Wednesday, May 23, 2012

- HB a.k.a hemoglobin -

rutin biasa ketika check-up klinik kerajaan semasa hamil ialah

1. daftar, ambil nombor
2. check darah, check air kencing
3. jumpa nurse atau doktor
4. ambil tekanan darah, berat badan.
5. konsultasi

ok, sekarang nak cakap pasal HB. kepekatan darah yang dianggap normal bagi ibu mengandung ialah di takat 12.00-17.00.. kurang dari itu bermaksud ibu kekurangan darah. aku? dah dua kali check-up, nmpknya catatan adalah di bawah paras yang sepatutnya. tapi nasib baik tak teruk sangat. 1st trimester dulu ok je. start masuk 2nd trimester terus turun.

makanya, nurse pun nasihatkan la aku supaya makan benda2 yang boleh menambah darah. contohnya hati, kerang, sayur peria. tapi nak tekankan kat sini, hati adalah organ dalaman haiwan. sunnah nabi untuk mengelakkan makan organ dalaman haiwan. jadi pilihan yang ada ialah kerang2an an sayur peria. hmmm...alhamdulillah aku ni pemakan semua jenis sayur. so, bermacam cara lah aku nak masak peria yang pahit tu. tumis dgn cili api boleh. rebus atau goreng macam tu pun boleh. cicap kicap potong cili. huhu... yang ni kalau dah malas tahap gaban lah. haha...

nurse pun nasihatkan untuk ambil buah2an. tapi bukan yang mengandungi gula yang tinggi since aku ni ada sejarah kencing manis dari sebelah emak. contoh buah bergula tinggi ialah pisang. buah yang disarankan ialah jambu dan yang masam2. hmm... sejujurnya, aku jarang beli buah untuk simpanan di rumah. selali makan buah potong je. nampak sangat pemalas kan. malas nak mengupasnya. sejak pregnant ni lah baru terhegeh2 nak beli buah2an. huhu...

so, ibu2...ada tak cara lain lagi tak menambah darah. selain makan pil zat besi la..
share2 la ye...

me on my 22w of pregnancy...abaikan latar belakang yg bersepah ye..huahua...

9 comments:

wida said...

dila..makanlah ikan bilis. goreng byk2..kunyah mcm makan kerepek. insyaalahh..leh tmbh darah jugak.
aciq mkn ikan bilis jer masa preggy ni

cik dila said...

oo..ikan bilis pun boleh ye acik...
ok2..tq acik. petua baru ni...

as ♥ Leenda said...

sy mse preggy dulu pun HB low..2, 3 hari before checkup kt KK, mesti lauk berasaskan kerang je..nk makan pil kuning busuk tu mmg takuttt..hehe..

cik dila said...

asleenda , sy pun buat mcam tu..tp taktau nape check2 pun, tak naik jugak..tak cukup kot..huhu

tz said...

kami masa 1st preggy memang HB low.

1. kesilapan semasa ambil supplement.

--Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

---Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka

2. spirulina , ikan bilis bagus untuk naikkan HB

cik dila said...

ohh...bayam takleh upenye ye..?patut la pun..huhu mekaseh tz..jasamu ku kenang...

tz said...

kalau ikutkan..bayam merah bagus..bagus untuk HB..cuma tidak digalakkan ambil pil iron bersama makanan2 di atas..

maksudnya..kena ambil asing2.. kalau nak minum susu..agak2 sejam dua selepas makan pil iron/supplement..baru minum..

doc suggest macam tu jugak..sebab anak yang bongsu ni anemia.. memang byk tanya doc..

makcik rokiah said...

saya pun hb low :(
nurse pun ade ckp jugak.. buat ikan bilis grg tu mcm snek ..skang ni tgh berusaha! hehe

cik dila said...

tz : oo macam tu..igtkn takleh lngsung..ada jgk burse ckp mcm tu ari tu..apa2 vit selangkan 2jam dgn susu...

makcik rokiah :jom2...sy pun tgh berusaha ni...chayok2...:)