Tuesday, February 16, 2010

- ini barula dikatakan "bajet kecik, selera beso" -

selepas berdating dgn kawan2, berdating pulak dengan en.Alang..mengambil kesempatan sale CNY untuk membeli barang2 hantaran yang masih dalam proses untuk diselesaikan. (wah...skema gitu..)
siap pesan awal2 dengan en.Alang "awak,objektif keluar hari ni mesti dicapai." pastu mula la dia buat muka. haha aku suka..sebab en.Alang tak suka di push2 untuk memilih barang2 kesukaannya. nasib ler awak. kena jugak, kalau tak taktau bile lagi leh ada sale murah macam CNY ni. dah lepas kawen ada la kot. YES pulak kan..

mula2 cari makan dulu. kesian dia. banyak kali teringin nak makan mee mamak lori kat usj, tapi tiap kali pergi lori tu tak bukak.. sudahnya makan fastfood jugeekkk.. dan2 tu jugak kitorang decide pegi pyramid sbb dah alang2 dekat ngan usj tu. terus terkam kedai spek. duk belek2 rayban tu. tapi tak angkat jugak. haih!letih tau layan en.Alang ni..

jalan punye jalan, dapatla jugak shirt and jam. (syukur aku yang lega. psal dah tak larat nak pikir, bile lagi nak kuar beli barang..walaupun!...harganya mak aii...) sekarang tinggal lagi kasut dgn shade kesayangan dia tu. pah2 ni la pulak. barang aku pun tak abis setel lagi ni.. adeii...

pas cari barang, gi alamanda pulak. memang merantau je aku weekend ni. utara selatan timur barat aku jelajah. makan2, layan movie. balik... lega!

layan la gelagat en.Alang.. candid!!

ahad pulak. join the slissians pegi wedding hanis di bukit jelutong. apa yang sedihnya, lepas ni hanis ikut her husband duk dubai sbb husband dia tu pilot of qatar airways. sedih nak berpisah ngan family n kawan2.. we wish u best of luck, anis.. muahh...

btw, i just love the deco la..sweet nye. (apsal la aku skang ni, asik2 sweet. boring sungguh!) ini la bahana orang nak kawen kan. poyo jek lebih..haha...

just love the fresh flowers...
presenting our sweet fren pn nurhanis....
semalam, sembang dengan mak abah pasal kenduri. abah dah decide untuk tidak jadi menggunakan katering. psal orang2 kampung sudi untuk kejubus bersama2.. alhamdulillah. but abah cadangkan untuk sediakan t-shirt n baju kurung untuk orang2 rewang. hmm... kena menjelajah lagi ni. (aku cadang nak bagi rosette je.huhu...cancelled!)

now, still looking for kotak hantaran, kotak mengkuang, maathurat and...the new one. kain mcm dalam gambar bawah ni untuk bungkus buah. where huh!

p/s : makin dekat, makin sempit ruang masa dan duit.huhu....



4 comments:

zuriani said...

hi cikgu dila.. kita setuju ayat awak yg last, makin dekat, makin semput ruang masa dan duit..hehe selamat ber-planning gitu..

cik dila said...

aii dear...
kan??mmg sgt semput.awk lagi la kan..dh dekat sgt tu..huhu
smg selamat semuanya ye.. ;)

hani:hafiz said...

kain yg nk buat punjut tuh bersepah2 kat kedai bunga.. law kt sg besar aku cadangkan kedai Memory.. ye kot. aku pon xingat nama kedai die.. tp sebaris dgn kdai Rika.. servis ok hrga pon boleh runding..

cik dila said...

yeke?haha...tu la..tak penah nak tau hihihi...masuk list lagi.