Tuesday, August 31, 2010

- merdeka dan sedih -

selamat hari merdeka Malaysia ke 53.
bukan setakat Malaysia, bahkan semoga diri kita bebas dari segala jajahan yang tidak diingini. merdeka tahun ni tengah2 minggu, so cuti pun sehari je. dan cuti merdeka pertama kali di nilai. SEORANG DIRI!! sebab en.Alang kerja pagi hari ni.isk..isk..

tapi malam tadi...
selalunya dapat tengok bunga api dekat klcc ataupun dataran merdeka. walaupun tak pegi ke sana celebrate, tapi dari tingkap bilik bujang aku tu dah boleh tengok dah. tinagtkan tahun ni tak merasa la nak tengok kemeriahan bunga api sebesar2 tu. rupa2nya, kat taman sebelah rumah aku ni pun ada buat jugak. walaupun sikit, dapatla tengok jugak dengan en.Alang. cantik. tapi sayangla duit dibakar macam tu je. takpela, duit diorang, kita tumpang tengok je...

so, cuti hari ni, duduk rumah je. apa lagi? jadi full housewife la. mengemas apa2 yang patut. jap gi nak kuar carik barang dapur plk.



kenapa tajuk entry ada sedih pulak?
sedih sebab terbaca pasal cikgu. bukan cikgu buat hal ke apa. cuma sedikit komen pasal cikgu. ketidakpuasan hati la tu. entahla, seringkali dalam apa jua isu, cikgu yang diperlihatkan kesalahannya. memang minoriti, tetapi yang minoriti itula yang dinampakkan seperti sebesar gajah.

aku taknak cakap lebih. takut meleret2. padahal dah taip meleret2 tapi delete jugak. huhu ini blog. bukan diary yang boleh disorok2. biarlah. biarlah mereka berkata, menulis apa yang terlintas di hati mereka. kita bukan boleh menghalang. mungkin yang minoriti itu yang menjadi kegeraman mereka. jadi, mari kita meneruskan kerja kita.

enjoy!!!!

3 comments:

zyra said...

sabar sayang.... dugaan jd cikgu mmg besar... tp insyaAllah pahala yg awk dpt tuk jd bekal kesana nt laaaagggiiiii besar... take care k! (^_^)

cik dila said...

thanks zyra...
aminnn...doakan sy tabah ye jd cikgu ni...

cik dila said...

thanks zyra...
aminnn...doakan sy tabah ye jd cikgu ni...