Monday, July 12, 2010

- panduan miliki skill memasak hebat & sedap -


haa... orang tua2 pesan, kalau nak ikat suami, pakai air tangan. bukan air basuh tangan.. maksudnya, rajin2 la memasak yang sedap2 biar suami selalu je makan kat rumah. kalau dia makan kat luar, dia dok teringat2 masakan si isteri. tapi macam mana pulak kalau si isteri tak tahu memasak. tu pasalla orang kata sebelum kahwin tu, penuhkan ilmu rumahtangga. bukan takat nak jaga penampilan diri je. rumah, dapur semua kena ambil tahu. tahu?

mula2.

panduan untuk memiliki skill memasak yang hebat la kan. dah awal2 lagi cakap pasal ni. so, entry ni pasal ni la.


1. masuk dapur seawal umur 9 tahun.
wah!!bukan masuk dapur nak basuh tangan jenguk lauk mak masak je. belajar sekali. sungguh! dulu aku kena paksa dengan mak seawal darjah 3 lagi. belajar sukat air untuk tanak nasi. masak air tu dah memang selalu la.

2. intai2 apa yang mak masak setiap hari.

intai untuk belajar. mula2 masuk apa. lepas tu masuk apa. kang ada yang duk jerit dari dapur panggil mak kat ruang tamu, tanya lepas masuk bawang nak masukkan apa..haha.
lepas tu, tengokla cara2 racik bawang. potong sayur. siang ikan. sekurang2nya la..

3. ringan mulut.
biar banyak tanya, jangan banyak mulut. kalau tak tau tu tanya. jangan nak memandai. ada pulak karang yang masukkan garam segenggam untuk sayur yang untuk dimakan 4 orang. nak membunuh namanya tu. huhu...


4. selak resepi.

kalau rajin tu, beli lah majalah yang ada selitkan resepi2 kat tengah2 tu. boleh la cuba2. untuk diri sendiri dulu. kalau sedap buat untuk family pulak. kan? bab ni aku terima kasih sangat2 kat mak yang suka beli majalah seumpama ini. buat aku suka makan. dah suka makan tu, kenala suka masak. abih nak harap mak masak untuk kita. banyak cantik!!

5. rajin mencuba.

kalau tak rajin, sampai sudahla ko masak tak jadi apa. sendiri tepuk dada, sendiri jawab la.huhu...


p/s : mak, tima kaseh sbb paksa kaklang masuk dapur. kalau tak, taktau la jadik apa. even tak sedap sangat, tapi bolehla wat menjamu makan tengahari kat kampung.hehe....


5 comments:

nadeera said...

saya pun bukan reti masak sgt pun..main bedal jer..janji saya masak..hahahah tapi setakat nie,takder la org keracunan sbb mkn makanan saya..hahahah so kena belatih lagi la jawabnyer..

cik dila said...

itu la nadeera..sama la kita.
amaran utk diri sendiri jgk ni..hehe
masak ni kena selalu, kalau tak skill tu ilang...huhu

PUAN THALHA : said...

ala..dear. camana neh. susah nak pratikkan tue. masuk uni duduk hostel dah 5 tahun setengah. adui. [kire alasan ni bley la ek? ] hehee

Hasnah said...

asna bru nak pergi pasal malam jap lg nk beli bahan mentah / basic utk masak hehe ;)

cik dila said...

thalha >> sama la kita...dhla jarang blk kg..tp bile blk tu byk plk kenduri,mn nak masaknya..huhu...
eh, alasan tu tak kire la..haha...

asna >> bagus2...kalo kite beli siap je hehe...takpe,duk bujang lagik..terkecuali haha...