Wednesday, April 23, 2014

~Tips Untuk Meningkatkan Daya Tahan Tubuh~

Musim yang tidak menentu kebelakangan ini sering menyebabkan kita diserang pelbagai penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Walaupun ia hanya gangguan kecil, namun ia boleh mengganggu aktiviti seharian kita dan boleh membawa kepada lebih mudarat.


Pun begitu, ia boleh dicegah dengan meningkatkan daya tahan tubuh kita ataupun sistem imunisasi tubuh. Ni nak share pasal cara-cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar imunisasi tubuh kita. Jom baca...

1. Membaca Al- Quran



Kajian menunjukkan bahawa membaca atau mendengar Al-Quran boleh memberi kesan yang baik kepada sistem imunisasi tubuh wanita yang sedang hamil. Ia boleh meningkatkan lagi sistem kekebalan tubuh si ibu.


2. Urutan 



Urutan yang betul adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengeluarkan racun-racun dari dalam badan agar tubuh lebih tenang. Daripada mengubati, lebih baik kita manjakan diri dengan urutan.

3. Berehat 



Stress boleh menurunkan daya imunisasi tubuh kita. Carilah waktu untuk rehatkan diri dan tenangkan fikiran.

4. Ketawa 



Cuba lebih terbuka minda di samping itu bercerita dan dengarkanlah lawak jenaka atau humor. Ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi dengan cara menurunkan kadar stress dan kecemasan. Selain itu, ketawa boleh meredakan ketegangan otot dan menigkatkan pengambilan oksigen.

5. Tidur



Tidur nyeyak  selama lapan jam sehari juga boleh meningkatkan system pertahanan tubuh. Kurang tidur boleh meningkatkan kadar hormon stress yang seterusnya akan melemahkan system imunisasi.

6. Senaman 



Senaman berfungsi untuk menignkatkan hormone-hormon yang menguatkan imunisasi tubuh. Selain itu, olahraga juga merupakan cara yagn baik untuk mengurangkan kadar stress.

7. Minum air putih



Minum air putih merupakan langkah penting untuk mendapatkan kulit sihat. Kulit merupakan antara pertahanan pertama tubuh dalam melawan jangkitan luar. Air putih juga membantu proses detoks tubuh kita.

8. Makan sihat


 Mereka yang obes dinyatakan lebih sukar melawan jangkitan penyakit, jadi lebih baik mempertahan berat badan ideal dengan menerapkan pola makan yang sihat. Ambillah diet kaya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.





Shaklee juga ada suplemen untuk meningkatkan imunisasi iaitu Vitamin C SR, Vita C Chew (untuk kanak-kanak) dan Nutriferon. Untuk lebih baik, boleh amalkan Vivix. Nak tau lanjut.... hubungi saya ye..



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

No comments: