Thursday, August 12, 2010

- ramadhan moment -

ramadhan kali ini sungguh bermakna.
ramadhan pertama sebagai seorang isteri walaupun..... sambung sendirik..

tapi ramadhan2 yang lepas pasti dikenang dan disemat dalam hati.
korang mesti ada momen ramadhan tersendiri kan.. mesti macam2 punya cerita lah. ada yang sedih, seronok, kelakar, sayu. MMA...

aku dok teringat bulan pose masa kecik2 dulu.
mak abah memang dah ajar anak2 untuk berpose seawal umur 6 tahun lagi. fuh!! memang mencabar.

yela kan...budak2. tau jela.. nak main je kejenye. dah main sure penat. macam tu jugak la aku. boleh pulak diam2 duk cengkelat pose. dulu rumah aku dalam sekolah. nak kata kuaters bukan kuaters. tapi rumah sebelah bangunan utama sekolah lah.

masa mak belum balik lagi, aku dah cepat2 balik, terus menuju ke dapur, ceduk air minum. slurrpppp..... air kosong pun sedap woo!! haha... keji sungguh1 menipu je kejenye... lepas tu buat2 letih pasal taknak tolong mak kat dapur masak lauk berbuka. ya Allah jahatnya aku masa tu. anak2, jangan tiru perbuatan ini. amaran!!

setiap kali ramadhan tiba, pasti peristiwa tu yang aku dok kenangkan. dah buat salah, memang selalu terkenang la.. huhuhu....

ramadhan semasa kat asrama dulu pun best jugak. tugas menghidang digilirkan mengikut dorm. lepas hidang, tadarus sekejap kat surau. lepas bebrbuka tarawikh jemaah. sahur pulak, kalau rajin. tapi aku setiap hari sebab perut memang kena sahur. kalau tak, tak tahan. melainkan bendera jepun berkibar.
haih! best pulak berpuasa ramai2 dengan geng dulu2... rasa nak kembali ke alam sekolah la. main2 je kejenye...

sekarang ni, pertama kali sebagai suami isteri. walaupun duk asing, tapi terasa jugak kelainannya. dulu tak kisah pun orang nak makan apa, janji diri sendiri cukup makan. haha... sekarang, kita duk ingat orang tu sahur apa la kat tempat keja. padahal tahu dah, bukan dia takleh keluar carik makan. huhu...

korang pulak macam mana? mesti ada jugak kan. share2 la...

p/s : rindu la...

3 comments:

farahfatihah said...

bila teringat zaman kanak time puasa pasti senyum sendiri..huhuhu seronok!

Jamiel said...

Memang seronok ms kekecil dl..
Ngah nakal la katakan..
Tp bl dah kahwin ni, mmg lain la rasa..

cik dila said...

kan??betul3...seronok.

dulu org bertanggungawab atas kita, tp sekarang, kita ada tanggungjawab pd diri sendiri dgn orang lain plk...