Showing posts with label lain2. Show all posts
Showing posts with label lain2. Show all posts

Monday, July 30, 2012

- ramadhan -

kesian cik blog...lama kena tinggal.
tuan empunya ni malas betul sekarang ni. asikla kehilangan mood. mood nak menaip, nak amik gambar. semua hilanglah.. terbang melayang tah ke mana...huhu sedih...

ramadhan pun dah masuk hari ke-11.. alhamdulillah setakat ni ibu masih berupaya untuk meneruskan. cuma biasalah, dah lepas pukul 3 atau 4 ptg tu, dah melepek la..kul 6 bangun gagahkan diri jugak untuk masak. kang tak berbuka pulak..

si kecik pulak dah masuk minggu 32. aktif waktu malam la pulak. asik mengaduh je la ibu.. kuat jugak anak ni menendang menumbuk segala. macam buat konsert rock la pulak. alhamdulillah, check up latest ari tu, baby sihat. semoga selamat sampai waktunya nanti, ye baby ye...

selamat berpuasa semua.



p/s : thinking of...nak wat give away la.. tp kena pikirkan dulu apa yang perlu dibuat. hadiahnya sudah dalam pikiran...what say u??

Tuesday, December 20, 2011

- simpanan masa depan -



niat hati nak sgt update cuti2 di KK minggu lepas.tp apakan daya, virus M lagi gagah menguasai diri. malas betul nak transfer gambar2 bermakna di sana. ngeh3...alasan!



takpelah, lain2 kali lah ye...


kali ni nak cerita pasal masa depan. wah!!! dalam maknanya tu..

menabung dengan tabung buluh ke?

haih! jgn dipandang rendah. dulu2 boleh aje, kan...sekarang ni ikut peredaran zaman la. ada kemudahan bank, baik digunakan.


baru tadi bukak buku ASB. oke, jgn gelak. umur nk masuk 28, dah kawen baru terhegeh2 nak buat simpanan ASB. masa bujang dulu taknak buat, puas abah dok push2 aku soh buat ASB. siap byk peluang lagi masa sebelum kawen dulu. kat sekolah tu, berkali2 orang bank duk promo ASB masing2. boleh buat selamba derk je kan... la ni baru tersengih2 kat kaunter bank tu. huahuahua....



tapi, syukur.. sempat la lagi kan. insyaAllah. memikirkan masa depan yg kita tak pernah tau. alhamdulillah, di penghujung umur 27 ni kehidupan semakin lengkap.



punya suami yg memahami.

sudah memiliki rumah sendiri.

simpanan di tabung haji.

zakat sudah siap potong gaji.



sekarang ni....

punya peluang untuk buat side income. boleh la sikit2... selain support enAlang nak buat side income jugak. harap2 dapat la peluang jadi pengajar kat driving school.



family.

belum punya rezeki untuk menambah ahli keluarga di rumah ini. walaupun berita sedih menghantui diri, usaha tetap dilakukan. semoga berita sedih itu dapat ditolak jauh2. berita gembira pula menampakkan diri.


Tuesday, November 22, 2011

- harimau malaya mengaummm -

assalamualaikum semua...

lama terbengkalai dah rumah ni. kesian dia....:( nak buat macam mana. tuan rumah kehilangan mood dan semangat nak bertaip-taipan.. huhu...


malam tadi menyaksikan ibu segala pingat emas di sukan sea direbut oleh Malaysia dan Indonesia. akhirnya dapat dikekalkan oleh Malaysia, Harimau Malaya. yeah!!! kalau ikutkan memang bising jugak menonton malam tadi dgn enAlang kat rumah. geram pun iye gak. tapi kapten akhirnya berjaya jugak menyumbat gol terakhir sepakan penalti penentuan. alhamdulillah....



dalam pada tu, sempat jugak sebelum tu buat non-baked cheesecake. hehe... geram terliur je tengok orang lain buat. nak la buat jugak.. alhamdulillah menjadi la.. agaknya!. haha... komen enAlang THE JURY, agak manis, so lain kali kene kurangkan gula ya... baik, bos!!!


sebelum di potong. sila abaikan foil tu ye..


setelah di potong..jempuuutttt....

sekarang dah start cuti sekolah akhir tahun. perfect time untuk duit terbang. huhu... memang dah terbang pun, buat beli kasut baru. huhu...baru minggu petama tu. dan angan2nya nak pegi bercuti, entah kan dapat entahkan tidak. enAlang ni macam tak mau je. huhu sedihhh.... cuti2 di rumah je la. makan banyak2 buat resepi baru. badan pun makin naik. huawaaa...


oklah! nak sambung kerja suri rumah. huk!huk!..terbatuk2 haa...


jumpa lagi...

Wednesday, May 4, 2011

- comel, cantik~~ admire -

bila baca majalah. bila tengok suratkhabar. mesti ada iklan2 ke. cerita orang ke. lepas tu ada gambar. gambar cantik2 pulak tu. gambar cantik satu hal. satu hal lagi kalau orang dalam gambar tu memang cantik, comel, cute, anggun. dan yang sewaktu dengannya lah.

kenapa topik ini?
sebab....
aku admire betul dengan orang yang cantik, comel segala ni... kulit halus mulus. mata bulat comel. hai la...indahnya ciptaan Allah Maha Esa. selalu je jeles dengan kecomelan diorang ni tau... hihi... tapi sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan Allah pada aku. bukan aku tidak bersyukur. tapi seikhlasnya aku mengagumi keindahan ciptaan Allah. (jangan pulak ada yang tembak aku suka perempuan pulak..haha!) dah jadi hobi pulak tengok orang cantik2 kacak2 ni...mana tau kalau melekat, terkenan pulak kan...aminnnn....(masih menanti..)

lisa surihani...memang pujaan lelaki malaya la dia ni...kalau dah ada pakwe, meraung la lelaki2 malaysia ni agaknya..haha


irine nadia marcello..comel dak nih.. katanya guna vco. aku pakai, nape tak comel macam dia ek..hahaha gelak besar....

ramai lagi..tapi tak dapek la nak tempek semua kek sini haaa....

p/s : bersyukur...

p/s/s : encik...saya cantik tak???hihi


Friday, December 31, 2010

- mitos lagi -

dulu dah cerita pasal mitos senggugut.
kali ni cerita mitos yang saya buat sendiri.
sebab saya ni suka betul duduk sorang2 tu pastu dok pikir macam2. haha...
jangan ikut! bahaya...

mitos 1 - membayangkan kapal terbang itu sangat besar. dalamnya luas boleh lari2 main2. okey, teringat ni pasal baru pertama kali naik kapal terbang pada umur 26 tahun setengah. haha... rupanya, kapal terbang tu dalamnya macam naik bas je. sempit jugak. huhuh

mitos 2 - jgn tidur meniarap, kaki bersabung. nanti mak meninggal cepat. tak sayang emak ke? hakikatnya, memang tak sopan kaki duk bersabung macam tu. kot orang jalan2 tersadung, jatuh ke apa ke?tak ke naya.. lagi satu, ajal maut kan Allah yang tentukan. huhuhu...

mitos 3 - menyanyi di dapur nanti dapat suami tua..
errr...beza 8 tahun, takdela tua kan...?haha..
hakikatnya bukan apa, kot2 tengah syok2 menyanyi, hangit hangus segala kang apa yang dimasaknya tu...huhuhu




to be continued....

Friday, December 24, 2010

- menghilang -

saya terpikir2...
ke manakah menghilangnya Zack Zukhairi-Realiti Konspirasi?
rindu hendak membaca naskhah komik beliau.
penulisan yang sangat santai.
membacanya boleh tergelak sorang2.
rasanya ramai yang menantikan entry beliau.
mungkin ada masalah.
tapi follower masih setia menanti.
berdasarkan blog Fatin Liyana yang mengenali mr.Zack, beliau dalam masalah peribadi.
takpelah.
kita tunggu saja ya...