Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

~Isu Semasa-Jeruk Pelam~

Sekarang ni, mcm2 fenomena makanan kan? Dari lauk pauk, kek2 dan desserts, roti.. Terbaru ni, jeruk mangga asam boi.
Nak tsu fenomena2 ni, tgk je karpet fb. Fuhh..berduyun2 status up pasal makanan. Yg tengok je pun boleh terliur.

Saya nak jugak join viral fenomena ni. Ada jugak 2 3 yv saya ikut. Ada menjadi ada tidak. Hihi...

Taraa...
Jeruk mangga versi saya. Mau orang cskap tengah mengidam ni. Haha.. padahal saja nak buat jugak apa orang buat.

Buat malam tadi, simpan peti sejuk. Balik petzng ni boleh ngapp...

Tapi jangan makan assm boi lebih2. Bahaya...

Jemput...

Monday, September 29, 2014

~Kek Pisang Mealshakes~

Assalamualaikum semua...
Hari ni nak kongsi cerita petang semalam. Sebenarnya dah seminggu lebih duk teringin nak makan kek pisang. Nak pegi beli, malas nak mencari, sbb tak tau kedai mana yang ada. Kalau kat kampung tu, taula kedai mana yang jual kek pisang yang sedap.

So, cari punya cari, dapatla resepi yang paling senang nak dibuat. Lepas tu, duk terdetik idea nak tambah satu bahan special ni. MEALSHAKE la...apa lagi? hihi...

Dan...taraaaa!!! inila hasilnya.


Alhamdulillah, hasilnya sangat gebu dan lembut.
Yummehhh...




Tengok Alia makan pun sampai tutup2 mata menikmati...kikiki... Maafkan Alia makan tangan kiri. ish3...anak dara ni.

Ni saya sharekan resepinya ok..

Kek Pisang Mealshakes

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat
3 sudu Mealshakes

Bahan B
1 cawan minyak
3/4 cawan gula
3 biji telur
5 biji pisang berangan/11 biji pisang emas

Cara2
1. Ayak bahan A.
2. Campur semua bahan B ke dalam blender. Blend hingga sebati.
3. Campur bahan B ke dalam bahan A.
4. Gaul sebati.
5. Tuang ke dalam cup/acuan. Kukus 15-20 minit.
6. Siap untuk dimakan.


Nanti saya kongsikan resepi aiskrim mealshakes pulak ye...


Nak order Mealshakes, jangan lupa roger ye...



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Thursday, August 2, 2012

- mee kicap -

oleh kerana kebosanan makan nasi di bulan posa ni... gigih la aku mencari resepi hidangan alternatif selain nasi... maka, terserempaklah dengan resepi mee kicap ni... mula2 resepinya macam mee hailam je. surfing lagi, dpt pulak resepi yang orang kata macam Ipoh Style.. chinese food yang glemer di Ipoh. aku tak penah la makan. tapi nampak macam best je.

maka, inilah dia...nyum3... dah selamat masuk perut pun. resepi dapat dari cikIza@myResipi.. tapi macam biasa la, aku tambah2 sikit. tak sah kalau tak derhaka resepi orang kan...
Sumber Gambar dari cikIza@myResipi

enAlang jenis yang tak biasa makan nasi. tapi dia kata ok je masa aku nak start masak  petang tu. tengok2 balik dari surau, dia yang ngadap dulu.. macam makan Indo mee katanya.. haha... aku pun taktau apa rasa sebenar mee kicap ni.. agak2 menjadi la tu kot kan.. enAlang pun menambah je. hihi...

so, ni aku kopiket resipinya...

Mee Kicap

Bahan-bahan ( 2 org )
250 gm mee kuning
lbh kurang 40-50 gm taugeh

*KUAH*
2 biji bawang putih diracik halus
1 sb minyak masak
1cm halia ditumbuk
3 sb kicap manis
3 sb sos tiram
1 sk kicap pekat
1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
sedikit lada sulah
1 cwn air
garam n sedikit gula kalau perlu......

*SUP*
1 biji bawang merah
1 ulas bwg putih
3 cwn air
1 sk pati ikan bilis
fish cake n fish ball
sedikit lada sulah n garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
2.Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
3.Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... 4.Siap, matikan api.

*UTK SUP*
1.Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
2.Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
3.Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan


so, lelain...boleh la mencuba...:)

Saturday, April 7, 2012

- butter prawn -




akhirnya...!!!


ku berjaya mencantikkan butter prawn...hehe ni 2nd trial. yang dulu tak menjadi langsung2...buat bahan gelak enAlang je. kali ni try sorang2 kat rumah. enAlang keje. ikut cara betul2. alhamdulillah. menjadi la jugak. tp sedikit masin la. mungkin lepas ni kena guna butter unsalted. baru rasa dia ok kot. ke lidah aku ni memang tak tahan masin? haha tak tahu lah...


merata resepi aku redah blog2 orang.. sudahnya, aku gabungjalin (dah macam P&P kat kelas la plk) resepi yang aku skodeng. buat resepi dan cara sendiri..


ni resepi aku ek...


Butter Prawn


5 ekor udang saiz besar
serbuk kari
garam
serbuk kunyit
2 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
sebatang daun kari
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)

3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Cara2

1. perap udang dengan garam, kunyit dan serbuk kari.
2. pukul kuning telur dengan susu cair.
3. panaskan minyak dengan mentega. pastikan mentega cair dan kuali betul2 panas.
4. tuang kuning telur dengan cara, tangan kiri pegang mangkul telur, tangan kanan pegang garpu untuk kacau telur tu dalam kuali. kacau secara berterusan, dan tuang telur tu jangan sampai putus.
5. bila sudah kuning keemasa, angkat dan tapiskan telur tadi.
6. tinggalkan sedikit minyak. masukkan udang, bawang putih, daun kari dan cili padi. goreng sehingga udang masak.
7. angkat dan toskan.
8. gaulkan dengan floss telur tadi.
9. siap untuk dihidang.
10. masuk mulut, kungah2 dan telan..hehe...

jemputtt....




Wednesday, December 21, 2011

- kejayaan yang tidak diingini -




semua orang nak berjaya. even orang jahat pun nak berjaya. tak kisahla berjaya dari segi apa tapi kejayaan itu memuaskan hati masing2. aku juga berjaya. tapi kejayaan yang aku kecapi ini tak pernah diingini oleh sesiapa pun.


kejayaan yang aku kecapi ialah...




mencapai berat badan 50kg...

huwaaaaa...meraung dibuatnya. itulah..ambil ringan je pasal berat badan ni. selamba je menyumbat tak pikir masa depan. aduhai... emak pun dah marah. tak payah lagi masak makanan best2 dan berlemak itu. alamak aiii.... dah la aku ni suka memasak dan makan. bila dah macam ni kena la stop... kalau makan tu berselang dengan keaktifan fizikal takpela jugak. ini?? kat sekolah pun terperap je. rumah pulak takde tangga. macam mana tu?



so....

no more angan2 untuk makan .....




no more jeling2.....




malam2 kena makan ni je. takde lagi karbo.....(pesan mak...)


dan ini.....akan ku usahakan...ganbate!!!



p/s : kalau ada sesiapa nak order vco softgel, collagen dan fibre drinks..roger2 la ye...
dijamin halal dan memberikan impact yang sgt berkesan...insyaAllah...

Tuesday, November 22, 2011

- harimau malaya mengaummm -

assalamualaikum semua...

lama terbengkalai dah rumah ni. kesian dia....:( nak buat macam mana. tuan rumah kehilangan mood dan semangat nak bertaip-taipan.. huhu...


malam tadi menyaksikan ibu segala pingat emas di sukan sea direbut oleh Malaysia dan Indonesia. akhirnya dapat dikekalkan oleh Malaysia, Harimau Malaya. yeah!!! kalau ikutkan memang bising jugak menonton malam tadi dgn enAlang kat rumah. geram pun iye gak. tapi kapten akhirnya berjaya jugak menyumbat gol terakhir sepakan penalti penentuan. alhamdulillah....



dalam pada tu, sempat jugak sebelum tu buat non-baked cheesecake. hehe... geram terliur je tengok orang lain buat. nak la buat jugak.. alhamdulillah menjadi la.. agaknya!. haha... komen enAlang THE JURY, agak manis, so lain kali kene kurangkan gula ya... baik, bos!!!


sebelum di potong. sila abaikan foil tu ye..


setelah di potong..jempuuutttt....

sekarang dah start cuti sekolah akhir tahun. perfect time untuk duit terbang. huhu... memang dah terbang pun, buat beli kasut baru. huhu...baru minggu petama tu. dan angan2nya nak pegi bercuti, entah kan dapat entahkan tidak. enAlang ni macam tak mau je. huhu sedihhh.... cuti2 di rumah je la. makan banyak2 buat resepi baru. badan pun makin naik. huawaaa...


oklah! nak sambung kerja suri rumah. huk!huk!..terbatuk2 haa...


jumpa lagi...

Friday, October 21, 2011

- cuti!!!! -

emmm...esok bermula cuti seminggu! yeay!!! ni la pro nye duk sekolah sjkt...(ayat nak sedapkan ati je ni...) dapatla merasa cuti seminggu di perayaan deepavali..hehe...syukur... (merasa la ko blk cuti dah start rasa malas...virus M menyerang...)

semalam aku bercuti CRK.. nak menghantar mak abah terchenta ke KLIA sbb diorang ikut pi Beijing..anjuran Poto Travel...hai la...seronoknya mak abah honeymoon ramai2..weeehehehe... tapi tadi baru mak call dari sana, abah mabuk pening2...hehe abah..abah...
apa nak buat cuti ni ek...plan nak jalan2 ke Bukit Tinggi Pahang.. lama dah teringin nak naik sana. dr zaman belajar lagi... tah jadi tah idak esok ni. chelet penuh lak..yg tinggal semua hotel2 besar...kopakla poket macam ni...
takpelah...tunggu je la hubby yang decide malam ni...

kita mulakan xtvt cuti dengan ini....

puding roti bersos kastard in the making....yummy!!!


(ontah sodap tah idak...haha...)

Wednesday, August 17, 2011

- kelam -

sesuai dgn tajuk, blog ni dah kelam dah...sekali skala je updatenya..pemaleh punya tuan tanah...
haii...entahla sejak dua menjak ni, malas betul nak update blog. sejak tahun ni la..sapa yg tau perasaan hatiku ini?huhu...

ok ni update secara total.

1. sekolah
semua ok je. cuma lately banyak plk program.. agak bebizian di situ. tak menyempat nak siapkan projek hobi baru. bersalah..bersalah.. kelas pun makin bertambah dgn kelas LINUS tahun 1. letih la sikit mengadap budak2 tak paham bahasa aku ni..huhu

2. TTC
sekarang buat secara natural je.go with the flow.BBT pun dah tak buat.tawakal je la.

3. personal life
macam biasa. balik kerja, masak dgn riang rianya. serve. makan dgn seronoknya. haha...membolat la kau.. sebelum puasa pun sempat bercuti kt Hulu Langat. plan bebudak shift EnAlang sebenarnya. tapi best la.dah lama tak mandi sungai...sejuuukkkkk....

4. Ramadhan
macam biasa. terus terang aku rasa macam berpuasa hari biasa. mungkin sebab kami ni bukannya nak makan sangat kuih muih, desert2 segala. (tapi suka no nak membuatnya..) so, berbuka macam dinner hari2 biasa..sahur pun, panaskan lauk berbuka je.simple.

oh ye...semalam baru la sekali berbuka kat luar. in the meaning of dating berdua berbuka kat luar.haha...lama dah tak dating tau... ajak enAlang, dan dia memilih nak makan kat Bagan Lalang. haiii...hari cuti pun aku lalu jalan ni nak gi keje..uhuk3...tapi sebelum tu kami pegi seremban dulu. gi pakar kulit nak tgk problem aku ni haa...tak sudah2...

sampai awal di Bagan Lalang, so kami pusing2 pantai dulu. dah dekat2 barula pilih kedai dan lauk.ready nak berbuka..dah abes makan, rasa full..sbb dah lama tak makan banyak2 macam tu..alhamdulillah...

balik, terus ngantuk tak hengat...nasib baik hari ni cuti...rehat..hihi
bergambar dulu sambilmenikmati sunset...

menunggu waktu berbuka...

menu kami-sotong goreng tepung, kerapu goreng cili, sup kosong, air tembikai...

peneman kami semalam...berebut2..

tinggal kepala je...alhamdulillah....


hmmm....seronok dapat sekali sekala berbuka di luar...
hari ni nak masak kari kawww kepala ikan jenahak...beli sebelum berbuka semalam. requested by enAlang...nyummm...

Tuesday, March 22, 2011

- udang mentega yang tak menjadi ~~sedih~~ -

dah lama tak masak resepi baru. hari ni teringin pulak. sebenarnya lama dah. tapi baru peluang buat hari ni. tapi yang sedihnya.... tak menjadi pulak. sedihnya...

ye ye je study macam2 resepi. macam2 cara. bila buat sendiri tak menjadi jugak. huwaaa!!!!
tak mo lagi dah buat butter prawn itu!!




p/s: memerah idea untuk design yang comel2. sila muncul!

Sunday, March 6, 2011

- COMEL - dot dot atau keychain? -

haluuuu....senyap je dah kan.almaklum dalam proses menenangkan diri. haha...ye la sangat. sebenarnya sibuk sikit sebab bakal dipantau oleh Pegawai dari JPNSel dan PPD Sepang. so, menyiapkan kerja2 yang aptut untuk kelas yang comel itu.huhuhuhu...

sambil2 tu menyibukkan diri dengan hobi baru. entry lepas ada cerita pasal felt kan. haaa.... busy cari supplier, busy men'design' bentuk2 yang comel untuk diterjemah ke bentuk keychain.

alhamdulillah. menjadi lah...

taraaaa!!!

ini pulak bantal bucuk...cuma tersilap pilih kain untuk bantal tu. keras sikit. naseb yang nak peluknya baby tua. kalau baby kecik, mesti sakit. hahaha....
yang ni design belakang. design depan ada kapal terbang untuk enAlang dan kereta comel untuk cikDila...hehehe....

dapat komen memberangsangkan di FB. dan dah dapat order khas dari kak lin untuk si comel Haziq..insyaAllah sedang dipersiapkan.



sambil2 tu jugak...menjenguk2 blog super mommy yang rajin2 masak tu, dapatla resepi cik apam polka dot ni....mana tau dapat jugak jadi super mommy 1 hari nanti. amin....
comel kan...? ok! tema entry kali ini ialah COMEL.. haha...

sebelum dikukus...

dah masuk bekas untuk bekal enAlang. banyak2 tu takkan nak makan berdua je.. bawak tempat kerja dia, confirm habis...

macam telur dinasour pun ada...ngeeee....

Resepi Apam Polka Dot -sumber http://hanamemories.blogspot.com/

Bahan2
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...akak letak 150 ml bancuhan susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
stawberry paste..ikut rase
pewarne

-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
-Picitkan blueberry filling secukupnya.
-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
-Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama
10-15 minit.

tapi....
aku derhaka buat cara sendiri. pukul telur dulu sampai kembang, baru masukkan ovallete, gula. kemudian barulah masukkan selang seli tepung dengan susu segar. alhamdulillah menjadi.

mms ke emak, terus mak suruh berbisnes..muahahaha.... nk buat untuk sendiri ni pun dah jenuh.uhuk3...tengokla ada rezeki boleh jugak nanti2...

Wednesday, November 3, 2010

- mee rebus -

mula bercuti sempena perayaan Deepavali hari ini. sampai hari ahad..5 hari cuti..whoaaa.....

tp keja masih berlambak.. nak2 bila dah masuk sekolah balik nanti. sebab next week ada Hari Anugerah Cemerlang. dan saya dapat kerja yang paling banyak dan penting. pengsan boleh?

bila cuti ni mulalah tekak nak makan macam2. so, hari ni try buat mee rebus yang dari hari tu lagi teringin nak buat. alhamdulillah dapat jugak buat. rasanya? ok kot..haha sapa lagi nak ambil hati sendiri..
resepi kopipes dari blog kak hana..
problem pulak nak kopipes...

so, jemput makan...


Sunday, October 17, 2010

- bagan lalang dan nasi ayam, mn satu pilihan hati? -

heheh...tajuk tah pape...
setelah puas melaghuk kt pantai bagan lalang semalam... mood hari ni agak ok. walaupun kebosanan kesorangan di rumah di hari minggu yang panas...

sabtu,
konon-kononnya nak berjalan2 jauh. sambil2 curi masa tengok wayang. tapi cancelled. gara2 kereta terlebih dahulu dihalakan stereng nya ke pantai bagan lalang. cadangnya en.Alang nak pusing2 Sepang Gold Coast yang baru dibuka itu. tangok dalam paper macam cantik je kan. tapi memang cantik pun.. lagi2 kalau dapat masuk free.hahaha...

terus berjalan sepanjang pantai. pantainya pendek je, tapi meriah sebab semua bertumpu di satu tempat. ada potensi leh ganti PD la jugak.. mini PD. haha melalut!
jalan punya jalan, tengok2 ada geng main layang2.. kelab besar gak rasanya ni. ala layang2 yang leh control2 tu. siap kuar bunyi macam kete merempit lagi.. apa lagi! dok melayan itu jela... best! sambil tergelak2 tengok sorang mamat ni nakal duk mengacau pengunjung yg ada kat situ dengan layang2 dia. mula en.Alang berangan nak punya satu. tapi sebelum tunjuk main kt umum kena belajar bagi terer dulu...

tak jadila kaki melangkah ke panggung.. terus layan makan besar. berdua je, besar manalah sangat. masing2 tong kecik pulak tu. hahaha...

ahad.
jenguk2 peti ais, ada ayam yang ari tu saja2 beli. weee... buat nasi ayam. dah lama tak merasa nasi ayam buatan tangan sendiri. apakah???

resepi.

NASI
2 cwn beras
stok ayam
bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan (untuk ditumis)

SUP
2 ketul ayam
bawang merah, bawang putih, rempah 4 sekawan (untuk ditumis)
halia
sesuku kiub ayam Knorr
garam
air sebanyak rasa

AYAM
ayam
kicap
madu

KICAP
2 sudu kicap
setgh sudu kecil madu
stok ayam

CILI
1 biji lada besar merah
tomato
1 ulas bawang putih
stok ayam
garam
gula

CARA
1. buat stok ayam dulu, sekaligus buat sup. saya tambah kaki ayam. tumis bawang dengan rempah. masukkan ayam. masukkan air. biarkan api sampai ayam agak empuk.

2. keluarkan ayam untuk digoreng. perap ayam yang separuh empuk dengan kicap dan sesudu madu. goreng dengan api sederhana.

3. untuk nasi. tumis bawang dengan rempah. masukkan beras yang sudah dibasuh. masukkan air stok ayam secukupnya. masukkan ke dalam rice cooker. masak macam biasa.

4. untuk sup. lebihan stok yang tadi, dimasukkan sedikit serbuk lada putih. jangan banyak2. sikiiittt je. nak sedap lagi masukkan batang saderi. siap.

5. untuk kicap. campurkan kicap, madu dan sedikit stok ayam. kacau2. siap.

6. untuk sos cili. blend lada besar, bawang putih, sedikit tomato. dah blend, panaskan di atas api sederhana. masukkan sedikit stok ayam, garam dan gula secukup rasa. siap..



sudah siap.
menunggu en.Alang balik kerja. hmmm.....

Thursday, October 7, 2010

- mee ladna -

post tertunda.

menu semalam....
mee ladna. ini sebab ari tu makan kat umah kawan en.Alang, Jai. isterinya buat mee ladna. sedap. so, duk teringin, konon nak minta resepi dari dia. sampai sudah tak tertanya. aku punya tak menyabo, menggagau la surf kat interner. en.Google kan ada. eheh...


Bahan
  • mee kuning
  • ayam potong kecik2
  • daging
  • sotong
  • udang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hitam
  • baby corn
  • bunga kobis
  • tepung jagung
  1. untuk mee kuning, panaskan sedikit minyak. masukkan meekuning yang sudah dibasuh. kemudian masukkan kicap pekat@manis. siap diasingkan.
  2. untuk kuah. memula, tumis bawang merah dgn bawang putih sampai wangi.
  3. kemudian masukkan ayam dan daging, tumis sampai empuk.
  4. masukkan sedikit kiub ayam knorr.
  5. masukkan air, masukkan udang dan sotong.
  6. masukkan lada hitam yang ditumbuk.
  7. masukkan sayuran yang diingini.
  8. perasakan dengan garam secukup rasa.
  9. masukkan bancuhan tepung jagung dan air untuk pekatkan kuah.
  10. siap. boleh makan.

sebenarnya, boleh masukkan sos tiram, tapi sebab takde dalam stok, so takdelah aku masukkan. gunalah apa yang ada dalam simpanan. alhamdulillah sedap jugak.
en.Alang pun suka.

senyummmm.....

Monday, October 4, 2010

- pancake -

weekend ni hati berbunga2 je.. hehehe gedik sungguh la ko dila..
bukan apa pun.. saje nak mengade..kan?hahaha... ari tu try masak pancake. resepi kak hana. mmg dari dulu nak mencuba pancake ni. dengan kata melayu nya, lempeng la.. tapi canggih sikit kan. haha...
alhamdulillah menjadi.. en.Alang pun suka. siap request lagi tu. senyummm..... bukan senang nk dengar en.Alang request ulang2 masak ni. hihi... senyummm lagi!

okeh! ni resepi dari kak hana. i kopipes je ye..


bahan-bahan
2 biji telur
6 sudu butter - cairkan
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
2 sk baking powder
2 sb gula
2 cwn susu segar
2 sb lemon juice - optional
secubit garam


cara-cara
campurkan kesemua bahan danblend sehingga sebati.
biarkan sebentar dalam 10 minit.
cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
hidangkan panas-panas dengan topping pilihan...



yummy!!!!






Thursday, September 23, 2010

- mode-upsr habis, terasa kelas lain pun habis -

upsr 2010 dah habis... hari last tadi terasa macam ape je langsung tak masuk kelas... haha macam 2 hari sebelum ni aku masuk kelas.. gpk ku yang baik ati tak buat relief kelas untuk aku.. lalala... tapi kena standby untuk bebudak masuk dewan pulak... itu lerr tugasnye.. huhuh

esok dah start balik kelas macam biasa.. owh la haii bocinto aku nak masuk kelas ni.. huhu soalan untuk monthly test 4 pun tak buat lagi..
bebudak pun sure tgh blur2 lagi lepas cuti raya ni..
ngeee....

balik pun lambat sbb diorang ada ujian aptitud.
dalam blur2 sempat cilok idea semalam yang konon2 nak buat daging blackpepper.lalala...

Daging Blackpepper (untuk 2 orang makan je..)

daging dihiris nipis2
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb lada hitam (ditumbuk)
2 sb kicap manis
batang saderi
lada besar
air
garam

mula2, panaskan minyak. tumiskan lada hitam kemudian masukkan bawang yang ditumbuk. tumis sampai naik bau. masukkan daging dan kicap. masak daging sampai empuk. masukkan batang dan lada besar. siap!


dan bersulamkan bendi celur dengan sambal kicap.

yummy!!!

sila2...

Tuesday, September 21, 2010

- cekodok nasi -

malam tadi duk pikir nak buat apalah untuk sarapan pagi ni. jenguk dapur, tengok2 ada nasi lebih. apa lagi? mencuba resepi barulah.
tadaaa!!!!

mak la yang mencadang resepi ni masa raya itu hari. so, berusahalah aku memblend nasi tu pagi2 buta.


ni resepi main belasah je. alhamdulillah, balik sekolah, en.Alang kata ok. senyummmm...


Cekodok Nasi

1 cawan nasi - diblend bersama air sampai halus
3/4 cawan air
sedikit tepung gandum (ditambah kalau bancuhan nasi terlalu cair)
garam

*bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi
sedikit ikan bilis


dah gaul2 semua, agak2 macam nak buat cekodok tepung biasa.
jemput2 kan dengan jari, kemudian gireng dengan minyak yang panas.
sedia hidang dengan sos ataupun sambal tumis.





Sunday, September 19, 2010

- makan -

raya selalu dikaitkan dengan makan2.. apa lagi?memang berebut orang cari hari nak wat open house. huhu... yang tak buat tu, duk bekejar nak pegi rumah mana dulu. perut pun kena simpan, kalau tak baru 2 rumah, perut dah penuh. padahal nak pegi sampai 5-6 rumah.

haha...
korang mesti macam tu jugak kan...jangan tipu! Tuhan marah.. hehe...
aku takat ni takde jemputan lagi dari kawan2 sendiri. tapi kawan2 en.Alang memang dah ada. semalam je dah pegi 3 rumah..huhu alhamdulillah kenyang...

sempat gak melayan movie Cats and Dogs kat Alamanda. orang duk sibuk beraya, kami layan wayang pulak..

dan hari ni, kosong.. takde jemputan pasal en.Alang keje petang.. nak buat sendiri, kami lom mampu. kang mana pulak tetamu nak duduk2 makan. nak duduk kat laman tanah tu? huhu... nanti2 ye. kalau dah ada rezeki nanti, kami buat makan2 jugak. insyaAllah..

tadi pagi buat sarapan nasi lemak. 1st time nih seumur idop wat nasik lemak sendiri. kalau nasi ayam tu, dah biasa. ceewahh!!! berlagak je bunyi..huhu
main belasah je, alhamdulillah menjadi gak. cuma nasi kurang garam sikit. aku memang lemah bab2 meletak garam dalam masakan nih.. semedang je tawar. haha...
sambal pulak buat sambal telur, sebab bilis dah abis stok. baru nak pegi beli nanti ni. hehe...

pas2 ni bolehla buat untuk sarapan bawak bekal lak..hehe.. suka!!

en.Alang? macam biasa, jarang dia nak puji2 ni.. lagi2 bile sememangnya masakan tu tak kena gaya. huhu... takpe, aku masuk lif tekan butang sendiri pun takpe. huhuhu....

p/s : rasa macam nak buat mee rebus pulak...


jom makan!!!