Saturday, April 28, 2012

- golek-golek -

dah masuk 19 minggu dah. tak sabar nak jumpa anak ibu. makanya, ibu mengajak ayah untuk intai2 apa yang anak ibu buat kat dalam tu.

jumpa doktor best di klinik an-nisa, nilai. teropong anak ibu yang dah umur 19 minggu ni... susah betul nak capture gambar anak ibu ni. golek2, pusing pulak dia. seronok ye duduk dalam. lagi2 ibu baru lepas makan. ayah senyum je tgk gelagat anak ibu. dapat tgk tulang peha, perut dgn kepala anak ibu ni...

ayah akata "haa..aktif je tu, apa pulak tak rasanya?"... ish! betulla...ayah ni. memang ibu tak rasa lagi movement baby.. nak menangis pun ada. haha mula la ibu nak berdrama. kih3...

alhamdulillah. anak ibu sihat seadanya.. nanti kita jumpa lagi ye. taktau nak panggil boby ke gegirl ni. sbb tak nampak lagi. sabar lagi ibu ye..

ok. sekian apdet 19 minggu..
hihi...

Sunday, April 22, 2012

- lain suda -

tokojut makcik bila bukak blogger dot com nih...tuka layout home suda... poning2 makcik tarik kursor nak klik apo bondo..blur jadi eh.. huahua...

sikit2 bulih dah...
blogspot nih, nak menukar tak warning awal2... adoih..

p/s : ni la bahana bukak blog sebulan sekali...

Wednesday, April 11, 2012

- 4 bulan -

alhamdulillah...semalam ada check up kt KK untuk 4 bulan. balik sekolah awal. hantar Rafidah dulu ke airport sebab arini dgn Jumaat cuti. so dia balik kampung..

sampai kt KK dah dekat jam 2.30 ptg. sempat lg ni.. dapat nombor terus gi check darah dengan air kencing. lepas tu tak tunggu lama terus je masuk bilik jumpa nurse.

seronok check up kali ni. jumpa nurse yang ok. banyak dpat info dr cik nurse tu. sebelum ni check dengan doc pun tak banyak info dapat. biasa la ego orang ni lain2. doc just ckp baby ok, ibu ok. huhu... kita tanya pun jawab macam sepatah dua je.

tapi nurse semalam best. bila tanya, siap jawab pasal patient yang lepas2 lagi. ok jugak. dapat experience plus kita boleh berhati2 kan.. tapi tak scan semalam. ukur perut je. semua ok. since aku cakap aku dah jumpa doc dan dapat ubat masa demam hari tu, nurse bagi pilihan nak jumpa m/o ke tak.. tak payahla la kan. nurse pun suruh makan je ubat yang doc tu bagi. sebab doc mesti tau yang kita tgh pregnant so dia bagi dos rendah. kalau tak makan lagi melarat, lagi susah untuk ibu.. :) lega sikit...

rasa nak demand nurse semalam untuk check up bulan depan je. hehe.. boleh?
so, minggu depan boleh la nak scan kat an-neesa. rindu nak tgk baby.. cepatla rasa quickening tu. buat pengubat rindu. hihi... tak sabar jugak nak suruh enAlang pegang perut time gerak2 tu...ngeh3.. ngade2..


p/s : rajin pulak nak mengapdet.. dpt vitamin dr mana ni???

Saturday, April 7, 2012

- butter prawn -




akhirnya...!!!


ku berjaya mencantikkan butter prawn...hehe ni 2nd trial. yang dulu tak menjadi langsung2...buat bahan gelak enAlang je. kali ni try sorang2 kat rumah. enAlang keje. ikut cara betul2. alhamdulillah. menjadi la jugak. tp sedikit masin la. mungkin lepas ni kena guna butter unsalted. baru rasa dia ok kot. ke lidah aku ni memang tak tahan masin? haha tak tahu lah...


merata resepi aku redah blog2 orang.. sudahnya, aku gabungjalin (dah macam P&P kat kelas la plk) resepi yang aku skodeng. buat resepi dan cara sendiri..


ni resepi aku ek...


Butter Prawn


5 ekor udang saiz besar
serbuk kari
garam
serbuk kunyit
2 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
sebatang daun kari
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)

3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Cara2

1. perap udang dengan garam, kunyit dan serbuk kari.
2. pukul kuning telur dengan susu cair.
3. panaskan minyak dengan mentega. pastikan mentega cair dan kuali betul2 panas.
4. tuang kuning telur dengan cara, tangan kiri pegang mangkul telur, tangan kanan pegang garpu untuk kacau telur tu dalam kuali. kacau secara berterusan, dan tuang telur tu jangan sampai putus.
5. bila sudah kuning keemasa, angkat dan tapiskan telur tadi.
6. tinggalkan sedikit minyak. masukkan udang, bawang putih, daun kari dan cili padi. goreng sehingga udang masak.
7. angkat dan toskan.
8. gaulkan dengan floss telur tadi.
9. siap untuk dihidang.
10. masuk mulut, kungah2 dan telan..hehe...

jemputtt....




Wednesday, April 4, 2012

- wordless wednesday -

tak tau nak kata apa?
selsema menyerang kembali. sakit kepala pun datang. batuk pun tak baik2 lagi.
cuti di rumah. amik mc.
esok kena sekolah jugak. ada kerja kena selesai minggu ni.

lemah...

Sunday, April 1, 2012

- dah 2nd trimester la.... -

uh..uh... mcm tak percaya. dah masuk 2nd trimester. byk minggu lagi harus ditempuh. peralihan ke 2nd trimester ni agak mencabar. dah mula rasa2 nak muntah je kalau pening sikit2 pun. tapi masih boleh dikawal tak seteruk yang dilihat pada kawan2 preggy mom yang lain. alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan tempoh mengandung ku ini.

perut dah mula menampakkan diri. pakai baju kurung besar pun kalau angin tiup sikit dah mula tertonjol. hehe... seronok pegang perut sendiri. tp baby masih mendiamkan diri. tak rasa apa2 lagi. harap baby sihat2 je kat dalam ye. ibu tunggu!!!

semalam ajak enAlang shopping baju ibu kat Jusco S2. macam dah tak banyak design cantik la scarlet sekarang ni. tapi dapatla capai 2 helai. saiz s pun macam besar je. boleh la kot pakai sampai ujung2 nk deliver nanti. harap2 nya lah. hehe...insyaAllah.

masuk trimester ke2 ni, makan pun dah kurang. kalau awal2 dulu, makan main sebat je. makan nasi boleh la tambah2 lagi. tp sekarang makan dlm portion sikit pun dah rasa senak perut. tp kena kerap la makan. pas makan nasi, sejam pastu makan la roti ke buah ke. biskut takleh nak masuk pulak. sebab kering kot. huk2...

tak sabar nak beli2 barang la.. tp orang kata tak elok beli awal2 ni. tunggu la dah masuk 5/6 bulan kang. tapi mak pak nya dah stat usha2 kat website apa2 barang yg perlu. hehe... sabo..sabo...

dan...

harap2 gaji baru masuk bulan 4 ni.. :)