Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Rawat Tumit Merekah dengan Shaklee



Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering. Masalah ini juga menunjukkan yang kita tidak peka pada penjagaan kaki.




Faktor penyebab tumit pecah:
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Cara atasi
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.




Rawat Tumit Pecah dengan Suplemen SHAKLEE

1) ESP (Protein Soya)
- protein merupakan makanan sel. protein boleh menggantikan sel2 kulit yang mati dengan sel2 kulit yang baru. Ia menjadikan sel2 kulit baru tumbuh dengan sihat.

2) Vitamin E Complex
- Vitamin E memberi kelembapan pada kulit dan membantu menghilangkan parut2 akibat merekah.

3) Herbal Blend
- Losyen serbaguna yang membantu melembap dan melembutkan kulit tumit kaki.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, May 23, 2012

- HB a.k.a hemoglobin -

rutin biasa ketika check-up klinik kerajaan semasa hamil ialah

1. daftar, ambil nombor
2. check darah, check air kencing
3. jumpa nurse atau doktor
4. ambil tekanan darah, berat badan.
5. konsultasi

ok, sekarang nak cakap pasal HB. kepekatan darah yang dianggap normal bagi ibu mengandung ialah di takat 12.00-17.00.. kurang dari itu bermaksud ibu kekurangan darah. aku? dah dua kali check-up, nmpknya catatan adalah di bawah paras yang sepatutnya. tapi nasib baik tak teruk sangat. 1st trimester dulu ok je. start masuk 2nd trimester terus turun.

makanya, nurse pun nasihatkan la aku supaya makan benda2 yang boleh menambah darah. contohnya hati, kerang, sayur peria. tapi nak tekankan kat sini, hati adalah organ dalaman haiwan. sunnah nabi untuk mengelakkan makan organ dalaman haiwan. jadi pilihan yang ada ialah kerang2an an sayur peria. hmmm...alhamdulillah aku ni pemakan semua jenis sayur. so, bermacam cara lah aku nak masak peria yang pahit tu. tumis dgn cili api boleh. rebus atau goreng macam tu pun boleh. cicap kicap potong cili. huhu... yang ni kalau dah malas tahap gaban lah. haha...

nurse pun nasihatkan untuk ambil buah2an. tapi bukan yang mengandungi gula yang tinggi since aku ni ada sejarah kencing manis dari sebelah emak. contoh buah bergula tinggi ialah pisang. buah yang disarankan ialah jambu dan yang masam2. hmm... sejujurnya, aku jarang beli buah untuk simpanan di rumah. selali makan buah potong je. nampak sangat pemalas kan. malas nak mengupasnya. sejak pregnant ni lah baru terhegeh2 nak beli buah2an. huhu...

so, ibu2...ada tak cara lain lagi tak menambah darah. selain makan pil zat besi la..
share2 la ye...

me on my 22w of pregnancy...abaikan latar belakang yg bersepah ye..huahua...

Friday, December 31, 2010

- mitos lagi -

dulu dah cerita pasal mitos senggugut.
kali ni cerita mitos yang saya buat sendiri.
sebab saya ni suka betul duduk sorang2 tu pastu dok pikir macam2. haha...
jangan ikut! bahaya...

mitos 1 - membayangkan kapal terbang itu sangat besar. dalamnya luas boleh lari2 main2. okey, teringat ni pasal baru pertama kali naik kapal terbang pada umur 26 tahun setengah. haha... rupanya, kapal terbang tu dalamnya macam naik bas je. sempit jugak. huhuh

mitos 2 - jgn tidur meniarap, kaki bersabung. nanti mak meninggal cepat. tak sayang emak ke? hakikatnya, memang tak sopan kaki duk bersabung macam tu. kot orang jalan2 tersadung, jatuh ke apa ke?tak ke naya.. lagi satu, ajal maut kan Allah yang tentukan. huhuhu...

mitos 3 - menyanyi di dapur nanti dapat suami tua..
errr...beza 8 tahun, takdela tua kan...?haha..
hakikatnya bukan apa, kot2 tengah syok2 menyanyi, hangit hangus segala kang apa yang dimasaknya tu...huhuhu




to be continued....

Monday, September 20, 2010

- petua dari orang tua2 -

mestilah namanya petua kan kalau dah daripada orang2 tua. kalau daripada orang2 muda sure namanya pemuda.heheh...

ceritanya beemula emasa di kampung itu hari. masa masak2 untuk sarapan pagi dengan mak. mak berpesan....

petuanya begini...
wahai isteri2...hehe

semasa memasak, bacalah surah Al-Insyirah. tau tak yang mana? yang mulanya "alam nasyrah laka sodrok" tu... haa... kalau tak hafal, kena hafal sekarang.

lepas baca tu, selawat ke atas nabi, kemudian berdoa lah supaya kasih sayang suami kepada kita semakin bertambah.

insyaAllah. kita hanya berusaha kan? yela berusaha untuk cari resepi best2, lepas tu memasak dengan hati yang iklas dan tenang. doa tu pulak cara kita bertawakal pada Allah. berkat ajaran orang2 tua, insyaAllah diberkati.

p/s : sekadar berkongsi.