Monday, May 31, 2010

- kawin sponsor?? bestnye... -

memandangkan kita di zaman millenium. segala perbelanjaan meningkat. dari sekecik2 benda sampailah ke sebesar2 benda. macam tu jugak hal nikah kawin. sebenarnya apa2 program pun, belanja kosnya adalah tinggi. nak murah? tunggu air hujan je la. huhu..

balik pada nikah kawin ni.
sekarang ni pun paling koman kena 10K. jangan tipu. ok. aku kurang dari itu. tak tipu.
ada yang lain pun, sure org tu dah tak hairan dah sebab pendapatan dia pun dah lebih dari cukup. itu pun masih ada yang dapat sponsor bila nak kawin. untung.

yang tak untung? yang tak cukup duit ni la. takde sponsor. kena lagi buat pinjaman. oh! payah tu. harap2 tak jadilah pada kita ye.

sponsor.
macam2. dari baju sampailah ke barang2 hantaran. best woo... takyah keluar duit langsung. pilih je nak kain apa. design mana. tailor mana. duit orang lain hulur. " takpe, papa belanja" "yang ni mama bayar, ok je" tidak pun. "takpe2..i tanggung semua" weee..... lompat sakan aku kalau dapat macam tu. malu? watpe nak malu? haha.. ok, tipu. aku malu. lompat kecik2 je. itu kalau akula yang dapat sponsor tu.

tapi sponsor kena tengok jugak. kadang2 ada sebabnya orang sponsor. takkan la kosong macam tu je kan. mungkin la sebab nak membalas budi. macam selalu orang kata. hari ni hari aku, esok lusa hari aku. gitulah.

tapi kadang2...(tapi lagi...) sponsor ni selalunya tak seperti yang kita inginkan. yela, kita nak lain, tapi yang disponsor yang lain. nak tolak, orang kata demand la pulak. menolak rezeki. nak terima, tak kena selera pulak. macam mana tu. ada cara? tak kisahla nak tolak ke nak terima. tepuk dada tanya selera.

yang penting sebenarnya, akad itu sendiri. besar kecil nilai majlis tu, biarlah empunya diri saja yang tahu. ye tak. insyaAllah dengan berkat restu mak ayah dan keluarga, semuanya selamat2 saja.
Amin.


2 comments:

~ thalhazlin ~ said...

besh kan kalau w-day di sponsor. uhuk. tapi me keluar duit sendiri. 95% sendiri. 5% je sponsor. *sob-sob*. walaupun sedy tapi bangga sebab dapat kawen dengan hasil titik peluh sendirik. hee

cik dila said...

itu la kan,thalha..seronok sbb tak payah keluar duit. tapi lebih puas bila kita tgk hasil tu adalah dari titik peluh kita sendiri..=)