Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten
tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang
terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat
mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel,
tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan
phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat
antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10
kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular
berbanding resveratrol tunggal*
Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang
paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol
yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain,
anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins
dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur
muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. *
Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar
kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap
bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan,
manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk
menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan
dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan
selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan
pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan
terhadap tahap kesihatan manusia *
Q : Apakah resveratrol?
A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan
semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan
buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah.
Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan
kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di
samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh
melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik
jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan
positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *
Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap
hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula
jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan
oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui
resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang
diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa
campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih
berkuasa daripada resveratrol*
Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang
telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci
mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari
menyediakan sokongan antioksidan*
Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap
hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari).
Goncang sebelum diminum.
Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan
apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang
dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.
Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian
produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama
sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap
harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.
Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara
Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan
tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu
yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau
penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat
mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau
perunding kesihatan profesional.
Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?
Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
No comments:
Post a Comment