
orang kata....
siapa yang senggugut, kawin cepat2. nanti hilangla senggugut tu. huh!karut. semua itu karut. tak hilang pun. ada je lagi ni.
dulu2...
masa sekolah. duduk asrama. tiap kali bendera jepun. confirm aku lari balik dorm. pasal tak daya nak menahan sakit tu. sampai menonggeng2. kalau orang kata frust menonggeng tu, macam tu la aku masa bendera jepun berkibar. ada sekali masa form 2, dah tak tahan sangat ajakla member sorang temankan pegi mintak kebenaran warden nak balik asrama. masa jumpa warden tu, dia yang kalut sebab tengok aku dah pucat tak berdarah. sampai dorm terus tido sampai petang.
ada pulak sekali tu, aku tuang kelas, tido kat bilik BI sebab tak boleh balik dorm. merengkok tahan sakit.
ada yang cakap..
"ko ni, asik senggugut je. lepas ni cepat2 kawin. cepat hilang."
banyak la kamu!! aku dah kawin ni, takde maknanya hilang sakit tu. sama je. mitos sungguh! (eh, takdela pulak aku psang niat kawin sebab nak hilangkan senggugut..haha..)
kadang2 sakitnya memulas2. boleh buat kita masuk keluar tandas berkali2. seksa woo... ada pulak yang sakit biasa2 je. cuma tanda2 macam sakit pinggang. breast membengkak. macam2 sakit perempuan bila bendera jepun berkibar ni.
ada yang sakitnya datang sebelum waktu sebenar. ada pulak yang datang semasa waktu sebenar. bergantung pada empunya body.
jadi, para lelaki. kamu mesti faham ini. ada masanya perempuan akan menjadi begitu emosi. marah. sedih. kuat merajuk bila tak kena waktunya. pandai2 la kamu melayan.
p/s : mahu tenang
.