Sunday, April 25, 2010

- seandai kau tahu -

salam....
macam dah lama je tak update.
ni baru sampai dr kampung.
oh, penat sungguh balik sehari ni.
pahtu balik kena kemas bilik pulak. pengsan dibuatnya.
tengok bilik dah macam tongkang pecah.
sebab abah dah pasang plywood tampal kat dinding.
makin panas pulak la bilik tu. huhu...kipas dinding tak beli lagi.
lepas dah punggah almari klasik tu, tinggal nak masuk set baru je.
huhu sabar...sabar....sabar la hati...

hal-hal lain pun dah takde ape kot.
yang besar2 tu alhamdulillah dah setel. dah book. dah confirm.
bakul untuk doorgift pun dah siap deco dan masukkan maathurat. tunggu nak siap masuk paper bag.
kad jemputan pulak, minggu depan baru nak mula edar..

yang lain2 tinggal barang hantaran je nak kena hantar kat aunty kedai tu. sabar lagi....
cuma angan nak buat make up test tak terbuat lagi. bila tah agaknya.
nak pegi spa konon nak buat facial pun tak terpergi lagi.adeiii...gaya macam keje pagi balik malam je... malas sebenarnya. plus segan nak pegi sesorang...huhu...

malam ni jiwang2 layan lagu terbaru black ni. baru la tau lagu black upenye. padahal dah berminggu melayan kat radio...best...!!!
dan tak sangka pulak tajuk dia 'sofea jane'. huhu macam tak padan pulak aku berjiwang dengan tajuk macam tu haha... tukar 'asri shamsuddin' boleh..?? muahaha... gatal ko!!

dah!nak tido la..penat drive.. konon!!

k, enjoy the lyric...
Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Ulang Chorus 2X

No comments: