Selalu jugak saya dapat pertanyaan tentang warna urin. Ada yang tanya kenapa air kencing saya warna kuning sangat ni lepas amik Shaklee? Tak apa ke?
Jangan risau. Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang
mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah.
(Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B
merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap,
disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada
urin. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:
- KUNING PUCAT - warna urin normal
- KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
- KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
- KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
- OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
- KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
- KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
- KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang
perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh
menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Tapi kalau warna urin menjadi pelik, (rujuk di atas), cepat-cepatlah jumpa doktor. kalau nak tanya kawan2 atau orang lain mungkin berbeza jawapan. Dengan doktor, kita boleh tunjuk sendiri urin tu. Kan?
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
No comments:
Post a Comment