Sunday, January 4, 2009

- cemerlang di kalangan yang cemerlang -

assalamualaikum....
tahun baru.kerja baru.tempat tinggal baru.aktiviti baru.
pendek kata,semuanya baru...

kerja baru-menjadi guru sepenuh masa walaupun belum lagi disahkan.di mana?di SK convent 2 bukit nanas.huh!terkujat aku dibuatnya...
tempat tinggal baru-wilayah persekutuan kuala lumpur.lebih spesifik,kampung baru.
aktiviti baru-menghafal jalan.ha ha ha...aku asikla sesat bila masuk kl ni.almaklum,jiwa pinggiran.

jumaat-hari lapor diri di JPWPKL dengan abah.jumpa balik kawan-kawan sekelas di melaka.habis saja taklimat,terus mencari,sambil makan buah langsat ke sekolah yang dimaksudkan.pening,sakit kepala,sakit badan.ya allah,berilah kesabaran kepada hambaMu ini...

sabtu-aktiviti mencari rumah sewa bersama emak dan abah.lagi sekali kami makan buah langsat di tengah-tengah kota metropolitan ini.akhir sebulat suara menuju ke kampung baru.mujur ada iklan "mencari teman sebilik muslimah".alhamdulillah,dapat masuk..dengan sewaan yang pastinya bagi aku sebagai orang pinggiran agak mahal.tapi selesa.syukur..sebelum balik,nak cari jugak jalan ke sekolah tapi dah tak larat,stereng kereta terus pusing ke jalan kuching menuju ke utara.singgah di pucak perdana menjenguk si anak bujang.

ahad-bersamaan hari ini.bersiap untuk ke kuala lumpur.dengan berbekalkan peta tulisan tangan abah,aku memandu dengan bertawakal agar tidak makan langsat terlalu banyak.alhamdulillah sekejap je dah sampai.menunggu abang beram-jam untuk menemani jalan ke sekolah.dengan 3 kali pusingan,insyaallah aku boleh mengingat jalan-jalan tersebut.esok?taktaulah...ku mohon padaMu Ya Allah...

esok,isnin-seawal 630 pagi aku perlu bertolak dari kg bari.takut..
takut jalan jam.takut salah masuk jalan.dan banyak lagi ketakutan...
hari pertama,harus menunjukkan etika yang baik.

aduh!!rasa macam tak percaya..

ketuk kepala sendiri.cubit pipi kiri kanan.

adoii...sakit!!!

2 comments:

msYuz said...

wuahhhh...CBNlah!!
dulu skolah situ,tp CBN 1 then naik ke SMK CBN.

chaiyok-chaiyok!skolah best,cikgu pn tentu lg best ok?

apapun,tahniah dan selamat mendidik. =)

cikgu dila said...

huhu...
nak taknak memang kena mantapkan diri lagi la..

terima kasih!! :)