Monday, December 9, 2013

~Masalah Ketika Hamil~

 Tentu seronok bila mendapat khabar berita yang dinanti-nanti. Apatah lagi setelah menunggu beberapa lama. Macam saya dulu la. Setahun lebih menanti. Bila dah dapat khabar tu, mesti lah kena berhati2 selalu. Jaga makan, adab tingkahlaku. Tapi memang takkan lari dari masalah. biar kecil atau besar, kan?

Ni nak kongsikan masalah2 ketika hamil.

 

Antara masalah biasa ketika hamil adalah:

1. Cirit-birit
Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.
 
2. Pening secara tiba-tiba
Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.
 
3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
 
4. Morning sickness
Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.
 
5. Water retention
Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

Sumber:Pa&Ma

Untuk melengkapkan keperluan ibu dan anak semasa hamil, Shaklee ada mencadangkan Set Ibu Hamil
Lengkap untuk ibu dan anak dalam kandungan. Semoga anak yang dikandung akan lahir dengan sihat.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
 

No comments: