Monday, July 15, 2013

~Penyakit Gout~

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Keadaan gout akan bertambah buruk apabila pengidap memakan makanan tinggi purin. Contohnya seperti daging, ikan bilis, dan organ dalaman. Purin yang diproses akan menambah kandungan asid urik dalam badan.

Langkah pertama untuk merawat gout adalah dengan mengawal pemakanan iaitu mengelakkan pengambilan makanan Yang tinggi outing. Selain mengelakkan kandungan tinggi purin, pesakit gout amat memerlukan air dalam badan. Air berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari badan. Kandungan air perlu sentiasa dikekalkan pada tahap optimum.

Menyedari keperluan untuk menyingkirkan asid urik dalam badan dan juga mengekalkan kandungan air pada tahap optimum bagi pesakit gout, maka set Shaklee yang sesuai adalah:

Alfafa: Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dari badan.

Performance Drink: Mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Perlu juga meneruskan minum air setiap masa. Minum sikit-sikit tapi kerap.

Omega Guard: Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

No comments: