Monday, February 28, 2011

- positive : itu perlu selalu -

bangun!!
terima kasih sangat pada semua yg bagi semangat. bukan apa, bila dah petanda2 itu menghampiri, maka takat harapan itu diletakkan tinggi sedikit dari waktu2 yang biasa. tapi, sedih itu perlu dibuang. semangat perlu kembali. usaha perlu lebih. ilmu perlu tinggi. doa perlu banyak. seterusnya tawakal kepada Allah swt.

yah!! mari sama berusaha. chayok!!

Sunday, February 27, 2011

Tuesday, February 22, 2011

- petanda kah, apa kah?-

senyap sunyi je blog ni dah. tuan empunya demam kus kus... terjangkit sekali dengan enAlangnya..kesian sungguh! sampai meracau2... (dia je..bukan saya...)
la ni asik bersin je pulak. nak kata selsema takde pulak berhingus bagai.. tp bersin tak henti.

cik P pulak tak muncul2. flight delay dh 5 hari. tapi, traffic light tetap merah, 1 line je. huhu... harap2 bukan false alarm. petanda? selera makan bertambah, kerap ke toilet.. apa kah? hai la....berdebar je pulak rasanya...





p/s:wishlist kedua sudah termakbul..masih menggodek2. seronok!!

Thursday, February 10, 2011

- malas -

sunyi lagi. diam tak berkutik. wah!! gitu...
mendiamkan diri bukan kerana sibuk ke apa. langsung tak sibuk, malah di sekolah pun. rekod harian siap sebelum balik. kelas kemas awal pagi. tapi, tetap malas....
adoyaii...
sangat la terasa kemalasannya bila memandang blog ini. tak ada apa pun yang terlintas di ruang minda untuk diterjemah ke bentuk taipan dalam new post. mungkin rutinnya sama. tiada yang istimewa. ops! setiap saat en.Alang di depan mata adalah istimewa. hahaha... silalah muntah ijo sekarang...

tapi sekarang, sudah ada hobi baru. menjahit felt craft. oh! sungguh comel. baru siapkan car charm bentuk kereta untuk kereta en.Alang. hati riang bila en.Alang pun suka. malah menyokong. suka!!! ok, saya overreacting...

sejak lepas buat custom t-shirt ari tu, hati meronta2 nak buat craft yang lain pulak. dalam cadangan nak buat koleksi keychain yang comel2. semuanya hasilan google. supplier pun jauh2 posnya. haha... malas nak cari sendiri kedai mana yang ada. malas lagi???
jap2 lagi nak buat bantal hiasan pulak. harap2 menjadi. tapi fibernya belum ada, sarung je la dulu...

semangat!!

Wednesday, February 2, 2011

- misi 3 feb 2011 -

wah...suda ada bermisi2 pula sekarang ni... mentang2 la kat sekolah ada rampasan kuasa kelas PL oleh 'misi' gigi.. dlm blog pun nak misi jugak... tapi misi dalam erti kata sebenar lah.. kesian ceq dalam 3 hari ni, kelas telah diambil alih oleh misi gigi untuk pemeriksaan gigi budak2. ingatkan sampai hari ni je, rupanya lanjut lagi sampai lepas raya cina nanti. alamak aiii... bila nak siap kerja aku ni. udah ler ada pemantauan bulan ni.. adoiiiiii....

patah balik ke misi sebenar - MISI 3 FEB 2011...
tau ada apa? haha... perasan je konon ada orang nak amik tau. ah! tak kira.. nk bgtau jugak. esok my laling's besday la. ngeh3... tapi malam ni dia on duty pulak.. so, 1st wish thru phone je la..
agak2 nak bagi hadiah ape ye? dia ada request iPhone.. tapi survey2.. mak aiii dia punye cost, abes gaji 2 bulan aku.. huhu... ganti je la ngan nokia kot.. itupun kalau dia nak la.. kalau tak nak, takdela hadiah. hehe.. lagi pun ari tu terjatuhkan hp enAlang sampai regang pulang casingnya.. huhuhu kesian dia... ni kira nak ganti balik la ni...

so, misi penting ialah....

baking a cake malam ni..
macam biasa kek kukus resepi my mom... with ganache. insyaAllah akan dipersembahkan esok..
tunggu......!!!!