Monday, May 26, 2014

~Makan Ostematrix, Tidur Lebih Lena~

Ibu-ibu selalu tak rasa macam ni? Letih sangat2 sebab anak sering terjaga malam. Nak menyusu la, kadang mengigau la. Ada juga yang anak2 lambat tidur atau payah nak ditidurkan.

Saya pun macam ni. Alia ada harinya, dia asik terjaga nak menyusu. Kita ibu la yg letih. Pagi2 mesti rasa malas nak bangun sbb rasa tak puas tidur. 

Macam mana nak atasi masalah macam ni?
Saya amalkan pengambilan Ostematrix. Kenapa ostematrix?



Ostematrix adalah vitamin kalsium yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan simptom osteoporosis. 

Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikan kulit serta melegakan pengecutan otot ketika haid.

OSTEMATRIX ni yg specialnya sbb dah ada siap2 kalsium dan magnesium sekali yg penting utk otot2 kita bekerja dan dgn adanya vitamin D tu kalsium lg cepat diserap ke dalam tulang dan kesan tu cepat juga tau kita rasa.

Antara kebaikan Ostematrix ialah

  1. Bantu tidur lena sepanjang malam.
  2. Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
  3. Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
  4. Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
  5. Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)
Next entry saya akan cerita macam mana Ostematrix membantu kita lena tidur ye.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilahmtauket@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Thursday, May 22, 2014

~ZINC - Untuk Kesuburan Lelaki~




Lelaki dan ZINK memang tak dapat dipisahkan. Bukan zink atap atau Zinger Burger ye... ZINK. Salah satu unsur mineral yang diperlukan oleh badan. Kali ni nak cerita kepentingan zink ni untuk lelaki lebih-lebih lagi untuk kesuburan.

Mengapa ZINK dan lelaki tak dapat dipisahkan?

Lelaki dan Zink
Salah satu fungsi zink yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti. Manakala lelaki yang mengambil suplemen zink, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Kesihatan Prostat
Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil, kiraan sperma yang rendah dan kemerosotan fungsi seksual.
Satu lagi peranan penting zink di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara langsung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki.



Tips Pengambilan Zinc Complex
1) Digalakkan mengambil Vitamin A seiring dengan Zinc
2) Zink menjadi lebih efektif dengan kawan-kawan nya iaitu Vitamin A, Fosforus dan Kalsium
3) Zinc dan Iron tidak digalakkan untuk diambil serentak.


Kalau nak tau, ZINC Complex Shaklee adalah antara item yg murah, tapi.....sangat2 la berguna dan bermanfaat. Bukan saja untuk lelaki. Malah, wanita pun boleh mengambilnya tanpa ragu.


Jadi apa tunggu lagi?


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilahmtauket@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, May 21, 2014

~Asthma - Pencegahan dengan Omega Guard Shaklee~

BAGAIMANA OMEGA MEMBANTU MERAWAT PESAKIT ASMA?



Asthma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asthma terutama semasa kecil.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asthma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.



Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!





#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket