Saturday, January 23, 2010

- cerita prep 1 -

yeay!!settle lagi 1..tadi pegi fitting baju nikah..baju yang kaler ungu itu. (ungu??) bak kata aufa, kenapa nikah kaler ungu?bukan selalu kaler putih ke? (sebab baju kawen nak kaler putih..haha)

memula semalam pegi kat semua house. tapi tailor dia takde. tau kat sana ada butik sebab aritu pegi sana masa nak beli barang untuk bunga telur. tapi tengok harga2 nya mak datok...quite mahal jgk la.
lepas tu kak ramiah suggest pegi kat medan mara sebelah pertama kompleks tu. call kakak pun, kakak cakap kat situ banyak. (haha...aku taktau pun kat situ ada banyak butik2 baju. boleh? macam bangunan mara kat kampung la. apa punya orang la aku ni.. ok, aku jarang berjalan usha2 bangunan kat kl ni.) jalan punya jalan (belasah je ikut hala kaki..) masukla 1 kedai ni. tak besar. bila tanya, harga pun ok. ok lah tu. haha... aku senang je. asal ada dan boleh siap, fine with me. bukan nak design cantik mana pun setakat kurung moden. cukupla bersederhana. (ehemmm...jimat!)

cuma yang aku takut, saiz tak fit masa hari betul nanti.huhu... sekarang pun macam dah naik je. macam mana ni??takuuttt... (agak2 en.Alang perasan tak badan dah naik?sebab dah lama tak jumpa dia ni..huhu)

sempat jugak usha kad kat sana.tapi mak aii...mahal2 la pulak. ni kena pegi jalan brunei balik ni. amik order kat sana je.

list banyak yang merah lagi ni. bila nak tanda rait ni??

4 comments:

NahWaL said...

wah wah, dari brunei ke yang? besss!! ai like!

cik dila said...

haih..bkn dr brunei dear...
jalan brunei je..hehe...

muhammad syahmi said...

ingatkan prep tu prep macam kat sekolah dulu.. rupenya preparation nak kawen.. heheh.. ble dila tarikh keramat yanng dipilih..

cik dila said...

hehe...maksudnye sama kan..
insyaallah 6jun...