan jangkitan penyakit, jadi lebih baik mempertahan berat badan ideal dengan menerapkan pola makan yang sihat. Ambillah diet kaya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.





Shaklee juga ada suplemen untuk meningkatkan imunisasi iaitu Vitamin C SR, Vita C Chew (untuk kanak-kanak) dan Nutriferon. Untuk lebih baik, boleh amalkan Vivix. Nak tau lanjut.... hubungi saya ye..



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Saturday, March 15, 2014

~Jerebu dan perkara tentangnya~


Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Untuk mengelakkan sakit ketika musim jerebu ni, saya ambil Nutriferon, Vitamin C SR dan Omega Guard. Nak tau lebih lanjut, jom...


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Tuesday, September 24, 2013

~Nutriferon Shaklee~

NUTRIFERON SHAKLEE
NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.



KEBAIKAN NUTRIFERON 
  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage. 
  • Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi. 
  • Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza. 
  • Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif. 
  • Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat. 
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C -  keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C. 
  • Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain. 
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?
Hubungi : Adilah MTauket
Sid 947946
0193513200
FB Page : Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang