Sunday, February 28, 2010

- dah dua angka?? -


see!!!
dah jadi dua angka la... huhu apa pun tak wat lagi ni. ok tipu.
andam, baju nikah semua dah tempah. tapi favor gift, bunga telur, bilik, hantaran tak prepare apa2 lagi ni. alamak!!
nak ajak mak pegi nilai 3, tapi masa pun tersekat. semalam kenduri kahwin my cousin kat changkat lada. tadi pulak ada puputan anak sedara kat sepintas. uh!!! next weekend ada kenduri pulak lagi. yang tu mak abah kena pegi jugak. sudahnya, pegi masa cuti sekolah nanti la gamaknya.

kat sekolah pun tengah sibuk. dengan macam2. tak terkejar dek kaki tangan ni. macam mana ni.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dengan memberikan kekuatan fizikal dan mental.




tengokla dua gambar atas ni. hari ni aku di tangah2 antara hari pertunangan dan hari pernikahan. 3 bulan 6 hari selepas bertunang dan 3 bulan 6 hari sebelum hari nikah. oh! unik sekali... haha... sempat lagi nak main2 kan. padahal benda besar tu.

ok release tension maa.... untuk diri sendiri je. sedapkan hati. (0_o)



Thursday, February 25, 2010

- exhausted..mau pengsan sudah -

hari yang sangat penat. sangat letih. terlalu. macam nak tercabut segala urat sendi.

bermula pagi,
terkejar2 dengan surat2 sumbangan dinner untuk edar pada budak2. then masuk kelas jaga exam tahun 1. dengan kertas tak cukup. pegi naik office. rupanya set original dah takde. (cikgunya dah amik balik) turun kelas, pinjam 1 paper budak. naik balik ofis untuk fotostat. turun. masa ni la aku termenangis. sebab dah penat sangat. nasib baik budak2 tu tak perasan. (tak malu sungguh. tah pape cikgu menangis...)
naik balik, buat surat untuk jurulatih hoki. turun. terjumpa Mr Raj, suruh print surat sponsor. naik lagi. dah terlambat pulak untuk relief kelas tahun 3. dah terpaksa pulak diorang amik paper tu terlambat. 20 minit!!!

abes tu, pegi pulak join guru2 persembahan dinner. lepas tu tengok budak2 cheer rumah kuning. lari kejap untuk budak2 hoki kat library. bincang punye bincang. dah 3.30. siapkan buku rekod. kemas2.

pukul 4. balik..

saya penat. fizikal. mental. saya harap saya tak gila.

p/s : tengok! tak sempat nak pikir pasal big day pun. huhu...


Tuesday, February 23, 2010

- pelamin idaman -

Assalamualaikum..
macam mana preparation b2b semua... sure ok,kan? saya jugak yang sangkut. makin kalut kat sekolah sekarang ni sebab dinner amal dah semakin dekat. meja banyak lagi tak terjual. mari.. mari.. mari.. membeli sambil beramal untuk CBN 2. di samping tu boleh makan2 dan berhibur bersama artis kecil molek CBN 2... (abes sudah aku promot dinner CBN 2 tau... )

lepas dinner, sukan tahunan sekolah pulak. terkejar2 cikgu2 yang incharge persembahan. kesian mereka. (aku juga!!!)

preparation big day pulak yang terstop sekejap. beri laluan hal2 kerja. nasib baiklah wedding aku bulan 6.. syukurrr....

update pasal gambar. sudah terang lagi bersuluh en.Alang dengan teguhnya tidak mahu. hari tu chatting baru tanya intro dia terus memangkah "nak gambar apa lagi..............." panjang tu. cancelled terus aku mahu membodek. akhirnya, OP aku gunakan juhaida. tapi memang kena cakap awal2 yang aku mahukan candid je sebab en.Alang tak mau posing. huh!kesian kan...

tadi pulak, menggoogle pelamin2 yang cantik. sangat banyak. dan pastinya ada yang menjadi idaman. macam korang jugak,kan.. aku juga begitu. sebenarnya dah pick pelamin dengan mak andam masa booking ari tu. tapi macam tak masuk kategori idaman la. boleh tak ek minta kat mak andam supaya tukar2 sikit. kena marah tak agak2? huhu...

aku cuma mahu yang simple. tak serabut. tak perlu banyak2 bunga. tak perlu tiang2 segala. sekadar tirai di belakang yang bersesuaian. mudah tak? macam gambar2 kat bawah ni. sumber semua dari pakcik google.




abaikan hantaran tu ye. suka sangat lagi2 ada pomander ball tu..

harapannya mau buat pomander ball untuk digantung di pelamin seperti di atas. juga digantung di dalam bilik. mampukah aku membuatnya. banyak cara, pakai crepe paper, pakai bunga2.. tapi aku berminat untuk pakai crepe paper. murah tapi agak rumit berbanding pakai bunga terus cucuk je. persoalannya... mampukah aku? huhu...
doa2kan lah aku ye..