Monday, May 31, 2010

- kawin sponsor?? bestnye... -

memandangkan kita di zaman millenium. segala perbelanjaan meningkat. dari sekecik2 benda sampailah ke sebesar2 benda. macam tu jugak hal nikah kawin. sebenarnya apa2 program pun, belanja kosnya adalah tinggi. nak murah? tunggu air hujan je la. huhu..

balik pada nikah kawin ni.
sekarang ni pun paling koman kena 10K. jangan tipu. ok. aku kurang dari itu. tak tipu.
ada yang lain pun, sure org tu dah tak hairan dah sebab pendapatan dia pun dah lebih dari cukup. itu pun masih ada yang dapat sponsor bila nak kawin. untung.

yang tak untung? yang tak cukup duit ni la. takde sponsor. kena lagi buat pinjaman. oh! payah tu. harap2 tak jadilah pada kita ye.

sponsor.
macam2. dari baju sampailah ke barang2 hantaran. best woo... takyah keluar duit langsung. pilih je nak kain apa. design mana. tailor mana. duit orang lain hulur. " takpe, papa belanja" "yang ni mama bayar, ok je" tidak pun. "takpe2..i tanggung semua" weee..... lompat sakan aku kalau dapat macam tu. malu? watpe nak malu? haha.. ok, tipu. aku malu. lompat kecik2 je. itu kalau akula yang dapat sponsor tu.

tapi sponsor kena tengok jugak. kadang2 ada sebabnya orang sponsor. takkan la kosong macam tu je kan. mungkin la sebab nak membalas budi. macam selalu orang kata. hari ni hari aku, esok lusa hari aku. gitulah.

tapi kadang2...(tapi lagi...) sponsor ni selalunya tak seperti yang kita inginkan. yela, kita nak lain, tapi yang disponsor yang lain. nak tolak, orang kata demand la pulak. menolak rezeki. nak terima, tak kena selera pulak. macam mana tu. ada cara? tak kisahla nak tolak ke nak terima. tepuk dada tanya selera.

yang penting sebenarnya, akad itu sendiri. besar kecil nilai majlis tu, biarlah empunya diri saja yang tahu. ye tak. insyaAllah dengan berkat restu mak ayah dan keluarga, semuanya selamat2 saja.
Amin.


Sunday, May 30, 2010

- tinggal seminggu -

hari ini.
genap tinggal seminggu je lagi nak bergelar isteri en.Alang. insyaAllah.
tapi macam takde perasaan je. haha... sampai my fren, Aufa pun cakap macam tu. selamba je budak dila ni. macam takde pape je. tapi betullah. entah ye..

hari ni, pergi 2 kenduri kawen.
pertama, di sungai besar. kawan masa sekolah dulu. pergi awal, penganten pun belum siap di mekap. so, jumpa ucap selamat je la.
then terus berkejar balik, terus ke ampang. untuk kenduri cikgu linda pulak. kawan mengajar satu sekolah. cantik dua2. sampai2 kebetulan sama dengan gpk2 yang lain. ramai jugak budak2 yang datang. because of cikgu linda ni guru kelas 3Mawar.
yang hampehnya aku tertinggal kamera kat kampung. caitt!!! udahla minggu ni kebarangkalian hari guru akan diadakan. huhu....

so,
list down perkara2 menjelang 6 Jun.

1. bilik pengantin. tambah2 sikit sebelum di hias sepenuhnya oleh mak andam.
2. doorgift. menunggu bahan2 dibeli oleh abah. pack sekaligus. remind to buy sweets for additional.
3. barang hantaran. tinggal nak amik dari kedai. kena tambah sendiri untuk buah dan towel.
4. make up, pelamin dan baju sanding. dah confirm dgn mak andam.
5. baju nikah, tudung, kasut. setel.
6. lauk makan beradap. mak minta tolong makcik Timah jiran rumah. insyaAllah setel. kalo tak, meraung ler aku...
7. inai. pakai inai mekah. baki mak beli dulu.
8. khemah dan pa. setel by abah.
9. sarapan untuk rombongan lelaki. masih difikirkan cara2nya.

itu je kot.
ni pulak checklist peringatan untuk en.Alang.

1. flow majlis. dah bagitau sikit2 hari tu. harap dia ingat.
2. songkok dan sampin. dan remind.
3. kasut. dah beli.
4. lafaz akad. dah bagtau. tgh prektis. huhu...

kawan2...
kalau ada tertinggal, tolong remid ye.. tq!!


Saturday, May 29, 2010

- let me tell you -

dalam hari2 terakhir menjalani kehidupan 'cik' ni..
ada pulak la jari2 patah yang memberi komen yang langsung tidak membina.
apa masalahnya, tak tahu la pulak saya.

ya tuan/puan/encik/cik yang memberi komen itu.
meh sini saya nak cakap. eh, tulis..baca ye.
blog ini adalah kepunyaan saya, penulis. blog ini menceritakan kehidupan saya. bermula dari zaman saya belajar, walau separuh jalan je, sampai saya dapat kerja, sampai saya bakal bergelar isteri. insyaalah sehingga saya bergelar ibu dan sampai bila2..dengan nama blog saya duamasa.blogspot.com.

makanya, adalah menjadi hak saya untuk menulis tidak kira apa yang terlintas di kepala saya selagi ianya boleh dikeluarkan. lagi pula, segala isi blog saya ini tidak mengancam keselamatan sesiapa. kalau ada, silalah laporkan ke suruhanjaya jenayah siber ye.

lagi 1, bila pulak saya letak gambar bilik tidur saya? itu cuma contoh2 dari wedding yg telah dilangsungkan.
salahkah saya berkongsi persiapan itu, sekadar bertukar2 cerita dengan B2B yang lain. oh ye!B2B itu ialah bride-to-be atau bakal pengantin.

jika blog ini mengganggu pemikiran
tuan/puan/encik/cik yang memberi komen itu, sila tinggalkan segera. ia bakal mengancam pemikiran anda, mungkin. tak perlu tinggal jejak atau komen. ada aku kisah? aku nak tulis gak..lalalala...

sekian, terima kasih.