Monday, August 30, 2010

- merdeka 2010 -

Sepanjang dua minggu lepas, sekolah buat program Minggu Merdeka 2010.
macam2 aktiviti diadakan. pertandingan, persembahan. nyanyian. meriah!

paling istimewa tahun ni diadakan pertandingan kelas ceria merdeka. yang mana setiap kelas perlu menghias kelas sempena hari kemerdekaan. apa lagi budak2 ni, penuhla kelas dengan segala saiz bendera. bagus!!

nyanyian lagu patriotik pun semangat. tapi yela budak2 sekarang ni kurang pengetahuan psal lirik lagu patriotik ni. mungkin kurang pendedahan di rumah. macam aku dulu kecik2, memang suka dengar lagu2 patriotik ni. secara peribadinya aku memang sangat patriotik. haha... apatah lagi bila ada pertandingan2 sukan yang melibatkan atlit negara. muahaha... semangat menyokong dengan abah kat depan tv. syahdu mode..

pagi tadi, penutup minggu merdeka tu. saja aku buatkan video lagu tanggal 31 dengan gambar2 sepanjang minggu merdeka. hehe...

layan....







No comments: