Saturday, April 7, 2012

- butter prawn -




akhirnya...!!!


ku berjaya mencantikkan butter prawn...hehe ni 2nd trial. yang dulu tak menjadi langsung2...buat bahan gelak enAlang je. kali ni try sorang2 kat rumah. enAlang keje. ikut cara betul2. alhamdulillah. menjadi la jugak. tp sedikit masin la. mungkin lepas ni kena guna butter unsalted. baru rasa dia ok kot. ke lidah aku ni memang tak tahan masin? haha tak tahu lah...


merata resepi aku redah blog2 orang.. sudahnya, aku gabungjalin (dah macam P&P kat kelas la plk) resepi yang aku skodeng. buat resepi dan cara sendiri..


ni resepi aku ek...


Butter Prawn


5 ekor udang saiz besar
serbuk kari
garam
serbuk kunyit
2 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair
sebatang daun kari
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)

3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Cara2

1. perap udang dengan garam, kunyit dan serbuk kari.
2. pukul kuning telur dengan susu cair.
3. panaskan minyak dengan mentega. pastikan mentega cair dan kuali betul2 panas.
4. tuang kuning telur dengan cara, tangan kiri pegang mangkul telur, tangan kanan pegang garpu untuk kacau telur tu dalam kuali. kacau secara berterusan, dan tuang telur tu jangan sampai putus.
5. bila sudah kuning keemasa, angkat dan tapiskan telur tadi.
6. tinggalkan sedikit minyak. masukkan udang, bawang putih, daun kari dan cili padi. goreng sehingga udang masak.
7. angkat dan toskan.
8. gaulkan dengan floss telur tadi.
9. siap untuk dihidang.
10. masuk mulut, kungah2 dan telan..hehe...

jemputtt....




2 comments:

dinashuz said...

wahhh i pernah try ni tapi my eggs tak jadi floss hehehe jadi ketul2... i tgk kat youtube drg kacau laju2 hehehe penat!

cik dila said...

mmg yang...kene kacau laju2 smpi lenguh tangan..dgn panas kuali lagi..sbb kuali kena panas betul baru tak jadi ketul..try la lg..
i balas dendam ni, 1st time dulu tak menjadi..hehe