Wednesday, September 25, 2013

~Tanda2 Banyak Toksin Dalam Badan~


Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Di dalam system fisiologi tubuh, apabila seseorang sakit, badan kita sebenarnya sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa – sisa buangan, mucus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakannya.


Jika badan terlalu berasid serta proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat daalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.

Simptom-simptom toksin berlebihan
  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.






Jadi, kita perlu kenali punca-punca toksin di sekeliling kita.

Antara penyelesaiannya ialah :

1. Bersenam (yang paling mudah iaitu turun dan naik tangga di pejabat).
2. Banyak berjalan kaki.
3. Tidur awal sebaik-baiknya selepas isya’ (saranan Nabi Muhammad S.A.W.)
4. Berbekam (amalan Nabi Muhammad S.A.W.)
5. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak seperti makanan segera.
6. Berpuasa sunat.
7. Banyak minum air bersih dan bertapis sekurang-kurangnya 2 liter sehari (cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia W.H.O).

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.


No comments: