Monday, April 21, 2014

~Sustained Released Vitamin C Shaklee~


Vitamin C juga dikenali sebagai acid ascorbic merupakan salah satu vitamin yang penting dalam diet seharian. Kebanyakan orang akan mengambil vitamin C bila mereka diserang sakit flu. Vitamin C mempunyai sifat mudah larut dalam air yang mana diperlukan tubuh untuk tumbuh dan berkembang. Kerana sifatnya yang mudah larut dalam air ini, maka kelebihan vitamin C yang tidak diperlukan tubuh akan dibuang melalui air seni dalam masa 24 jam. 

Vitamin C juga berperanan sebagai antioksidan. Antioksidan adalah nutrisi yang mempunyai fungsi untuk menghalang beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, yang dihasilkan tubuh ketika melakukan proses merubah makanan menjadi tenaga. Antioksidan juga mengurangkan kerosakan badan yang disebabkan oleh bahan-bahan toksik dan pencemaran.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:

  • Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
  • Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja

Kesan Kekurangan Vitamin C:

  • Rasa letih
  • Gigi Gugur
  • Saluran darah kecil, senang pecah,
  • Luka lambat pulih
  • Penyakit anemia (kurang darah)


Kelebihan Utama Vita-C Plus Shaklee

1. Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2. Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

4. Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

5. Memulihkan insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

6. Mengekalkan kolestrol sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

7. Peningkatan sistem imun Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asma dan juga mengurangkan simptom selsema. 



Perbezaan Vita-C Plus Shaklee dengan yang ada di pasaran. 

Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah.

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C (Elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel). 

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.



Nak cari Vitamin C Shaklee? Amik no saya kat bawah ni. Amik telefon, call/wa/sms saya secepatnya. 
Harga sebotol Vita C SR RM93(sm) RM98(ss) exc postage.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

No comments: