Monday, July 19, 2010

- tips di rumah mertua -

semenjak bertukar status ni, entry pun banyak berkisar pada topik yang berkaitan la kan..hehe
khas untuk individu yang beru bertukar status, terutamanya penulis blog sendirik. haha...

tips semasa di rumah mertua.
ok, kumpul2 dari macam artikel, pendapat, pandangan. meh kita bincang sama2...
ini untuk yang pengalamannya macam aku la ye. pertama kali mahu bermesra ketika kenduri kahwin.

1. jaga pemakaian
tau ler kat pekan tu hang duk pakai jeans, tshirt segala..rockers katenye...tapi tak payahla bawak perawakan tu kat umah mertua.takdela nak kata hipokrit. lain pulak la kalau mak mertua sama2 rockers..hehe eh, ada tahu?jangan pelik...

2. rajin
kalau tak rajin kat umah sendiri, buat2 la rajin kat sana. sure korang pun jadik rajin lepas tu. hehe.. tolong2 ler sidai kain ke, sapu ruang tamu ke. apa2 je la. sambil2 tu menyembang la ngan mak ayah tu. dengan kakak dia ke.. time masak tu, boleh belajar masak sekali. lagi2 kegemaran encik suami. sangat bagus ni idea!!

3. ketahui rutin keluarga mertua

rutin makan tengahari, malam. rutin tengok tv. rutin bangun pagi.
segala rutin lah.. makan sekali ke, makan asing2 ke. kalau tme makan tu nak kena ada apa atas meja. kalau tengok tv, tahap suara tv tu tinggi mana. hoh! pemerhatian kena peka dan tinggi ni.. awal2 memang kena, kalau tak habisla... ni boleh tanya suami sebelum buat apa2..

4. buah tangan
sekali sekala balik sana tu, bawakla apa2 yang patut. buah tangan yang sesuai macam buah ke, kerepek ke. kain baju pun ok. kata kl syurga kain ela.haha...eh, betulla..lagi2 nak dekat2 raya ni. pi carik cepat! boleh jugak tanyakan suami yang mak dia suka yang macam mana2. korek2 sikit maklumat tu...

5. ramah
jadik la ramah sekejap. ajak2 bersembang. bergelak ketawa. anggap macam sembang dengan keluarga sendiri.

6. fikir positif
biasalah kalau yang duduk berjiran ramai ni. confirm!! kalau menantu balik, sure jiran2 ke, sedara2 ke ada duduk2 menyembang. kalau tak kena gaya, ada juga yang kena kutuk straight to the point. no belok2 punya. tak puas hati la, komen ini la. buat tak peduli je. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. nak lega kan hati, rujuk pada mertua. bukan buat kesimpulan sendiri.

7. bangun pagi
haaa...korang selalu pas subuh je naik katil balik, kan...?jangan tipu! haha...aku pun kadang2. tapi kat rumah mertua, janganlah diamalkan. kalau boleh bangun seawal mertua. lepas subuh tu, terus masak air ke. buat sarapan ke. kan elok tu.

8. paling penting! ajaga pertuturan.
kadang2 mulut kita ni tak boleh dikawal. lidah tak bertulang. jadi belajar2 kawal pertuturan. bercakap dengan sopan. lembut. senyum.

ok, setakat ni dulu. kalau ada lagi, kita bincang2 lagi ek..

8 comments:

farahfatihah said...

kena mula belajar pakai kain batik ni huhuu

cik dila said...

haa farah..blaja2. hehe...

kay kamal said...

dang my house nye org2 umah sume jnis nightie and lakinye boxers je,baju campak buang..yg kuar toilet tak bwk towel slambadak jalan pon ada kat my house..

akan culture shock bile kat umah mertua yg sume org pakai either kain batik or trackbotts panjang..dang~

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Err nak mencelah komen Kay kat ats ni dulu..Kay, kamu ni lawak la.kena belaja pakai kain batik mulai saat dan detik ini jugak. Hehehe

Tapi betol la..kalo suami org kampung memang byk jgk nak kna alert n jaga..mak mentua saya awal-awal lg dah tanya "ada bawak kain batik x? Kalau tak de pakai mak punya." See??Kain batik tu penting amat..nasib baik saya bawak..selai.Hehehe

cik dila said...

kay >> hehe...suami pn kdg2 pakai boxer je kat umah. selamba dier je even ada anak buah pempuan. tp sy tetap jadik gadis melayu di sana..berkain batik.hihihi....

wan >>betul3...tp sy pulak tertinggal telekung kat kete abang ms bertandang tu. adeh! tah apa pulak mak fikir sbb pinjam telekung dia ari tu.huhuhu....

Yus & Tie said...

Bukan senang nak sesuaikan diri dgn famly mertua.memerlukan kesabaran dan amik masa.yg penting byk bersabar.x semua beruntung dpt famly mertua yg sporting.kalu mertua sporting.karenah biras2 plak.adoiiss.

aCik GeE cHoMeY said...

kikiki..
klakar la awak dila...
x pe..nnti belajar ek..
:-)

cik dila said...

yus&tie >> betul2...mmg kene byk sabar..yela kita bukan nak duduk 2-3 ari je mcm keluarga angkat...kenal tu utk sepjg hayat kita,kan..yg penting blaja adapt dgn suasana...

gee >> ish,mn de klaka...cite btul ni...huhu