Thursday, October 7, 2010

- mee ladna -

post tertunda.

menu semalam....
mee ladna. ini sebab ari tu makan kat umah kawan en.Alang, Jai. isterinya buat mee ladna. sedap. so, duk teringin, konon nak minta resepi dari dia. sampai sudah tak tertanya. aku punya tak menyabo, menggagau la surf kat interner. en.Google kan ada. eheh...


Bahan
  • mee kuning
  • ayam potong kecik2
  • daging
  • sotong
  • udang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hitam
  • baby corn
  • bunga kobis
  • tepung jagung
  1. untuk mee kuning, panaskan sedikit minyak. masukkan meekuning yang sudah dibasuh. kemudian masukkan kicap pekat@manis. siap diasingkan.
  2. untuk kuah. memula, tumis bawang merah dgn bawang putih sampai wangi.
  3. kemudian masukkan ayam dan daging, tumis sampai empuk.
  4. masukkan sedikit kiub ayam knorr.
  5. masukkan air, masukkan udang dan sotong.
  6. masukkan lada hitam yang ditumbuk.
  7. masukkan sayuran yang diingini.
  8. perasakan dengan garam secukup rasa.
  9. masukkan bancuhan tepung jagung dan air untuk pekatkan kuah.
  10. siap. boleh makan.

sebenarnya, boleh masukkan sos tiram, tapi sebab takde dalam stok, so takdelah aku masukkan. gunalah apa yang ada dalam simpanan. alhamdulillah sedap jugak.
en.Alang pun suka.

senyummmm.....

2 comments:

Jamiel said...

Mesti sedap kan..
Boleh try ni..
Nanti suruh wife tlg wat..
Thanks for the menu..

cik dila said...

sedap en.Jamiel...hehe
ur welcome...nk suruh tiap mggu pn boleh..hihi