Tuesday, April 27, 2010

- bercerita tentang kerja -

Guru Pemulihan Khas
SU Peperiksaan Dalaman
AJK Kaunseling
Ketua Editor Majalah Sekolah
SU Ko-Kurikulum
SU Kantin
Guru ICT
Guru SMM
Guru Rumah Kuning
Guru Pengakap
Guru Kelab Muzik dan Kesenian
(hoho...banyak tak?)

kenapa tetiba nak bercakap pasal kerja sekolah ni?
tadi ada mesyuarat pengurusan pemulihan khas.
dapat macam2 input.
pasal kelas, pasal LINUS yg tersangat lah glemer nye sekarang ni.
masa tgh2 taklimat tu, duk teringat kerja2 kat sekolah.
alangkah indahnya...(apakah??indah ke?)

ye...
indah jika dilakukan dgn tenang dan ikhlas..
bukan terburu2...dan rasa terpaksa...

kalau dulu guru pemulihan khas tak dipandang pun..
tapi sekarang...
glemer u!!
ramai yang minta sebab nak kena ajar tahun 1.
pasai pa pulak?? bukan pemulihan khas tahun 2,3 ke?
oo ye...jgn lupa PROTIM meh...
pasai hasrat kerajaan la
itu LINUS maa...
literasi dan numerasi


uh!
kerja keras...
cepat2!!
majalah tak siap lagi ni....

Monday, April 26, 2010

- 40hari dan tentang dia -


rindu dia
sayang dia

nak peluk dia
nak gigit pipi dia

dia ini...
si kecik aiman ni...
mak kata dia dah tak mau kat orang dah...
oo...budak tecik!!
mentang2 dah pandai jalan..dah tak mau kt orang ye...
nanti la jumpa maklang...
jaga kau budak tecik...heheh...

Sunday, April 25, 2010

- seandai kau tahu -

salam....
macam dah lama je tak update.
ni baru sampai dr kampung.
oh, penat sungguh balik sehari ni.
pahtu balik kena kemas bilik pulak. pengsan dibuatnya.
tengok bilik dah macam tongkang pecah.
sebab abah dah pasang plywood tampal kat dinding.
makin panas pulak la bilik tu. huhu...kipas dinding tak beli lagi.
lepas dah punggah almari klasik tu, tinggal nak masuk set baru je.
huhu sabar...sabar....sabar la hati...

hal-hal lain pun dah takde ape kot.
yang besar2 tu alhamdulillah dah setel. dah book. dah confirm.
bakul untuk doorgift pun dah siap deco dan masukkan maathurat. tunggu nak siap masuk paper bag.
kad jemputan pulak, minggu depan baru nak mula edar..

yang lain2 tinggal barang hantaran je nak kena hantar kat aunty kedai tu. sabar lagi....
cuma angan nak buat make up test tak terbuat lagi. bila tah agaknya.
nak pegi spa konon nak buat facial pun tak terpergi lagi.adeiii...gaya macam keje pagi balik malam je... malas sebenarnya. plus segan nak pegi sesorang...huhu...

malam ni jiwang2 layan lagu terbaru black ni. baru la tau lagu black upenye. padahal dah berminggu melayan kat radio...best...!!!
dan tak sangka pulak tajuk dia 'sofea jane'. huhu macam tak padan pulak aku berjiwang dengan tajuk macam tu haha... tukar 'asri shamsuddin' boleh..?? muahaha... gatal ko!!

dah!nak tido la..penat drive.. konon!!

k, enjoy the lyric...
Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Ulang Chorus 2X

Thursday, April 22, 2010

- terbang -

5 bulan.
tepat.
sudah bergelar tunangan en.Alang.

bahagia?
tentu.
macam terbang melayang.
haha...(gile punya metafora..)

1 bulan 2 minggu.
mahu bergelar isteri.

berdebar?
of course lerr....
gila tak berdebar??

ngeeee.....

takde idea.
nk gi taklimat ngan guru besar.
chiowww....

Tuesday, April 20, 2010

- 46 hari lagi dan amaran pertama!!! -

tinggal lg 46 hari...
leh je wat selamba ayam...

tapi sebenarnya....
duk fikir.....
macam mana hari jadinya nanti...
siapa yang nak tolong aku..
pakai inai..wat makan beradab..urus keluarga sebelah sana..
distribute doorgift..layan tetamu..
cukup ke makanan?terlayan ke tetamu?puas hati kah mereka?
ah!tak terjawab maklang eh...

tadi call mak ms kat sekolah.
mak minta tolong belikan tudung macam dia beli hari tu kt arked bandaraya, kt jalan masjid india. tapi hari jumaat karang baru aku pegi.

pastu tanya2 la pasal bilik. sebab hari tu abah cakap nak tampalkan dinding tu dgn plywood..
sekali kena warning daaa... (
tak penah2 kena warning dgn mak pasal wedding stuff ni...)
mak warning suruh aku balik kemas bilik. ngeeee.....
baik mak...minggu ni kaklang balik ari sabtu lepas sekolah ganti.huhu....




sebagaimana cerita di bawah entry ini...
here the picas!!!!
boh tea models..muahaha...

br pas lunch...melayan si kecik saraat sungai palas tea plantation

singgah di lata iskandar sblm pulang ke kl...


Monday, April 19, 2010

- keje hepi vs keje gile -

1. keje hepi.

saya pergi bercuti bersama kawan2 sekolah. my best buddies...
mulanya, hanya saja2 post kt fb nk bercuti. tanpa disangka, puan wani mengajak bercuti bersama2...
maka...bercuti lah kami ke cameron highlands. hahaha....
bertolak dr rumah wani jam 8.30 pagi sabtu. sampai di sana, check in jam 12.30 tghari. rehat2 kejap sebelum keluar cari lunch dan melancong la...dah kata bercuti.

di situ juga terlantik lah
cik aufa sebagai vacation manager
cik ina sebagai driver. tabah sungguh ina drive all the way...
cik dila sebagai OP. (ni perasan lantik diri sendiri..kahkahkah...)
puan wani as mommy ang sara the princess...hihi

ari sabtu memang hari mencabar. naik sg palas untuk ladang boh tea. kredit triple utk ina ni...
pegi kebun stroberi, bee farm, macam2 lagi. terus sampai ke malam pegi ke night market. dah membesar dah pasarnya. dulu sebelah je, dekarang dah dua2 belah jalan. jam cameron highlands jadiknya.

ahad pulak, sambung jalan2 lepas breakfast.
pegi kea farm, memborong segala sayur, bunga etc... pegi bharat tea shop. memborong teh pulak..jam 1 baru bertolak pulang. ari ahad, si sara sudah meragam, rindu papanya...

dah petang br sampai kat umah wani. hantar aufa, then balik!!!

eh tak....bersambung dengan........

2. keje gile...
tak terus balik umah. malam tu jugak terus hantar buah tangan utk en.Alang. gila kan..padahal esok nak sekolah tu.huhu

bincang sikit pasal nk kawen ni. ngingatkan dia utk beli kasut. dan 2 lagi barang hantaran.
ajak dia cari rumah kalau keluar next time.
bole pulak dia cakap duduk jauh2 dulu.. tak naklah, watpe kawen macam tu...haha gataiii..nak duk dekat jugak!!
tapi lum decide nak duk mana lagi ni.
pilihan adalah bangi dan seri kembangan.
boleh bantu kami??

p/s : masih menunggu gambar2 dr OP.
eh, bukan kau ke OP??cet! kamera adalah hak miliksementara cik aufa, bukan aku...huhu

- tag from atiey -

1. ADAKAH ANDA MERASA HOT?
memang hot...lg2 dgn cuaca mcm skarang ni.haha

2. UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNAKAN SEKARANG


3. CERITAKAN PASAL GAMBAR INI
sj pick dr folder yg penuh dgn gmbar2 utk background...pilih sbb nmpk sweet kot, plus ada unsur alam skit...aku kt pencinta alam mcm Adam.haha tetibe...

4. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA
tahun lepas.tak ingat bila...

5. LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR
ost AdaMaya tadi...

6. APA ANDA BUAT SAMBIL MELAYAN TAG INI?
tgh tggu turn nak masuk bilik air...huhu

7. SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL DENGAN NAMA?
kak lang panggilan dlm family...dulu2 tgh aktif ngan ZA8FC, aku guna nick nuha...

8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK
1. kak liza, cbn1's teacher
2. wahyuni
3. dhiya
4. cik asna
5. acik gee

9. SIAPAKAH ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?
cikgu jiran sebelah...kenal di blog sebelum kenal di sekolah.huhu....

10. KATAKAN SESUATU KEPADA ORANG NOMBOR 5?
hepi2 selalu ye gee....hihi

11. NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
err....dia rahsie2 takmo bgtau...

12. KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4
nice to know u,asna....ngeh3...

13. BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA

cik atiey
1.
kawan fb n blog
2.
mrs faizal to be...b2b mcm aku gak
3.comel je...
4.
br tau dia ni sarawakian...;)
5.tak tau lg dah...huhu


ok, atiey...sudah siap. :)


Monday, April 12, 2010

- rasa tak seronok, sedih dan sewaktu dengannya -

helo suma...
assalamualaikum.
kawan2. semoga sihat sumenye..
brides to be...
rasenye ramai yg dekat2 je tarikh tu. preparation ok ke?
mine were okay. alhamdulillah mana yg perlu di book, sudah di book. mana yg perlu dibeli sudah dibeli. sekarang tinggal hiasan2 je kalau nak tambah apa2.

kalau kat sini (kl) tengah duk buat bola-bola api ku itu. tengok la tu, siap playar segala. haha... tapi banyak lagi tak siap tu.

kat kampung pulak, tengah deco bakul comel utk doorgift. tapi takde gambar pulak. balik lain kali la ek...

semalam ajak en.Alang keluar. konon nak beli kasut dia. punyela merantau ke subang jaya tu, sebab his fren ada cakap kat situ ada kasut murah. sebenarnya dia beli kasut untuk bersanding nanti, since dia memang takde kasut leather macam tu, cari je la yang murah. tapi macam biasa la, ada yang berkenan, saiz pulak takde. haih! bertangguh lagi.

lepas tu jalan2 cari makan sampai ke SS15. usha gerai rojak mamak. ngee....makan rojak je. punyala panjang beratur customernya. tak henti2. rasa dia? ok la. but i still miss rojak mamak motor kat sungai besar tu. sekarang taktau ke mana menghilang. huhu....
pastu merayau ke the curve. en.Alang tak suka ke sana sebab dia rasa tak best. aku? layan je. pastu ke alamanda pulak, tengok wayang. merata2 jalannya. orang dah drive, ikut je la. hehe...

cuma rasa tak seronok la keluar dgn en.Alang kali ni. entahla. macam jauh je. dalam kereta pun tak banyak cakap. sungguh! kenapa ntah.. tak suka bila rasa macam tu hadir dlm diri. tak suka! tak suka!

Saturday, April 10, 2010

- cerita preparation lagi -

salam..
lama tak update sebab bercuti di kampung. macam biasa connection yg lemah menyekat jari untuk update selalu.
cuti dua hari dihabiskan dengan segala persiapan yang mampu disiapkan.

borang permohonan sudahpun dihantar ke pejabat agama. alhamdulillah lulus! dah boleh kawin..yeay!! haha gataii no..
en.Alang kena bersedia la dari sekarang. abah nak wakilkan pada imam. so, wakalah wali akan diadakan pada malam ahad sebelum hari nikah nanti. dan majlis akad nikah akan diadakan di surau simpang 5. (hilang harapan aku nak nikah kat rumah..)

dan yang paling seronok, aku dah beli set katil dan almari untuk bilik pengantin nanti.heee... seronok!!! dan mungkin akan dihantar pertengahan bulan 5 nanti memandangkan abah kata banyak yang perlu dibuat pada bilikku itu. hari tu jugak pergi beli plywood untuk ditampal pada dinding bilik sponsored by abah..lalala...tengkiu abah...

atas cadangan mak jugak, hantaran siap gubah di kedai. apa yang best kat kedai tu, kita boleh tetapkan bajet kita sendiri. dah orang tu yang akan gubah mengikut bajet yang kita bagi. alhamdulillah boleh la save kat situ. kalau diy pun belum tentu aku dapat bajet macam tu. gubahan pun kita boleh bagitahu macam mana yang kita nak. so, pandai2 la dia handle. cuma barang nak kena hantar mid of may. haih! cepat2 la en.Alang setelkan barang kamu. huhu...

sekarang dah boleh lega hati. tambah lagi lega bile aku dah terlepas dari terikat dengan pibg. alhamdulillah syukur sgt2.. bolehla focus on hiasan2 yg konon2nya nk diy tu. sikit2 bolehla la kan. kat rumah ari tu pun dah mula deco untuk doorgift kawan2. tapi dapat sikit je la memandangkan peralatan tak cukup. insyaAllah lepas ni akan berjalan lancar. yeay!!!

p/s : tapi still rasa macam nak kawen sorang2 je... :(


- update checklist -

1) borang2 - DONE dah boleh kawen!!haha gataii...
- sijil kursus him - DONE

- sijil kursus her - DONE
2) Caterer - abah DONE with orang kampung
3) Bunga Telur - in progress (kakak to proceed)
4) Kad Jemputan - menunggu untuk diedarkan.
5) Hantaran for him - wallet jam shirt kasut, set penjagaan diri, rayban, coklat, al-quran
6) Hantaran for her - jam, beg+kasut, telekung, maskahwin+gelang, kainpasang
7) bunga hantaran - DONE with approval from mum
8) Nikah Outfit - DONE
9) Bersanding Outfit
9.1) sebelah perempuan - booked with deposit
9.2) sebelah lelaki - pakai baju nikah
9.3) make up & pelamin - booked with deposit
10) Tudung for all outfit - DONE
11) hand bouquet - still thinking
12) Photographer - hope juhaida will be there for me
13) doorgift - DONE

13.1) VIP - DONE
13.2) Tetamu - belum bincang
14) Bilik
14.1) langsir - in process by mum
14.2) perabot - DONE tunggu dihantar

15) PA sistem - abah to proceed
16) Khemah - DONE

Tuesday, April 6, 2010

- 2 months??? -

ok...
lagi 2 bulan untuk bergelar Puan. muahaha... sebenarnya kalau kat kelas 1 orkid tu, dr awal tahun lagi dah budak2 tu panggil aku puan. letih aku nak betulkan.

ok, back to the topic..
sudah boleh mula kalut tak tentu pasal. lagi 2 bulan.
amik cuti khamis dan jumaat. mak sedikit membebel sebab aku amik cuti 2 hari. dia kata tak nak simpan untuk tangan emas ke?hehe...takpela mak...

cuti untuk siapkan segala yang belum siap.

complete & hantar borang ke pejabat agama.
perabot bilik.
confirm untuk booking khemah.
nak print kad yang agak2 tak cukup tu.
nak buat make up test.
nak draf deco2 bilik & tunjuk pada mak.
deco doorgift.

oh!banyak nya keja nak kena buat. cuti dua hari je. adeii...
chaiyok dila!!!


Sunday, April 4, 2010

- entry rojak lagi -

lamenye tak update blog. tp kalau nak update pun bukan ada apa.
cuma sangat sibuk dengan penambahan kerja.

rabu petang selepas meeting dapat lagi kerja buat report.
khamis dan jumaat kena bertugas sebagai penguji untuk ujian TID budak2 sekolah, program dari ISN. tapi jumaat di sk bukit pantai. sampai sesat barat aku dibuatnya. sebab dapat salah info. salah aku jugak sebab tak jenguk google maps malam tu. memang tak ingat langsung. sebab kalut nak buat listname utk tid ni dengan list utk kursus kepimpinan.

lepas tu,dapt rehat kejap kat rumah, berkejar pulak ke klih uyk kursus ni. nasib baiklah tidur semalam je.mau pengsan tenaga aku dikerah macam ni. dengan budak2 yang terlebih gula macam tu. aduh...

isnin selasa sekali lagi sebagai penguji TID di sekolah lain pulak.
big day punya preparation langsung tak jalan. terima kasih.