Saturday, May 23, 2009

- sambutan hari guru cbn 2 -

seperti sekolah-sekolah lain, cbn 2 juga menyambut hari guru sendiri...
berlangsung di dewan putih, 22 mei...hari guru cbn 2 disambut meriah...pada asalnya, dimasukkan acara sukaneka tapi tak sempat sebab acara pentas lama sangat..
walaupun begitu, aku rasa semuanya puas.bukan je cikgu malah murid-muridnya jugak...
sebab apa?(gaya cikgu diana..hehe)
sebab....cikgu-cikgu persembahkan satu sketsa muzikal khas untuk semua...heheheh....macam tak percaya je cikgu-cikgu ni boleh buat macam tu...

majlis dimulakan dengan ucapan perutusan (macam biasa la...)
lepas tu, ikrar guru dan nyanyian lagu hari guru dan lagu tema...
lepas penyampaian cenderahati kepada guru-guru....

kemudian,
persembahan dari murid-murid serta beberapa orang guru...
lepas tu baru persembahan yang sangat dinantikan...
sebenarnya murid-murid tak tahu pun cikgu-cikgu ni buat persembahan ni...so, semuanya surprise la...


cikgu-cikgu ni memakai kostum dari pelbagai karakter...kami mencipta jalan cerita yang mengaitkan karakter walaupun sebenarnya tiada kaitan pun...
saje nak buat lawak...dengan diceritakan oleh penglipurlara, puan badri...jalan cerita menjadi sangat menarik dan sangat kelakar...

bermula watak puteri dari negara korea hinggalah ke snow white dan muslimah-muslimah sejati...ada hantu,pirate,witch,macam-macam la...
aku masih menunggu video yang dirakamkan oleh eduwebtv...(harap2 dapatla...)

pengakhiran,
persembahan suara berirama oleh semua guru khas untuk murid-murid...
kemudian acara bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf sekolah...
akhir sekali, jamuan guru...yummmy!!!!

selesai sudah...
memang 1 kenangan yang paling kelakar...
alhamdulillah semuanya smooth je...secara spontan..
tahun depan cerita lain pulak...

untuk semua guru,
SELAMAT HARI GURU!!!

untuk anak-anak murid...
terima kasih atas semua ucapan dan hadiah yang diberikan...
belajar rajin-rajin yea....



2 comments:

imanshah said...

wah hebat cg2 blakon..mintak skrip..haha

cekgu dila said...

skrip belasah je ckgu imahshah...kalah teater mahsuri..hehehe...