Sunday, May 17, 2009

- 16 mei -

16 mei yang berlalu...
ya...semua orang tau...16 mei itu satu tarikh keramat untuk semua menghargai jasa-jasa guru...tak kiralah guru sekolah atau lain-lain guru.
yang penting guru itu dipanggil cikgu.

kini aku juga dipanggil sebegitu bila di sekolah..
rasa??campur baur...semua ada.
bayangkan bila kita terkenang zaman sekolah kita kecik-kecik dulu...teringat cikgu yang baik,cikgu yang garang,yang kita suka,yang kita tak suka..yang macam-macam la...

sekarang...
diri ini sendiri yang dianggap begitu (ikut emosi murid-murid masing-masing la..)
rasa macam tak percaya pun ada jugak...
mungkin untuk tahun-tahun awal aku bergelar guru ni, memang macam itu perasaannya...tidak pada yang sudah berbelas berpuluh tahun mengajar...
macam mak aku...
mungkin aku juga nanti jadi lali dengan kehadiran tarikh 16 mei ini...


pernah seseorang (aku tak leh nak recall siapa dia) dalam ceramahnya berkata..
cikgu ni salah satu pekerjaan yang paling orang akan ingat walaupun kita dah bertahun-tahun pencen..
tau sebab apa?
sebab kat mana-mana orang akan cakap..ni cikgu sipolan...tu cikgu sipolan...
cube kalau pekerjaan yang lain...
orang takkan panggil dia, ni jurutera sipolan..tu programmer sipolan...
ops!!!takde niat menyinggung mana-mana pembaca ya!

tapi itu la yang diceramahkannya...
betul jugak...
bila jalan-jalan ngan mak aku kat mana-mana kan...jumpa orang atau khususnya bekas anak murid mak aku yang mana mak aku ngajar sebelum aku lahir lagi, mak aku still dipanggil cikgu zainah...
best kan kalau kita pun nanti macam tu...
sejuk jari aku yang pernah menanda buku-buku diorang.haha boleh?


apa-apa pun, cikgu memainkan peranan penting dalam hidup seseorang.
tanpa cikgu takkan ada tokoh-tokoh kita pada hari ini...

jadi selamat hari guru buat semua bekas guruku...
kawan-kawan yang kini juga seorang guru...dan siapa pun yang bergelar seorang guru...
bebanggalah kita kerana menjadi seorang guru.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

5 comments:

IMANSHAH said...

salam..
saya baru 7 tahun dalam arena pendiidkan, banyak yang dipelajari, dilalui mematangkan hidup..yang pasti, sebagai guru, tak semua orang (pelajar) dapat kita puaskan hati mereka..selamat hari guru.

dila said...

salam cikgu...
7 thn itu sudah dikira banyak bagi sy yg tidak sampai pun setengah tahun memulakan perjuangan ini..
ya..kita hanya mampu memberi sedaya kita..tidak mampu untuk memuaskan hati semuanya...
selamat hari guru juga utk cikgu imanshah...

y u z said...

wah 7 tahun dah cikgu imanshah ni. Alhamdulillah semoga terus kuat ya.

dila -- selamat hari guru. saya tahu kamu tidak mudah kalah. saya akan selalu doakan.

=)

y u z said...

oh ye, lupa nak celah kisah ni.
kalau sudah cikgu, ke mana akhirnya tetap dipanggil cikgu.

selalu saya ceritakan pada anak-anak murid suatu masa dulu -- nanti-nanti kalau dah ditanam bumi 7 kaki ke bawah pun, tetap kamu akan tunjuk : itu kubur cikgu tu.

=)

dila said...

terima kasih msyuz.harapnya macam tu lah..
juga yg terbaik utk msyuz...
:)