Saturday, April 26, 2014

~Kepentingan Asid Lemak Perlu untuk Merangsang Minda~

Di zaman serba mencabar dengan pelbagai fenomena, sering ibu bapa risau akan anak2 masing2.
Sama juga dengan saya. Anak di rumah, anak2 di sekolah. Lebih2 lagi bila mengajar di bidang pemulihan khas ni. Berdepan dengan anak2 yang lemah ingatan serta kurang cerdas akalnya. Semuanya menuntut saya untuk membaca lebih tentang perkembangan otak anak2 yang perlu dipupuk sejak dari dalam kandungan lagi.

Pemakanan yang baik bukan sahaja penting untuk kesihatan dan tumbesaran secara fizikal, tetapi juga sangat penting untuk perkembangan otak seseorang. Perkembangan otak yang optima yang bermula di peringkat kehamilan boleh dirangsang dengan pemakanan seperti asid lemak perlu. Tubuh kita tak boleh menghasilkan asid lemak, so ia perlu diambil melalui pemakanan harian. Pengambilan asid lemak perlu ini penting untuk menyokong perkembangan dan fungsinya yang normal.
Kekurangan asid lemak dikaitkan dengan masalah tingkahlaku dan pembelajaran kanak-kanak, seperti ADHD (masalah kurang tumpuan dan hiperaktiviti), disleksia dan autisme serta mengganggu sistem penglihatan.

Asid lemak omega-3 dan 6 meningkatkan fleksibiliti dan kebendaliran membran (terutama dalam otak) yang penting untuk pengisyaratan sel yang optima. Penglihatan dan perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dipertingkatkan dengan memberi makanan yang mengandungi asid lemak perlu, manakala pengambilan ikan semasa hamil boleh membantu kesihatan otak dan penglihatan bayi.

Untuk kanak2, asid arakidonik (AA), asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid gama linolenik (GLA) adalah penting dalam pembentukan dan perkembangan sel saraf otak dan mata. Asid-asid lemak perlu ini penting dalam merangsang kecerdasan minda, memandangkan ia memainkan peranan penting dalam transmisi isyarat antara saraf.

Sumber http://www.utusan.com.my/



Shaklee juga ada menyediakan suplemen yang sesuai untuk perkembangan dan merangsang minda iaitu Omega Guard .


Harga Omega Guard RM136(sm) RM140(ss) exc postage






#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

No comments: