Sunday, December 28, 2008

- hujung minggu yang sibuk -

PIZZA VS KEK
salam hujung minggu...
semalam sabtu...dek kerana kebosanan duduk di rumah,aku ambil keputusan untuk keluar jalan-jalan cari pasal di shah alam..uhuk3..lama jugak aku tak berjalan di tanah shah alam tu.tiada tujuan utama.cuma mahu menenangkan fikiran setelah pening2 lalat fikir pasal posting.ada rezeki bolehla sambar baju 1-2 pasang,kasut ke..tapi nampaknya,tiada yang berkenan di hati.kesudahannya hanya meninjau-ninjau tanpa hasil.hmm...takpelah.mungkin di lain kali,lain tempat pulak..

lepas shah alam,singgah di jusco bukit raja.juga tiada hasil.nampak gaya,aku dah takde skill pilih baju berseorangan.kena berteman jugak ni..needs opinion maybe..tapi sempat juga sambar novel.hehe..lain2 takde yang penting pun..sampai di rumah dalam pukul 5..penat jugak.terus mandi.sebenarnya mak dah ajak untuk buat kek malamnya tu..untuk pipi yang dah nak balik uitm.petang tu jugak aku cadang nak nak buat pizza.sebenarnya nak buat esok2 ke.tapi memandangkan pipi nak balik esok pagi (means pagi tadi la..)aku terus je la buat petang.bahan2 takde pulak tu.terus lepas maghrib,aku ke sungai besar untuk bahan2 topping.balik2 terus siap2 masak.pizza,kek...aduh letihnya...mak pulak ada kenduri puputan.ku keseorangan lagi.dibantu sedikit cuma oleh pipi.huhu...anak bujang itu..bila masanya la dia mahu berubah..
pukul 10 lebih,kedua2nya siap untuk dimakan..yummy!!!

MAWI & IKIN
ahad...mak dan abah hantar pipi ke uitm..aku di rumah hanya berehat melunaskan hutang tidur ku malam tadi..uhuk3...menghabiskan novel punya pasal.sambil menantinkan rancangan mawi & ikin bermula hari penikahannya minggu lepas hinggalah hari persandingan di felda taib andak hari ini.auh...mengalahkan pembesar di raja pula majlis mereka ini.almaklum RAJA SMS sudah menjadi RAJA SEHARI.pastinya peristiwa itu perlu mendapat liputan besar-besaran.untungnya pada siapa?aku tak tahu.aku hanya menonton kerana ada peluang.untuk pergi ke sana, mungkin tidak....yang pasti, ada pihak bertelagah hanya kerana perkahwinan ini.siapa?kena tengok berita la...

oh ye...siapa tahu tajuk lagu mawi yang disiarkan masa rancangannya tadi ye?yang heroin video clipnya dilakonkan ikin sendiri...best pulak lagu tu.tapi tak pernah dengar sebelum ni kat mana2 radio..

JAUH HATI
sewaktu di sungai besar mencari bahan untuk pizza, aku terserempak dengan tunang a.k.a senior sekolah rendah kawan aku.sebetulnya kami pasti mengecam muka masing kerana aku agak nakal ketika di sekolah rendah.tapi, aku hanya dipandang sekilas oleh dia.yeah...aku bukanlah seorang yang "pasti diingati"..itu juga sebab aku tak pernah mempunyai kawan lelaki yang boleh kekal bertahun-tahun..itu tak termasuk "pakcik" sebab dia dalam kategori "bersahabat selepas putus cinta" (haha..boleh ke dinamakan bercinta??ermm...pikir jap)..yup!aku agak berjauh hati dengan sebab ini.dari dulu lagi sebenarnya.aku taktau...mungkin....
takpelah..simpan sendiri je.

okeh!!banyak pulak ceritanya hujung minggu ni..selain pasangan lisda dan fauzi yang menang sehati berdansa musim kedua.hehee...sempat lagi!
wa akhirul kalimah...selamat menyambut awal muharram 1430 H.semoga kedatangan tahun baru ini memberikan 1001 kebaikan kepada kita semua.. ;)

No comments: