Ini adalah kerana anda sedang mengalami fasa penyembuhan. Badan sedang bertindakbalas dengan suplemen yang diambil. Kat sini saya nak sertakan Q&A tentang krisis penyembuhan.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut
Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila
kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas
dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ
badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan
tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang
menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti
besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat
atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada
dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk
serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.
Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih
baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau
makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang
akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi
hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata
petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang
sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang
sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat
tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu
berlaku
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang
adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan
sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain
hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza.
Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis
penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan
kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3
hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas
mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan
tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan
pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya
(cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.)
sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
- Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
- Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
- Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
- Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
- Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
- Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
- Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
- Rasa sakit pada otot dan sendi. Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
- Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
- Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
- Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
- Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan
- pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
- banyak
- Lapar, Pening. Tekanan darah rendah, anaemia
- Loya, sembelit, tersedu. Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.
- Edema (membengkak). Masalah buah pinggang.
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
No comments:
Post a Comment