Sunday, July 25, 2010

- berpesta ujong minggu -

heheh...
jangan pulak korang ingat aku kaki pesta. tak pasal2 je mencemarkan nama sendiri. ecewah... berpesta di sini membawa maksud bergembira sakan dengan encik suami tercinta. haha... skema je ayat.

setelah lama tidak berhujung minggu bersama, kali ni lepas geram la. ngeh3... merayau je kejenye. bermula petang jumaat lagi, kami berjalan-jalan cari makan dulu, isi perut. makan mee rebus dengan cucur udang di nilai. peh tu, cuci kereta encik suami. selesai, kami balik rehat2 dulu.

pagi sabtu. eh! tengahari sebenarnya. lepas pekena nasi lemak, merayau ke puchong untuk memburu mangsa. mangsa2 kami adalah kedai2 perabot. mula2 cadangnya nak pergi shah alam, tapi cancelled. lepas tu nak pegi cavenzi balakong, pun tak jadi. sebab aku call abang, dia kata kat puchong lagi banyak kedai n pilihan. so, bertukar hala lah kami ke puchong.

mangsa sudah dijumpai di puchong, tapi kena masuk dalam list perbincangan lagi. berjalan2 lagi kami ke petaling jaya. isi perut lagi dengan nasi kandar kayu. melerts!!!

mangsa kedua, cavenzi di pameran perabot LDP. pun masuk dalam list perbincangan. siap akak ngan amoi tu bagi kitorang biskut ngan air lagi. macam beraya pulak. mana taknya 2jam kitorang kat dalam tu. customer lain dah bape kali keluar masuk, kitorang dok melepak2 pikir2 dalam tu. haha...

antara yang menjadi pilihan...
tapi, bila masuk showroom yang lain, rasenya kami yang bakal menjadi mangsa. harga tak hengat!! terus tak jadi. berpinau mata menengoknya..oleh kerana menekankan objektif "selesa, smart dan jimat", kami decide untuk pikir2 lagi. yeah!!banyak tempat lagi nak usha ni.

habis mencuci mata, kami terus ke F1 circuit. melayan drag battle. and that's remind me pada kawan tempat keja lama, yang soh aku melayan video drag battle jempol version. kat sepang sampai pukul 12. tak habis lagi, tapi dah tak larat. ajak en.Alang balik. kang dia jugak yang letih, esoknya nak keje.

ahad.
membuang masa di rumah mengadap en.Alang.. nanti rindu lagi.hehe...
dan sekarang, baru dua jam lepas berpisah. aku sudah mula rindu dia. huhu....

2 comments:

aCik GeE cHoMeY said...

eleh...rindu ek...
mmg kan..
dekat mmg la rindu..
biler da jauh...bertambah2 rindu kan..:-)

cik dila said...

hehe...gee.mmg la...hari2 rindu.