Wednesday, March 3, 2010

- debaran -

macam debar menanti ape je kan...
takde apa pun.haha... entry pun sesaje menghilangkan bosan
alhamdulillah, 2 hari ni takde kerja2 menaip, mencetak untuk dinner. so malam2 ku agak free la sikit.
2 hari ni jugak aku patah kaki sebab encik bagak buat hal.. bateri kong pulak. nasib baik bawah flat ni ada pomen. tak payah nak cari jauh2. alhamdulillah petang tadi, dah ok. esok dah boleh naik kereta balik pegi sekolah.(ni la dia!dah biasa sangat senang...)

petang tadi jugak, lepas dapat kereta aku terus ke Medan Mara amik baju nikah. alhamdulillah dah siap. suke!!!! heehhehh... (tak sabar nak kawen...boleh??) yang aku risau sekarang ni, kad. aku minta dalam minggu ni sebab nak bagi en.Alang, dia nak balik kampung weekend ni. tapi, belum siap jugak lagi.huhu... payah ni. dan...cakap pasal en.Alang, malam semalam dia tiba2 tanyakan pasal warna apa yang sesuai untuk pakai kat alor star nanti.. aku terkejut la kan. sebab hari tu dah decide nak pakai baju nikah je. rupa2 nya family dia cadang nak wat tema kaler lain pulak.. yeay!!!! i love my future in-laws...haha.. macam tau2 je sebenarnya niat hatiku.. harap2 en.Alang ikutkan je plan diorang. leh la aku melaram baju kaler lain untuk majlis bertandang. weee....!!! senyum sampai telinga ni...

esok, bawak budak2 tournament hoki MSSWP kat Stadium Tun Razak Jalan Duta. harap2 ada berita baik untuk tahun ni. doakan kami ye...


Tuesday, March 2, 2010

- aku mau...tapi... -

aku teringin.
aku mahu.
aku hendak.

nak DIY sendiri barang hantaran. favor gift. hiasan.
macam2.

tapi...mak dah kata, hantar je barang hantaran tu kat kedai. cantik2 je. harga pun ok. (ok,mak dah kata macam tu.perlukah aku bersudah payah lagi...? perlu!cari duit lebih untuk bayaran itu.)

abah kata, nak beli apa pun kat nilai tu? ketika aku menyuarakan hasrat shopping di nilai 3. isk!!abah ni...orang nak buat favor gift untuk tetamu la...

mak kata, mampu ke nak jahit langsir2 tu semua? ketika aku menyatakan persoalan nak tukar ke langsir rumah. huhu... tu yang aku tak mampu nak jawab. sebab, aku tak sempat. boleh tak beli siap je terus. kuar duit lebih la nampaknya kan...

huhu...
ingatkan nak tulis sebaris dua je. jadi banyak pulak..huhu....


Monday, March 1, 2010

- food tasting -

entry kali ini tak berkaitan dengan preparation big day ye. memandangkan abah memilih untuk masak secara rewang bersama orang kampung. jadi takde sesi food tasting dengan katerer.

tittle food tasting itu adalah untuk dinner yang bakal berlangsung minggu depan di PGRM Cheras. oleh kerana aku salah seorang committee, aku disuruh (
wajib ke tak taula...)
jumpa dengan yang lain2 di Junction Bistro jam 3ptg. tak ramai pun. sebab masing2 ada hal. malah YDP pun tak dapat hadir, so beliau mewakilkan kami yang lain.
aku pulak follow kak siti untuk ke sana. sebab ingat2 lupa jalan ke sana.

kami memilih chinese course. quite ok. tapi ada beberapa yang perlu ditukar kerana tidak bersesuaian dengan selera kanak-kanak. alhamdulillah dapat makan free hari ni. malam dinner nanti belum tentu dapat makan sebab sibuk menguruskan acara. hehe...

habis makan, kami melawat ke Dewan Wawasan tempat bakal berlangsungnya Glitter Nite 2010. sungguhla besar. sebesar2 nya. memang boleh pengsan guru-guru backdrop. persembahan juga. giler kentang!

siap2 semua, bergerak pulang jam 4.30. terus aku menuju ke D'Anjung untuk melihat perkembangan kad jemputan. (
skema tak ingat!) rupanya belum siap. takpela, sebab aku pun belum keluar duit lagi nak bayar baki tu. hehe... baju nikah pun aku amik hari rabu. berdebar pulak rasenye.. huhu... apalah rupanya ye.. ngeee.....

itu saja.
tido!
daaa~~